Jihyo mengeluh berat apabila dia yang duduk di tingkat atas mendengar jeritan yohan dan jungkook di tingkat bawah.dengan langkah yang berat dia menuruni tangga dengan penuh malas.kang buat tidak tahu dengan pergaduhan bapa dan anak itu nanti makin melarat pula.
Jihyo menjenggul kepalanya dibelakang dinding,membesar bulat mata jihyo melihat anak lelakinya yang ganas menarik rambut jungkook dan posisi kedudukannya yang berada di tengkuk jungkook.
"Ya tuhan....yohan!"jihyo berlari kecil mendapati anak lelakinya yang tidak berhenti ingin bergaduh dengan jungkook.rasanya sudah berhari hari dua beranak ini bergaduh.benda kecil pun sudah menjadi besar.naik pusing kepalanya ingin melayan.sudahlah hal dia dan jungkook tidak diselesaikan masalah lagi.
Jihyo mendukung yohan menjauhi jungkook lalu dia mendukung yohan.yohan menjeling jungkook lalu berpusing memandang jihyo seketika lalu menyebam mukanya pada bahu jihyo.
"Yohan...kenapa buat papa macam tu?"tegur jihyo lembut.waktu yohan sedang mood swing ni,dia tidak boleh memarahi yohan.takut yohan pula yang bebai dengan dia.
"Pak-papa tukar channel,yohan tengah tengok captain amerika"ngadu yohan perlahan yang masih menyebam mukanya dibahu jihyo.
Jihyo mengerling ke arah jungkook.jungkook cemberut lalu dia memusing badannya ke arah lain.tahu lah.nak membebel lah tu.
Jihyo menarik nafas dalam.
"Yohan kan dah tengok tv dari pagi tadi bagi la peluang papa nak tengok"
Yohan diam.ingatkan mama dia ingin bela dia dari jungkook.dia pula yang ditegur.
Jihyo melabuhkan punggungnya di atas sofa.jihyo menoleh kekiri ingin menjenguk muka yohan yang bersembunyi dibahunya.dia mencium lembut tepi kepala yohan.
"Yohan cakap nak jumpa papa kan?ni papa dah ada depan mata.impian yohan nak tengok papalah seingat mama.bila papa dah ada dengan kita,macam ni pula yohan layan papa yohan?"ujar jihyo perlahan .tidak mahu jungkook mendengar.biarlah ini cara dia untuk memujuk yohan untuk berbaik dengan jungkook.kasihan jungkook.sudah tiga hari berada disini tapi langsung tidak dapat peluang menjadi "watak" seorang bapa.
Yohan merengek.dia mengangkat kepalanya menatap jihyo .matanya dalam diam memerhati jungkook yang berpaling ke arah lain.marah lah tu.yohan memeluk leher jihyo sambil matanya menatap wajah cantik mamanya.
"Memang lah yohan nak jumpa papa...tapi..pak-papa yang dari awal buat yohan tak suka papa.."luah yohan.
Jihyo menelan air liurnya kasar.dia memandang jungkook.jungkook sudah tiada disitu.bebai lah tu.yohan pun satu masalahnya,tidak mahu berbisik.kecil hati si bapa tu.
"Apa ni yohan.papa dengar dah apa yang yohan cakap.tak suka macam mana pun yohan dengan papa.tak boleh buat macam tu dengan keluarga yohan sendiri.masalah itu kan kecil.kenapa yohan nak membesarkan masalah tu?"tegur jihyo sambil memegang pipi yohan sehingga terjuih bibir yohan.
"Tapi...pak-"yohan menelan air liurnya apabila melihat jihyo yang menjegil matanya.yohan mengeluh kecil "I mean papa yang mula dulu"
Jihyo menggeleng kecil dengan karenah anaknya.
"Kalau papa dah tak nak duduk dengan kita yohan nak ke?"soal jihyo menjungkit sebelah keningnya.
Yohan termenung lama lalu menggeleng.dia memeluk leher jihyo dengan erat lalu meletakkan wajahnya dibahu mamanya.
"Nanti minta maaf dengan papa.mama tak nak gaduh gaduh dah faham?"
"Faham mama"perlahan yohan menjawab.
"Good.macam ni la anak mama"jihyo senyum kecil.dia melabuhkan ciuman pada pipi yohan bertalu talu.comel betul yohan ni.anak siapa lah.eh.anak aku lah
YOU ARE READING
Crash Landing On You [jeon jungkook]
أدب الهواة"Everyone need second chance to improve themselves and becoming a better person" "My love for you is genuine sayang"ucap taehyung romantis.gadis itu dipandang dengan penuh rasa cinta.pipi kekasihnya diusap lembut. "Awak fikir dengan apa yang awak bu...