❤️ BAB 24 ❤️

325 12 5
                                    

Struktur sekolah yang hampir siap itu dipandang dengan penuh bangga oleh Aniq. Bangga kerana apabila projek ini 100% siap ia akan menjadi satu projek yang membawa manfaat kepada penduduk disini. Sepatutnya projek ini sudah siap tetapi terdapat sedikit masalah dimana ia menyebabkan projek itu tergendala buay seketika tetapi syukur kepada Allah masalah itu dapat diselesaikan dengan baik. Sekiranya tiada masalah yang timbul lagi , projek itu akan melabuhkan tirainya dipertengahan bulan hadapan.

Alhamdulilah dalam kesibukkan menyelesaikan kerja di negeri orang siapa sangka Allah menghadirkan seorang isteri kedalam kehidupanya yang picu ini.

Ya isteri.

Teringat raut wajah Syiffa menghasilkan segaris senyuman diwajah Aniq. Ternyata Syiffa betul-betul mengotakan janjinya untuk mencuba berlapang dada menerima kehadiran Aniq sebagai suami.

Hasilnya sudah berhari-hari rumah sewanya bersih dari bersepah kerana setiap hari Syiffa akan datang melaksanakan kerja rumah sepertimana yang dilalukan oleh isteri yang lain. Setiap petang pulang kerja , didapur rumah sewa akan terhidang makanan yang dimasak oleh Syiffa untuk dirinya menjamu selera. Adakalanya makanya berteman oleh Syiffa dan Ecah , adakalanya makanya berseorangan. Ada juga Haji Salleh dan Hajah Diah menjemput dirinya makan dirumah tetapi lebih banyak ditolak daripada menerima. Bukan kerana tidak sudi tetapi dirinya terlalu sibuk dengan projek ini. Untung sahaja Haji Salleh dan Hajah Diah memahami kerja menantunya ini.

Uyooo menantuuuu

" Jauh menung boss" ujar Faisal kepada Aniq.

Aniq yang disapa oleh orang kanannya itu hanya melemparkan senyuman.

" Termenung ingatkan anak kat rumah " ujar Aniq walhal dalam hati lebih terkenang si isteri.

"Ye ke boss ni?? Entah-entah teringat kat buah hati" tebak Faisal tersengih sambil menaikan sebelah keningnya untuk mengusik Aniq.

"Mana ada. Saya ni dah tua , duda ada anak pulak tu sape yang nak kat saya ni" ujar Aniq sambil ketawa

Status dirinya yang sudah bertukar kepada suami orang itu masih belum diketahui oleh semua orang termasuklah bapa saudaranya , Tan Sri Yahya. Aniq hanya menunggu masa yang sesuai sahaja untuk memberitahu orang tua itu kerana Aniq sudah bertekad selepas projeknya ini selesai , dia akan mengadakan majlis perkahwinan yang ringkas dengan Syiffa untuk menghebohkan status dirinya dan pengasuh anaknya itu.

"Iya ke bos?? Saya ada dengar mak cik-mak cik bawang kampung ni dah gosip dah pasal bos"

Ternaik sebelah kening Aniq apabila mendengar patah perkataan yang keluar dari mulut Faisal.

Hairan sungguh setahu Aniq sepanjang berada di bumi Penyu ini belum pernah dirinya beramah terlebih mesra dengan mak cik - mak cik di kampung ini. Bukan sombong tetapi dirinya lebih suka melemparkan seyuman daripada berkata-kata kecuali pak cik-pak cik yang biasa ditemui di surau. Yang itu boleh dikatakan dirinya terlebih ramah berborak dengan diaorang.

"Aik?? Kenapa pulak diaorang nak gosip pasal saya ni?? Sebab status saya duda anak satu ke?" Tanya Aniq sebelum melangkah menuju kearah beg simen yang disusun dibawah pokok lalu melabuhkan duduk diatas beg simen itu.

Faisal turut mengikut langkah kaki Aniq.

"Bukan pasal tu lah boss tapi benda lain"

"Kalau bukan pasal tu , pasal apa lagi?"

"Betul ke bos ada hubungan dengan pengasuh anak bos?" Tanya Faisal sambil memandang tepat ke muka Aniq.

Aniq yang mendengar mula memaparkan riak muka yang terkejut tetapi tidak lama sebelum ketawa yang dibuat-buat untuk menutup riak wajah yang terkejut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 18 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SOULMATE MR.DUDA Where stories live. Discover now