♡BAB 15♡

3.6K 69 1
                                    

Suasana dibilik rehat tapak projek amat gamat sekali apabila para pekerja yang terdiri daripada warga asing dan tempatan sedang menjamu selera makan tengah hari.

Ada yang bersembang sambil menyuap makanan kedalam mulut malah ada juga yang makan tanpa berbunyi.

Aniq yang duduk diruangan rehat yang disediakan untuk orang atasan hanya memandang kosong kearah nasi bungkus dihadapanya.

Selera makanya mati apabila bayangan peristiwa pagi tadi dirumah mertuanya berlegar-legar diruang matanya.

Sungguh dirinya tidak menyangka yang tahap kemarahan Syiffa maha hebat sekali.

" kau dengar sini baik-baik..sampai mati pun aku takkan pernah terima dan anggap diri kau sebagai suami aku!kau faham!?"

Terngiang-ngiang kata-kata yang dilontarkan oleh Syiffa pagi tadi dihalwa telinganya.

Pedih

Sungguh pedih apabila kata-kata itu terbit dari mulut gadis yang dicintai dalam diam sejak hari pertama dirinya menjejakkan kaki dikampung ini.

Meskipun gadis itu dinikahi tanpa persetujuan darinya namun Aniq bagaikan sudah berikar dan berjanji kepada dirinya sendiri sebaik sahaja qabulnya dibalas sah oleh wali bahawa dirinya akan menjaga,menyayangi serta membimbing isteri barunya itu supaya sama-sama melangkah masuk ke pintu syurga kelak.

Aniq mengeluh buat kesekian kalinya sebelum nasi dihadapanya dikuis menggunakan sudu plastik.

"Mengeluh nampak..banyak sangat problem tu"tegur satu suara.

Aniq yang ditegur itu lantas berpaling sebelum tersenyum kearah Faizal yang sudah mengambil tempat dihadapanya sambil meletakkan mangkuk tingkat diatas meja.

Faizal merupakan orang kananya dimana semua urusan ditapak projek akan dikendalikan olehnya ketika ketiadaan Aniq.

Mereka bertemu ketika pertama kali Aniq melawat tapak projek itu.Meskipun baru sahaja mengenali namun gelagat Faizal yang mesra alam amat disenangi oleh Aniq kerana Faizal  melayaninya seperti seorang adik melayan abang dek perbezaan umur yang agak ketara.

"Tak adalah..stress sikit je"balas Aniq.

Nasi yang dikuis tadi disua kedalam mulut namun terasa berpasir disaluran tengkuk memaksa dirinya mencapai air mineral didalam botol yang diagihkan bersama nasi itu tadi.

"Aikk?stress??biar betul kau ni?"ujar Faizal lagi sambil tanganya lincah membuka mangkuk tingkat miliknya yang berisi nasi putih,ayam goreng berempah,kuah kari dan sedikit ulam dan sambal.

Aniq hanya mengelengkan kepala apabila Faizal menjemput dirinya merasa lauk yang dibekalkan oleh isterinya.

"Kenapa?tak boleh ke kalau aku stress?"tanya Aniq kepada Faizal yang baru sahaja mengaminkan doa makan itu.

Faizal yang diaju soalan itu hanya tergelak kecil kerana ini merupakan kali pertama dirinya melihat Aniq stress sedemikian rupa.

"Tak adalah..biasanya kau chill je..tak pernah macam ni"

Aniq hanya mengeluh sebelum nasi bungkus didepanya ditutup kembali.

"Normal lah manusia..kejap chill kejap stress..ke kau chill je memanjang??"sindir Aniq kepada Faizal yang sudah tersengih-sengih memandang kearahnya sambil menyuap nasi.

Bagi Aniq belum sampai masanya untuk dirinya menceritakan isu pernikahan dirinya dan pengasuh anaknya kepada Faizal kerana dirinya bakal ditembak dengan soalan yang bertubi-tubi dari Faizal.

Faizal pun boleh tahan sifat CNN dalam dirinya tetapi untung saja dia bukan jenis yang suka menghebohkan cerita kepada sesiapa.

Suasana yang gamat kembali sunyi apabila para perkerja menuju kearah surau yang disediakan bagi menunaikan solat zuhur bagi yang beragama islam.

Aniq meminta diri untuk beredar ke surau untuk berjemaah dengan para perkerjanya.

Faizal kagum melihat personaliti Aniq yang satu itu iaitu tidak malu untuk bergaul dengan perkerja bawahan meskipun mempunyai pangkat yang tinggi.




Angin petang yang sepoi-sepoi menampar lembut wajah mulus dan sembab milik Syiffa.Matanya yang bengkak dicuba sedaya upaya untuk dicelikkan akibat terlampau banyak menangis.

Sudah 15 minit dirinya termenung memikirkan nasib diri diatas pangkin dibawah pokok rambutan yang lebat buahnya.

Ahli keluarganya yang datang menyertainya sedikit pun tidak diendahkan meskipun pelbagai topik yang dikeluarkan bagi memancing perhatianya namun semuanya gagal.

Dirinya masih lagi marah kepada ahli keluarganya itu kerana menerima keputusan tidak masuk akal Haji Salleh itu tanpa memikirkan dirinya.

Dirinya terluka..dirinya sakit apabila keluarga sendiri sanggup berbuat demikian.

Bukan orang lain tetapi darah daging sendiri.

Sungguh Syiffa ingin meluah setiap rasa yang terbuku dihati tetapi kepada siapa?

Kepada Diba yang masih tidak tahu soal pernikahan mengejut ini? Atau kepada ahli keluarga sendiri yang terang-terang membangkang?

Tiada siapa yang sudi mendengar rintihanya.

Syiffa mengeluh buat kesekian kalinya sebelum menoleh kearah sisi kananya apabila seseorang melabuhkan punggung disitu.

Kelihatan Ecah sedang memandang sayu kearahnya sebelum tangan kananya diraih oleh Ecah.

"Mama kenapa Mama marah Abi tadi pagi?Abi ada buat salah ke?kalau Abi ada buat salah Mama jangan marah Abi tapi marahlah Ecah"ujar Ecah sayu sambil menentang pandangan Syiffa.

Allah!

Terkedu Syiffa apabila mendengar setiap bait perkataan yang keluar dari mulut si cilik itu.

"Tak lah..mana ada Mama marah Abi"jawab Syiffa tersenyum manis.

Kepala Ecah diusap penuh dengan sayang malah seluruh kasih sayangnya telah tumpah kepada kanak-kanak sewaktu mengetahui status dirinya.

Syiffa turut berpesan pada hati serta akal fikiranya supaya tidak melibatkan Ecah dalam segala hal yang terjadi antara dirinya dan Aniq.

Senang cerita walau sebenci mana pun Syiffa terhadap Aniq..tidak sedikitpun berkurang kasih sayangnya terhadap kanak-kanak dihadapanya itu.

"Habistu kenapa Mama cakap Mama tak akan terima Abi sampai bila-bila?apa maksud Mama?"tanya Ecah lagi dengan hairan.

Bertambah terkedu Syiffa dibuatnya.

Pertanyaan Ecah itu mengibaratkan satu tembakan peluru yang dilepaskan tepat kearah sasaran iaitu hati

Pertanyaan itu menyentak tangkai hatinya.

"Tak adalah Mama saja je bergurau dengan Abi"balas Syiffa tersenyum kekok

"Kalau macam tu Mama pun tak nak terima Ecah jugak ke?"soal Ecah lagi yang masih ingin mengetahui tentang kejadian pagi tadi meskipun sudah diberi penjelasan oleh Syiffa.

Sebak hati Syiffa apabila pertanyaan itu membuatkan dirinya merasakan tidak berperikemanusian kerana sanggup melontar percakapan  sebegitu walhal tidak dituju kepada Ecah tetapi kepada Aniq namun kanak-kanak itu turut terasa.

Tubuh kecil itu dibawa ke pelukkannya sebelum tangan kecil itu turut membalas rangkulan dipingang rampingnya.

"Mama tak pernah buang Ecah..Mama sayang tau dekat Ecah walaupun Ecah bukan anak kandung Mama tapi Mama sayang sangat tau"ucap Syiffa dengan penuh keikhlasan sebelum dilabuhkan ciuman diubun-ubun Ecah.

Ecah yang mendengar ucapan dari Syiffa hanya mengangukkan kepala sebelum dieratkan lagi pelukkan di tubuh Syiffa.

Tanpa mereka sedari, agenda itu ditonton oleh semua ahli keluarga Syiffa dari pintu dapur dengan senyuman yang menghiasi bibir masing-masing.

Doa mereka agar mereka bakal menjadi keluarga yang bahagia dan dilimpahi kasih sayang antara satu sama lain.

Aminn

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
Long time no see ye?ahaha
Rindu nk update SMD ni tapi tu lah idea x keluar arghh benci.
So here!!!new update untuk korang♥klu ada typo tu sila abaikan hihi btw don't forget click '☆' for vote!♥thank you



SOULMATE MR.DUDA Where stories live. Discover now