ANIQ POV
Bunyi kokokan ayam jantan yang bersahut antara satu sama lain itu telah mengejutkan aku
Phone diatas meja dicapai dan ditekan untuk melihat waktu sekarang ini.
6.15 pagi
Aku bingkas bangun dari pembaringan sebelum mengemas katil yang agak bersepah.
Aku berjalan menuju kearah pintu bilik sebelum tombol pintu aku pulas.
Aku melangkah keluar dari bilik dan menuju kearah bilik Ecah yang terletak bersebelahan dengan bilik aku.
Tombol pintu dipulas dan dibuka perlahan pintu bilik itu.
Aku berjalan perlahan menuju kearah katil bujang yang ditiduri oleh Ecah sebelum melabuhkan punggungku ditepi Ecah.
"Ecah bangun..jom kita solat"
Rambut lembut Ecah aku elus lembut.
Inilah racun.Inilah penawar dalam hidup aku yang kesunyian ini.
Merasakan ada yang mengusap kepalanya,Ecah membuka matanya.Apabila retina matanya dapat mengecam empunya wajah yang mengusap kepalanya itu terus senyuman melebar dibibirnya.
"Bangun kita solat"ujarku sekali lagi.
Ecah hanya mengangukkan kepalanya lalu bangkit dari pembaringanya menuju kearah bilik air.
Sejak Ecah memasukki alam pra sekolah,Aku sudah mendedahkanya kepada solat.Meskipun aku sentiasa sibuk tetapi Nek Pah sentiasa solat bersamanya.
Selesai mengemas katil Ecah, aku melangkah keluar untuk mengambil wuduk sebelum bersiap untuk menghantar Ecah ke sekolah barunya sebelum ke tapak projek.
○
○
○
○
IFA POV"Siram molek pokok urr..mati ekgi mok pacung pale mung"ujar Hajah Diah dari tingkap dapur
Aku yang mendengar warning diberi oleh Hajah Diah itu hanya menjeling sambil memuncungkan mulut.
Sedang asyik menyiram pokok bunga milik Hajah Diah , aku disapa oleh seseorang.
Tak lain tak bukan mestilah jiran depan rumah tapi sayang yang menegur bukan mr hot tetapi anaknya.
"Morning mama"laung Ecah sambil melambai kearah ku.
Aniq yang hendak membuka pintu kereta itu menhentikan perbuatanya apabila mendengar patah perkataan yang keluar dari mulut Ecah.
"Mama?"
"Morning sayang"ujarku membalas lambaian Ecah tanpa menghiraukan pandangan Aniq yang semacam itu.
"Ecah nak pergi sekolah dulu..nanti tengahhari abi hantar Ecah rumah mama ok?"ujar Ecah memberitahu tanpa menunggu pertanyaan ku.
"Ok"
Aku hanya memandang kearah kereta Aniq yang semakin hilang dari pandangan mata.
"Doh la tu..tadi ade depan mate xmboh tegur"ujar Hajah Diah dari tingkap dapur
Bukan dia tidak nampak apa yang dilihat oleh anaknya itu.
"Huh mandai je"sangkal ku
Aktiviti menyiram yang tergendala tadi aku lanjutkan sehingga habis semua pokok bunga milik Hajah Diah aku siram.
Usai sahaja aku menutup pili air, kelihatan Haji Salleh sedang menyarung kasut bot berwarna kuning untuk ke bendang.
"Ayoh nok gi doh ke??"laung ku
Sengaja aku melaungkan sedangkan kedudukkan aku dan kedudukkan Haji Salleh tidaklah jauh mana.
"Ya"
"Molek ket..tengoh hari ekgi ifa ato bekal"pesan ku sebelum disalam tangan tua itu.
Hanya anggukkan diberi tanda mengiyakan pesanan ku itu.
Aku hanya memerhati langkah Haji Salleh yang perlahan menuju kearah bendang yang terletak dibelakang rumah itu.
Semoga Tuhan terus memberi kekuatan dan kesihatan yang baik kepada orang tua ku
Ameen
◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆
Sorry guys kalau hambar
Author kekeringan idea
Vote guys!
YOU ARE READING
SOULMATE MR.DUDA
RomanceSYED AL-ANIQ ceo kepada syarikat pembinaan TEGUH HOLDING SDN.BHD.Beliau seorang yang perfect..namun perfect itu cuma sekadar luaran..pada usia yg menjangkau 30 an beliau menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan abi setelah kematian isterinya sewaktu...