"Jungkook!"panggil seokjin apabila dia ternampak susuk tubuh jungkook yang baru tiba hospitalJungkook terus mendekati seokjin
Seokjin memberi test paper itu kepada jungkook,sambil itu dia memerhati reaksi jungkook.terkejut juga waktu periksa record test urine dia.
Lama jungkook memeriksa kertas itu
"Apa maksud 85% ni?"
Seokjin mengeluh.haih rasa bersalah nak beritahu jungkook
"Peratusan kau ambil dadah tu dalam kadar yang tinggi"jelas seokjin.
Tergamam jungkook,mulutnya ditutup.terkejut
"Tapi..sumpah aku tak ambil dadah ni"kata jungkook matanya bergetar memandang kertas itu
Seokjin menepuk bahu jungkook.menenangkan lelaki itu
"Mungkin ada orang letak dadah dalam makanan kau?kalau bukan kau yang hisap dadah,kemungkinan orang lain yang buat macam tu dekat kau"kata seokjin.dia yakin dia syak sesuatu yang kemungkinan terjadi pada jungkook
Lama jungkook diam
"Aku..aku tak tahu siapa orang tu.aku tak alert kebelakangan ni"kata jungkook.dahinya diurut
Seokjin memerhati jungkook
"Kesan dadah tu Aku rasa dah merebak dalam badan kau jungkook"kata seokjin setelah memerhati kelakuan jungkook
"Maksud kau?"
"Kau pening Dan terangsang kan?"seokjin menanya jungkook
Jungkook berfikir seketika,perlahan lahan dia angguk.betul.
"Dadah ni bukan setakat khayal saja,kesan dia pada orang tu banyak.jadi aku syak mungkin kau ada dapat kesan macam yang aku cakap tadi"
"Kau kena buat rawatan disini jungkook,aku risau makin lama kau sakit.kau buat ya.lagi satu elak minum alkohol."
Jungkook mengeluh lalu dia angguk.seokjin tersenyum senang apabila jungkook tidak menolak tawarannya.baguslah Tak perlu lah dia risau
***
"Kau serius lah?!"terkejut jimin.membulat matanya memandang jungkook.badan jungkook dia tilik.patutlah kebelakangan ni nampak makin susut
Jungkook angguk lemah
"Pengambilan dadah dalam badan aku tinggi.85%"jelas jungkook.dia meraup kasar mukanya.terkejut mendengar Tiba Tiba dia terlibat dalam pengambilan dadah.
Jimin tersentak.ya tuhan.bala apa yang menimpa sahabatnya ini?
"Teruk macam tu sekali?macam mana pula kau boleh terlibat dalam pengambilan dadah ni?"Nada jimin bertukar risau.kasihan dengan nasib sahabatnya.tempat disebelah jungkook jimin duduk.badannya menghadap tepi memandang jungkook
"Aku sendiri tak tahu jimin..seokjin cakap kemungkinan ada orang sabotaj aku.kalau ya pun aku kebelakangan ni tak alert dengan keadaan sekeliling.mungkin sebab tu berani sangat orang nak sabotaj aku"kata jungkook.badannya disandar ke sofa.matanya dipejam.sakit pula kepalanya
Jimin memerhati tingkah laku jungkook
"Kau okay?"tanya jimin.tangannya diletak didahi jungkook Dan mengurut dahi jungkook perlahan
Jungkook geleng
Jimin menghela nafasnya,kasihan sahabatnya.siapa lah yang sanggup buat macam ni pada jungkook?
YOU ARE READING
Crash Landing On You [jeon jungkook]
Fanfic"Everyone need second chance to improve themselves and becoming a better person" "My love for you is genuine sayang"ucap taehyung romantis.gadis itu dipandang dengan penuh rasa cinta.pipi kekasihnya diusap lembut. "Awak fikir dengan apa yang awak bu...