♡BAB 13♡

3.1K 66 0
                                    

Bum!!

Bagaikan ada batu yang terhempap diatas kepala Aniq apabila mendengar kenyataan itu.

Syiffa disebelah dikerling apabila melihat tiada respon dari gadis itu.

"Saya rasa encik semua ni dah salah faham..saya datang cuma nak ambik anak saya sahaja"terang Aniq perkara sebenar.

"Betul tu encik..lagipun dia duk kat ruang tamu je encik..saya masuk mayang dalam bilik"terang Syiffa pula

Dia mesti memenerangkan perkara sebenar sekarang ini kerana maruah keluarga dan air muka mesti dijaga dan dipertahankan.

"Tapi cik..dengan keadaan pintu yang tertutup menguatkan lagi kebenaran aduan tu"ujar mereka lagi.

"Tapi pitu dok tutup rapat kang!?"marah Syiffa berang kerana kebenaran yang diperkatakan tidak diendahkan.

Aniq disebelah cuba menyabarkan Syiffa yang sudah merah padam wajahnya itu.

"Bertenang cik..sila bagi kerjasama"

"Nape rama-rama ngat im?"tanya Haji Salleh yang baru pulang dari surau dan diikuti oleh isteri,anak dan menantu.

"Ifa,Aniq apa yang jadi ni?"tanya Hajah Diah pula.

Mereka pelik melihat orang ramai berkerumun dihadapan rumahnya.

Siap bersongkak berjubah bagai.

"Macam ni pak cik,mak cik kami dapat aduan ada pasangan maksiat dirumah ni"terang pegawai itu.

Hajah Diah sudah mengusap dadanya sambil mulutnya tidak putus-putus beristighfar sambil ditenangkan oleh anak menantunya.

Haji Salleh sudah memandang dengan penuh tanda tanya kearah Aniq yang terkulat-kulat dan Shiffa yang mengalirkan air mata mahukan pejelasan

"Pak cik,mak cik saya tak buat semua tu..lebih-lebih lagi dengan anak pak cik"terang Aniq

"Ifa dok wat mende terkutuk tu!ni semua saloh faham"terang Shiffa pula dengan nada suara yang marah.

Wajahnya sudah lecun dengan air mata yang tidak putus-putus mengalir.

"Macam ni lah Encik..lebih baik Encik dan Cik ikut kami ke pejabat..kat sana nanti Cik terangkan apa yang berlaku"ujar pegawai itu dengan lembut.

"Ifa ikut ye"pujuk Haji Salleh lembut dan diikuti oleh kakak serta abangnya.

"Tapi Ifa dok wat saloh!!cuba gok paham"jerit Ifa lantang

"Ye kami tahu Ifa tak buat  benda terkutuk tu tapi tolonglah ikut cakap mereka"pujuk Mirzal selaku anak sulung dalam keluarga.

Akhirnya setelah puas dipujuk Syiffa mengorak langkah menuju kearah kereta Aniq dan diikuti oleh Haji Salleh bagi menuju ke pejabat agama.

Disebalik kegelapan malam itu tanpa mereka semua sedari ada sepasang mata yang melihat kejadian itu dengan senyuman terukir dibibir.




2 JAM KEMUDIAN

Keadaan diruang tamu rumah itu agak sunyi dan sepi kerana semua ahli keluarga sedang melayan perasaan sendiri memikirkan perkara yang terjadi di pejabat agama sekarang ini.

Hajah Diah yang masih lagi terkejut dengan peristiwa yang terjadi hanya mendiamkan diri diatas sofa kayu sambil diapit oleh menantu dan anak dikiri kananya.

"Mak jangan diam macam ni..Angah yakin Ifa tak buat benda tu"ujar Anita yang duduk disamping Hajah Diah memecahkan suasana yang sunyi sepi itu.

Jasmin dam Wardina hanya menganggukkan kepala tanda mengiyakan apa yang diperkatakan oleh Anita.

SOULMATE MR.DUDA Where stories live. Discover now