[chapter 37]

328 51 12
                                    

Jungkook melepaskan keluhan nafas lega.letih berdiri seharian menyapa tetamu yang hadir dihari perkahwinannya dan isterinya jihyo.tali lehernya dilonggarkan kemudian diletak diatas meja.

Perkahwinannya Dan jihyo memerlukan persiapan dalam 5 hari sahaja.bukan gelojoh tapi atas kemahuan jihyo.sebenarnya dia tidak terlalu menggesa jihyo untuk menjadi isterinya.tetapi lepas sahaja berbual dengan puan kim,terus setuju untuk berkahwin dengannya.dengan segala kekayaan dia Dan Dan keluarganya,dia meletakkan harga yang tinggi untuk menyiapkan semuanya dengan secepat mungkin

Jungkook melirik memandang jihyo yang baru sahaja membaringkan badannya Di atas katil.jungkook mendekati isterinya perlahan lahan.lalu dia duduk di atas katil bersebelahan jihyo.

Lama dia menatap isterinya,tanpa sedar dia tersenyum kecil.mengingatkan song jihyo sudah menjadi isterinya yang sah.

Dengan penuh berhati hati jungkook membuka subang yang tergantung di telinga isterinya lalu disimpan kedalam kotak kecil.kasihan isterinya.sudahlah mengandung,hari ini seharian terpaksa berdiri untuk menyapa tetamu yang hadir.make up remover dia ambil lalu dituang atas kapas lalu dia menyapu wajah isterinya yang masih bersisa solekkan.tidak lupa juga,matanya juga memberi penuh perhatian kepada riaksi jihyo.bimbang isterinya bangun Dan langsung memarahinya.

"Siap"bisik jungkook lalu dia tersengih puas.kapas yang mempunyai sisa solekkan Dan kotoran dibuang kedalam tong sampah di hujung katil.

Jungkook beralih pula ke leher jihyo untuk menanggalkan rantai yang terlilit kemas di kulit putih isterinya.baru dia ingin membuka dirinya ditegur oleh empunya badan.

"Apa yang awak buat ni?"soal jihyo.matanya dibuka sebelah memandang jungkook yang tampak terkejut.jihyo menguap kecil.

"Saya tolong tanggalkan make up"gugup jungkook.dia menelan liur tatkala mata jihyo mengecil.

Jihyo menolak jungkook menjauhinya,lalu dia bangun sambil memegang pinggangnya.sejak kebelakangan ini seluruh badannya terasa lenguh.

Jungkook menolak jihyo untuk baring semula.ubun ubun jihyo dia usap.

"Baring okay?kesian awak dengan baby.saya tolong awak boleh?hm?"jungkook tatap wajah cantik isterinya dengan tatapan lembut.dia juga tidak lupa memberi senyuman untuk isterinya.

Jihyo mencebik.dia menepis tangan jungkook dari menyentuh kepalanya.dia mengganguk perlahan lalu dia memejam matanya.nanti saja lah gaduh.penat!

Jungkook tersenyum kemenangan,mengalah akhirnya.jungkook bangun lalu memegang kaki jihyo lembut.sambil dia mengeluarkan stokin isterinya.dia mengurut lembut kaki jihyo yang bengkak.masuk angin...biasalah ibu mengandung.

Selesai menyalin pakaian isterinya,giliran jungkook pula menyalin pakaian kepada baju tidur.isterinya yang tertidur pulas dia tatap lama kemudian dia mencium lembut dahi isterinya.

"Selamat malam mama...you too baby"jungkook senyum kecil.dia mengusap perut jihyo yang semakin lama semakin membesar.biarlah dia hanya pegang Dan usap.mungkin suatu hari dia dapat mencium disini pula?

***

Dahi jihyo berkerut apabila bunyi bising dari bilik air menganggu tidurnya.

Blergh!blergh!

Muntah?siapa tu?takkan lah jungkook...

Jihyo bangun dari baringnya.dia berdiri di luar sambil memeluk tubuh menunggu jungkook keluar dari bilik air.

Pintu bilik air terbuka dan terpacullah susuk tubuh jungkook yang berdiri lemah sambil tangannya ditekap didinding untuk menstabilkan badannya.jungkook menghela nafas berat.mulutnya yang basah dilap dengan lengan bajunya.jungkook yang masih tidak menyedari kehadiran jihyo disitu hanya berlalu menuju ke katil Dan melabuhkan punggungnya.setelah itu dia menunduk sambil termengah mengah.penat barangkali melepaskan isi perutnya

Crash Landing On You [jeon jungkook]Where stories live. Discover now