♡BAB 9♡

2.8K 53 0
                                    

IFA POV

Tuala paras peha yang melilit tubuhku aku lepaskan bagi mengeringkan rambut lurusku.

Sebaik sahaja rambutku yang lurus dan panjang itu kering , aku sidai tuala itu di penyangkut pakaian yang dilekatkan di dinding.

Aku mula menilik tubuhku dihadapan cermin meja solekku.Tidak dinafikan aku memiliki tubuh yang begitu menggiurkan.

Dengan asyik aku menilik tubuhku sendiri , ketukkan dipintu mengejutkan aku.

"Ifa cepat ket siap..Aniq dengan anok ye sapa doh"ujar Hajah Diah disebalik pintu bilik yang tertutup rapat dan berkunci.

"Hor"sahutku.

Ya aku sudah diberitahu oleh Haji Salleh yang Aniq dan Ecah akan berjamu selera bersama kami malam ini.Aku juga suah diberitahu bahawa Ecah lah anak asuhan aku itu.

Jadi ya aku sudah tahu yang Aniq itulah kontraktor itu dan duda yang diperkatan oleh Mak Semah.

Dengan pantas pakaian dalam aku capai dari dalam laci almari dan sehelai t shirt lengan panjang dan kain batik turut dicapai.Sebelum melangkah keluar tudung sarung turut ku capai.

Aku melangkah turun ke dapur dan kelihatan semuanya sudah siap terhidang dan semua orang sudah menanti diriku di meja makan.

Aku mengambil tempat disebelah Hajah Diah dan secara tidak langsung aku duduk berhadapan denganya.Ini kerana Ecah telah terlebih dahulu mengambil tempat disebelahnya.

Sebaik sahaja doa makan dibaca oleh Haji Salleh, aku mengangkat pandanganku dan sekali lagi pandangan aku dan Aniq bersambung.

Dengan pantas aku mengalihkan pandangan dari melihat Aniq sebaik sahaja doa diaminkan.
Irama dan palauan jantung sudah rancak berdenyut.

"Aduhaii hati janganlah kau macam-macam!dia seorang duda!!"

●●●●●●●●●●●●

ANIQ POV

"Ecah lambat lagi ke??cepat sikit kita dah lambat ni"ujarku kepada Ecah yang berada didalam bilik bersebelahan dengan bilikku

Tidak lama kemudian pintu bilik itu terkuak dari dalam.Kelihatan Ecah melangkah keluar dengan pakaian tidur corak katrun disney malah rambutnya juga turut dikiat seperti ekor kuda.

"Cantik-cantik ni nak pergi mana?"tanya ku sekadar bergurau

"Ecah nak pergi makan malam rumah aunty lah"ujar Ecah teruja.

Masakkan tidak teruja , dia sudah tahu bahawa Ifa itu pengasuhnya.Dia juga dapat rasakkan Ifa dapat memberikan kasih sayang kepadanya.

Aku meimpin tangan Ecah sebelum melangkah keluar dari rumah sewa itu.

Setelah memastikan pintu rumah sudah dikunci dengan rapi , aku dan Ecah berjalan kaki menuju kearah rumah Ifa.

Setibanya disana , salam diberikan dan tidak lama selepas itu Haji Salleh menyambut salam yang diberi lalu pintu rumah turut dibuka.

"Naiklah Aniq , Ecah"ujar Haji Salleh

Aku dan Ecah mendaki anak tangga satu persatu sebelum masuk ke dalam rumah.Aku dan Ecah diminta duduk diatas sofa kayu yang terdapat diruang tamu itu sementara Haji Salleh menuju ke dapur bagi memanggil isterinya.

Ketiadaan Haji Salleh telah memberi ruang kepada aku untuk melihat setiap inci rumah itu manakala Ecah fokus kearah tv yang menyiarkan berita tv3.

Ruang tamu yang cukup serdahana pada pandangan mata aku.Disebelah kiri ruang tamu diletakkan satu set sofa kayu yang aku duduk sekarang ini dan meja tv serta turut diletakkan kipas siling dan aircond manakala dibahagian kanan rumah diletakkan meja makan yang memuatkan 10 orang dalam satu masa.Turut kelihatan deretan 5 buah bilik berpintu kayu yang cantik terukir.Disetiap dinding rumah tergantung elok frame gambar dan ayat-ayat suci al-quran.

SOULMATE MR.DUDA Where stories live. Discover now