BEFORE YOU READ THIS PART , PLEASE TAP '☆' BUTTON FOR VOTE THIS PART♥JIKA TAK...SAYA AKAN MENGHANTUI HIDUP ANDA SELAMANYA!!muahaha gurau je♥
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
Aniq melepaskan lelah diatas kerusi kayu yang terdapat diruang tamu rumah sewanya.Tv yang terpasang menyiarkan berita TV3 langsung tidak diendahkanya.Harini dirinya pulang agak awal selepas menunaikan solat maghrib ditapak projek terus memecut pulang.
Suasana rumah yang sunyi tanpa celoteh murai Ecah dipandang sepi oleh Aniq.
"Haih bosan pulak tak ada Ecah"getusnya seorang diri.
Ecah yang masih tidak mahu pulang kerana belum puas bermain serta bergelak ketawa dengan sepupu barunya itu terpaksa ditinggalkan jua dek kerana dirinya yang mudah cair dengan muka comel anaknya itu.
Ciss
Tapi itu bukan pakej untuk dirinya membiarkan Ecah sepanjang malam berada disana.Dirinya bakal membawa pulang si kecil itu selepas makan malam dirumah mertuanya itu.
Puas ditolak namun puas juga mertuanya memaksa dan akhirnya dirinya menerima.Bukan dirinya sombong kerana menolak tetapi dirinya sedar kehadiranya dirumah itu nanti bakal mengundang amarah yang mungkin tidak pernah surut itu.
Memikirkan hal itu sekali lagi Aniq melepaskan keluhan yang maha berat.
"Macam mana aku nak tawan hati kau Ifa!?"jerit hatinya.
Rambut yang kemas dikusutkan kerana pening memikirkan cara untuk menawan hati isteri barunya itu.
Maklumlah sifat romantik yang melebih tidak pernah wujud dalam dirinya.Paling romantik yang dirinya lakukan untuk arwah isterinya ialah dengan mengadakan kejutan hari lahit buat arwah isterinya itu sahaja.
Itu pun sudah dikira sangat romantik buat dirinya kerana perancangan dibuat seminggu sebelum tarikh lahir arwah isteri tercinta tiba.Bunyi azan isyak yang berkumandang menyedarkan Aniq yang ligat memikir itu.Tubuh yang bersandar lesu ditegakkan sebelum bangkit menuju kearah bilik tanpa menutup terlebih dahulu television bagi menunaikan tanggungjawab kepada sang pencipta.
○
○
○
○
"Ifa mana?"tanya Hajah Diah kepada anak perempuanya, Wardina yang ditugaskan untuk memanggil Syiffa untuk menyertai acara makan malam itu.Wardina hanya mengelengkan kepala tanda adiknya itu tidak mahu menyertai mereka semua sebelum menghampiri kakaknya, Anita yang ligat menyediakan minuman.
Hajah Diah mengeluh perlahan.Dirinya risau dengan keadaan anak gadisnya itu.Dari pagi sehingga sekarang sedikitpun gadis itu menjamah makanan malah yang dibuat hanya termenung dan menangis.
Galau sungguh hati tuanya melihat keadaan duka yang dialami oleh anak gadisnya.
Baru sahaja langkah kakinya ingin mendaki tangga bagi memujuk anak gadisnya, semuanya terbantut apabila Haji Salleh menegah perbuatanya itu dengan keras.
"Biar ye..kalu ye lapor panda ah ye cari dirih..biar ye rase lapor"
Hajah Diah berpaling kearah suaminya yang berada dimeja makan dengan raut wajah yang terkejut kerana tidak menyangka seorang ayah yang tidak pernah naik tangan serta mencubit anak sanggup berkata sedemikian rupa.
Terkejut bukan kepalang Hajah Diah apabila suami yang dinikahi bertahun-tahun lamanya sanggup mengucapkan kata-kata pedih begitu.
"Sapa ati abang kabo gitu ke anok ork?semua bende ni jadi sebab abang!kalu abang dok paksa Aniq nikoh dengan Ifa mende ni dok akan jadi..anok saya dok akan sedih sapa gini lalu"ujar Hajah Diah meluahkan rasa yang terbuku dihati dengan nada yang tinggi sebelum bertukar perlahan.
YOU ARE READING
SOULMATE MR.DUDA
RomanceSYED AL-ANIQ ceo kepada syarikat pembinaan TEGUH HOLDING SDN.BHD.Beliau seorang yang perfect..namun perfect itu cuma sekadar luaran..pada usia yg menjangkau 30 an beliau menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan abi setelah kematian isterinya sewaktu...