♥️ BAB 20 ♥️

2.9K 113 23
                                    

BEFORE YOU READ THIS CHAPTER , PLEASE TAP STAR BUTTON FOR VOTE✨🌼THANK YOU❣️

"Ada apa-apa yang saya boleh tolong?"tanya Aniq perlahan kepada Syiffa yang sedang memasukkan pakaian kedalam beg kerana harini Syiffa sudah dibenarkan pulang.

Aniq membahaskan dirinya sebagai saya kerana tahu yang Syiffa amat membenci dirinya membahas sebagai Abang.

Syiffa yang mendengar suara halus yang berdiri ditepi pintu masuk itu sekadar berpaling sejenak sebelum menjeling padu lalu menyambung kembali memasukkan baju ke dalam beg.

"Uhukkk kemain jeling dia"desis Aniq perlahan sambil mengukir senyuman.

Zip ditarik untuk menutup beg yang berisi pakaian sebelum dirinya melabuhkan duduk diatas katil melepaskan lelah.

"Dah ke?"tanya Aniq sebelum berjalan mendekati Syiffa

"Tak ada mata ke?? Beg dah zip maknanya dah lah"jawab Syiffa dingin tanpa memandang kearah syurganya.

Dengan dengusan yang marah dirinya bangkit dari duduk lalu mencapai tangkai beg untuk dibawa keluar namun dihalang oleh Aniq.

"Eyh , tak apa biar saya bawakan"

Syiffa yang melihat tangan Aniq yang disuakan itu mula menghulurkan beg secara perlahan.

Aniq yang melihat perlakuan itu mula mengukir senyuman kerana menganggap Syiffa sudah mulai menerima dirinya namun jangkaan itu meleset sama sekali apabila Syiffa mencampak beg itu ke sudut bilik.

"Oppss , sorry tak sengaja"ujar Syiffa dengan riak wajah yang sedih sebelum bertukar kepada sinis.

"Kau nak bawa sangatkan?? Tu pergilah ambil. Menyusahkan"ujar Syiffa lagi sebelum mengorak langkah keluar dari bilik wad itu meninggalkan Aniq.

Aniq yang berdiri kaku itu hanya memejamkan mata melihat tingkah isterinya itu.

"Sabarkan aku Ya Allah. Bukan salah dirinya tapi aku yang buat dia jadi begitu"doa Aniq.

Dengan pantas dirinya mendapatkan beg yang dicampak tadi sebelum bergegas keluar mengejar Syiffa yang sudah jauh kedepan.

°
°
°
Kepulangan Syiffa disambut oleh ahli keluarganya yang sudah berdiri dihalaman rumah sebaik sahaja kereta Aniq memasukki perkarangan rumah kampung itu.

Aniq yang baru sahaja keluar daripada kereta terus diterpa oleh Ecah yang tersenyum gembira melihat Abi nya pulang bersama Mama barunya setelah sekian lama berada di hospital.

"Ecah dah makan ke?"tanya Aniq kepada Ecah yang cantik berbaju gaun dengan rambut yang diikat dua.

"Dah..Aunty Jas , Aunty Dina , Aunty Nita masak sedap sangat" ujar Ecah bersungguh-sungguh sekali dengan gaya menjilat ibu jari.

Aniq tertawa senang melihat ahli keluarga barunya itu melayan anaknya dengan begitu baik sekali meskipun cara dirinya masuk kedalam keluarga itu tidak begitu manis dipandang.

Syiffa yang baru sahaja melangkah turun dari kereta itu sekadar bersalam dengan yang lain namun dirinya tidak menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Haji Salleh yang memandang kearahnya dengan wajah yang tegang.

Sedikitpun dirinya tidak gentar melihat wajah tegang itu apa yang lebih dirinya rasa ialah kecewa. Kecewa dengan tindakan Haji Salleh yang sewenangnya menyatukan dirinya dengan orang yang baru sahaja dikenali dengan alasan yang tidak dapat diterima oleh akal waras Syiffa.

Melihat situasi yang sedikit tegang itu , Farhan mula mengalih perhatian dengan mengajak mereka semua masuk kedalam rumah kerana cuaca yang sedikit mendung itu mungkin akan turunya hujan.

"Ifa nok makang?"tanya Hajah Diah dengan lembut sebaik sahaja berada diruang tamu.

"Nok masuk rehat"ujar Syiffa beberapa patah sebelum berjalan menuju kearah biliknya. Pintu bilik sengaja dihempas kuat supaya rasa hati yang ditanggung dapat dikurangi.

"Molek ar tu wat perangai gitu!"marah Anita.

Dirinya turut rasa tercabar melihat sikap adiknya yang dianggap biadap dan tidak matang dihadapan ahli keluarga yang lain.

"Jangan marah. Biar adik tenangkan diri dia dulu"ujar Wardina kepada iparnya itu sambil mengusap lembut belakang Anita untuk mengurangkan amarah.

Aniq yang masih berada dihalaman rumah menemani Ecah dan anak-anak saudara barunya yang lain bermain hanya mampu menghela keluhan yang berat.

Bingung memikirkan cara untuk menghapuskan amarah didalam diri Syiffa. Sejujurnya dirinya turut merasa berdosa setiap kali Syiffa meninggikan suara kepada Haji Salleh dan Hajah Diah.

Dirinya berpendapat semua yang terjadi berpunca dari dirinya meskipun sudah berapa kali dipujuk oleh Haji Salleh bahawa apa yang berlaku adalah suratan takdir.

Sekarang hanya satu cara yang terlintas didalam benaknya. Cara yang akan memadamkan api kebencian dan kemarahan Syiffa terhadap dirinya dan keluarganya sendiri. Cara yang mungkin akan mengakhiri satu ikatan tanpa dirinya rela meskipun baru sahaja terbina tetapi seluruh kasih dan sayang sudah tercurah buat Syiffa semenjak kali pertama berjumpa.

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨
Haish baru je nikah ni😢
New chapter unlocked🌼thank you yang sudi baca dan vote , saya menghargainya☺️💙enjoy your day guys and stay safe😷

SOULMATE MR.DUDA Where stories live. Discover now