Bab 1

1K 10 0
                                    

"Cik Laura boleh masuk ke bilik Tuan Faiq sekarang ye. " Penyambut tetamu itu memanggilku untuk masuk ke bilik Boss syarikat FA HOLDING. Ni hari pertama aku interview kat sini. Alhamdulillah dah lepas cuma.. aku pun taktau kenapa aku tiba-tiba kena panggil dengan boss syarikat ni.

Ikut jelah Laura. Moga ini rezeki kau. Aku betulkan rambut depan yang jatuh menutup mataku. Ketukan diberi lalu aku mendengar suara seorang lelaki menyuruhku masuk.

"Masuk! "

Erkk bismillahirrahmanirrahim. Aku melihat seorang lelaki segak sedang menulis sesuatu dalam fail dengan tekun sekali.

"What's your name? "

"Laura Alana binti Luqman" Ujarku sopan. Yelahh takkan nak berkasar dengan boss, dahla baru first day kerja 😂. Saat matanya bertentang dengan ku, kami seakan tergamam sekejap. Hensem ya Ampun bos aku ni 😁😁

"Okey so, I will hire you under my company. But saya nak tanya awak ni single ke? Cause you know what, your job here is not just Personal Assistant but it is Very Very Personal Assistant. "

Erkk apa maksud Very Very Personal Assistant tuu woii 😣

"I'm... still single. "

"Good, so Kak Dar will help you arrange kan anythings. Kak Dar, can you come in? " Panggil Tuan Faiq menggunakan telekom.

Beberapa minit kemudian, datang seorang wanita cantik bertudung lalu dia mengenalkan dirinya sebagai Kak Dar. Dia lah yang tunjukkan aku punya meja, pantri mesin fotokopi dan bermacam lagi benda dalam office ni.

Sepanjang tour, aku sempat la jugak tengok pakaian staff wanita kat sini. Makk oii, taktau lah sini office ke kelab malam. Seksi doo outfit diorang. Kalau staff Cina aku boleh brain lagi tapi bila ternampak staff melayu perempuan pakai tak senonoh macamtu.. eyy... Yang berhijab pun boleh kira pakai jari je lahh.

"Err kak Dar, kalau Laura nak tanya sikit boleh tak? "

"Lahh Laura tanya jelah. Kenapa? "

"Takdelah, Laura peliklah kenapa tak ramai staff perempuan yang berhijab? Ramai yang... seksi? Memang tak boleh pakai tudung ke dalam company ni? " Soalku risau. Bukan apa, aku pun ada niat nak berhijab lepas ni cuma bila dah macam ni, aku takleh nak berfikir.

Kak Dar ketawa sebelum dia menggelengkan kepala.

"Lahh bukan macamtu, diorang dah terbiasa lahh. Nak tahu tak kenapa? "

"Terbiasa? Hah kenapa pulak kak? "

"Haa kalau Laura nak tahu, dulu company ni ditadbir bawah Tuan Farouk, abang kepada Tuan Faiq ni lah. Sebab masa tu, Tuan Faiq masih belajar luar negara. Tapi sekarang, ayah diorang iaitu Tuan Faris yang lantik Tuan Faiq sebagai CEO syarikat FA HOLDING. Lagipun, Tuan Faris memang bina FA HOLDING sempena kelahiran Tuan Faiq. Untungkan boss?" Cerita Kak Dar.

Aku ternganga dengar cerita kak Dar. Fuhh boss lahir ii je, dah ada company sendiri ekk gila bapak ah 😩.

"Haa masa Tuan Farouk yang manage kan company ni, dia dah tetapkan rules syarikat yang semua staff wanita kena pakai baju yang macam ni lah. Dia kata lagi bagus kalau atas lutut. Ish gila kan? Nasib baik akak memang dah lama bekerja dekat sini. Kira macam senior jugaklah. Tu yang dia tak berani nak sound akak. " Sambung Kak Dar lagi.

Okey kalini mulut aku lagi ternganga besar. Woi gila ke tetapkan rules macamtu? Dah macam pemerintahan Kemal Atartuk je ni 😲, nak lawan Hukum Allah sangat ke? Astagfirullah 😧 eyy dasar lelaki pervert!!!

"Ya Allah... Dia tu betul ke tak? Ntah ii abang boss tuu mental. Tapi kan... mana dia sekarang? " Tanya ku risau kang tak pasal ii aku sekali kena pakai baju gitu. Gila ke? Mahu kena pulas telinga laju-laju dengan Baba.

"Haaa yang tuu Laura jangan risau. Tuan Farouk sekarang dekat New York. Dia ada kursus pasal pelaburan ekonomi kat sana. Tak silap akak lah. Jadi, company ni 100% under Tuan Faiq. "

"Forever? "

"Yaa maybe? "

"Hmmm. Okeyy... Jadi kak? Tuan Faiq ni macam mana pulak orangnya? " Tanyaku curious.

"Haaa boss pulak... " Belum sempat kak Dar sambung berstory mory, boss tetiba muncul depan bilik kerja aku.

"Kak Dar, I need to talk with my secretary for a moment. " Katanya sambil senyum pada kak Dar.

Kak Dar menganggukkan kepala lalu dia menyerahkan aku fail yang perlu aku baca sebagai secretary boss.

Aku pandang muka boss yang tetiba berubah ketat. Erkkk aku ada buat salah ke?

"Awak dah baca belum To Do List tu? "

"Erkk belum lagi boss. Saya nak baca lah ni. "

Aku bukak helaian pertama lalu membaca arahan 1 hingga seterusnya.

1. Ikut boss ke mana saja dia pergi
2. Wear same colour outfit with him everyday
3. Pergi any event melibatkan syarikat together
4. Buat coffee bila boss suruh
5. Jangan lawan cakap dia kalau tak kena buang kerja
6. Angkat call dari dia tak kira lah in any emergency time pun

Dan...banyak lagi rules yang merepek. Aku pandang boss macam tak percaya.

"What's this? "

"This is my own rules. Kalau tanak ikut, boleh tarik diri. Ramai lagi perempuan yang willing to do anythings for me. " Katanya angkuh

Aku mengeluh kecil. Takde pilihan lain dah. Mama dan Baba mesti tak bagi aku cari kerja lagi kalau tak dapat kerja dalam company ni.

"Fine! Saya ikut je. "

"Good. So saya nak keluar kejap. Kalini awak tak payah ikut. Habiskan baca dulu and belajar banyak benda dari Kak Dar tentang macam mana nak manage kan saya punya schedule kerja. Ouh yaa esok jangan lupa pakai baju colour merah. Bye. " Tuan Faiq terus pergi meninggalkan aku yang terkulat-kulat mendengar arahannya.

What the.... Tiba-tiba iPhone 8+ milikku berdenting.

'Camelia'

"Assalamualaikum babe. Haa amacam, dah dapat kerja kat situ? "  Tanya Camelia kawan aku paling baik and cantik macam aku. Ehekk best friend aku semua cantik ii.
"Waalaikumsalam... alhamdulillah dah dapat dah kerja tu. But wehh I think it would be troublesome." Keluhku.

"Heyy why say so? Tabaik mengeluh. Allah kan dah bagi rezeki kau kat situ. " Bebel Camelia.

"Hmm yess I know. But yeah... I will tell you later. Ask Sana to come join us tauu. Nak cakap kat phone tak puas lah. Okeylah kau elok-elok kerja tuu. Bye Camelia. " Pesanku pada Camelia. Dia tu seorang chef kat sebuah hotel 5 star.

Haa Sana tu pulak, kawan aku yang kerja as model. Biasalah orang tinggi, kenalah manfaatkan ketinggian diorang tuu. Jangan fikir aku ni pendek sangat eh,  nak ukur tinggi aku dengan diorang, aku lagi tinggi sikit dari Camelia. Cehh tu pun sebab heels. 😩

Lepas balik dari kerja, aku terus baring atas katil sambil berangan. Tahu ii dah masuk magrib. Terus aku solat dan masuk tidur lepas iron baju colour merah permintaan boss kesayangan. Cehhh

                     🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Assalamualaikum semuaa haa harini saya post cerita baru tauu. Hope everyone like it. You guys jangan risau lahh cerita ni insya allah tak klishe macam cerita sis before this. 😂

Kalau nak comment tuu comment je lah. Saya tak makan orang, makan nasi je. 😂 Haa one more thingzzz, jangan lupa vote every chap dalam novel Alright Boss ni tauu . Semoga everyone diberikan kesihatan yang baik dan dijauhkan dari virus corona, aamiin.

Sincerely,
mrseunwo 💝

Alright Boss 👌Where stories live. Discover now