"Baby please... you janji takkan tinggalkan I kan? " Tanya Dessy sambil buat muka ala-ala sedih. Elehh menyampah pulak aku tengok woi.
Aku dekatkan telinga di dinding bagi mendengar perbualan dia dengan Tuan Faiq. Lantak lah orang nak fikir apa pun, Tuan Faiq tu suami aku.
"Yeah I know.... I love you. " Bisik Tuan Faiq sambil bermain dengan rambut pendek paras bahu Dessy.
Aku tarik muka sambil dalam hati menyumpah syaitonnirrojim yang menghasut suami aku untuk cakap macam tu. Woi, dia cakap I love you kat aku pun tak pernah tauu 😡👊. Aku ape lagi, terus berjalan masuk ke pantri sambil pura-pura buat air dan sesekali aku berdehem.
"Boss, kalau nak buat drama tuu boleh buat dalam bilik boss tak? Rrasa pppanasss pulak kat sini " Aku senyum sinis pada Dessy yang memuncung bibir pada boss.
Ehh aku lepuk jugak minah ni kang! Kalau aku bagitahu dia, aku ni isteri boss, mau sakit jantung agaknya dia 😂. Takpee Laura, ada banyak lagi masa kau boleh sakitkan hati Dessy. Daser, perempuan tak tahu malu.
Tuan Faiq cuma tersenyum sinis sambil tangannya meliar ke serata tubuh Dessy. Ouhh boss nak sakitkan hati aku ke? Yess dia berjaya sebab aku betul-betul sakit hati dengan perangai dia yang tak behave tu.
"Jom sambung dalam bilik, baby. Kat sini takde privasi." Kata Tuan Faiq bersahaja.
Dessy angkat sebelah kening. Boyfriend aku ni, gaduh dengan PA dia ke apa? Ahh kesah apa aku, asalkan aku dapat duit dari dia. Hehe dapatlah aku berjoli kat kelab dengan Farouk nanti, bisik hati busuk Dessy.
"Aww jom baby. I rasa tak best lah kat sini. Ada je yang menyibuk." Kata Dessy sambil merangkul leher Tuan Faiq. Mereka berjalan berkepit sampai ke bilik boss.
Aku hantar pandangan yang sedih kerana sikap Tuan Faiq. Sampai hati dia... Macam ni cara dia balas dendam dekat aku? Tapi apa salah aku? Aku betul ii tak tahu.
Balik dari kerja, aku terus kurung diri dalam bilik. Lantak dia lah nak makan apa. Dah kenyang kann tengok muka Dessy? Aku pun scroll Tiktok dan adelah cari resepi baru kot-kot boleh try masak. Lepas magrib baru aku keluar bilik. Aku pakai sepasang baju tidur satin warna putih dengan rambut aku cekak.
Turun dari tangga, aku terdengar bunyi TV. Hmm Tuan Faiq tengok tv la tu.
"Baru nak keluar bilik? Ingatkan aku tinggal sorang je dalam rumah ni. " Sindirnya.
Aku diam sahaja lalu bawa cawan berisi air sejuk naik ke bilik. Malaslah nak bertekak dengan dia. Aku takde mood.
"Kau pekak ke? " Panggil Tuan Faiq.
"Belum lagi. Abang nak apa? " Disebabkan mama, aku masih panggil dia as abang. Kalau aku lupa pesan mama, memang aku panggil dia ni malaun je. Perangai ntah apa-apa. Dah ada isteri pun, buat macam diri tu single.
"Sini jelah! " Arahnya.
"Fine..." Aku mendekati Tuan Faiq yang sedang enak menikmati pizza dan air boba. Ntah bila lah dia order Grab Food.
"Kau jangan biadap sangat dengan aku bila dekat ofis. Aku nak kau hormat aku dan Dessy sebab dia tu bakal madu kau."
Aku terdiam. Apa lagi yang dia tak puas hati ni?
"Apa salah Laura dekat abang? Tak boleh ke abang layan Laura macam isteri abang? " Soalku sedikit marah campur kecewa.
"What? Noo, so kau tak ingat apa salah kau? Let me tell you! " Marah boss.
FLASBACK ZAMAN SEKOLAH MENENGAH...
Pang! Pijar kejap muka aku bila penampar maut Laura Alana hinggap di pipi. Aduhh apa salah aku? Dahla junior, kalau sebaya aku, dah lama aku pukul balik perempuan ni.
"Just what's is your problem !" Soalku.
"Kau tak payah nak berpura-pura lah! Kau sakitkan hati Sana, kau tak fikir? Kenapa kau cari perempuan lain? " Marah Laura.
Aku menggelengkan kepala. Sana mana pulak ni? Sumpah aku tak kenal. Dan sejak bila pulak aku couple? Aku langsung tak berminat nak bercinta bagai.
"Kau merepek apa ni gila? "
"Ahhh penipu! Jangan nak drama lah! Kalau aku tahu kau dekat-dekat dengan Sana lagi, siap kau aku kerjakan. " Ugut Laura. Even budak ni pendek, jangan main-main dengan seni taekwondo dia. Aku bukanlah kenal sangat dia ni, tapi dia femes jugak sebab kecantikan dia dan kehebatannya dalam seni pertahanan diri tu.
"Takk sekarang ni, siapa Sana? Yang kau tuduh aku bukan-bukan dah kenapa? Woi, Laura! " Jerit aku. Budak tu dah pergi jauh meninggalkan aku di belakang kantin sekolah.
Aku mengusap pipi yang perit lalu cepat-cepat beredar pabila terlihat beberapa orang pegawai atasan dan PIBG sekolah sedang mengelilingi blok itu. Haa sudah kalau diorang nampak, mesti diorang report dengan Daddy. Mampus aku.
Balik dari sekolah, aku terus kena ceramah free dari Daddy dan Mommy. Sampaikan duit belanja sekolah pun, daddy gantung sampai sebulan sebab dah malukan dia depan kawan-kawannya.
Tak guna punya perempuan. Aku janji, kalau aku jumpa kau balik, aku akan buat hidup kau terseksa.
END OF FLASHBACK
"Puas hati? " Jelas Tuan Faiq sambil senyum sinis.
Wwwwhat? Sebab tu jeee? Bende kecik je punn yang dia nak balas dendam sangat dah kenapa? Macam lah aku ni pernah langgar lari mak cik dia? Esyy lelaki ni, muka je hensem tapi pendendam.
"Asal kau senyap? Rasa bersalah ke? " Marahnya.
"Okey, Laura minta maaf. Laura tahu salah Laura sebab tampar abang. Tapi, sape suruh abang buat Sana heart broken? " Tanya ku.
Tuan Faiq menggelengkan kepala sambil mengetap gigi.
"Tulah... dulu aku nak jelaskan kau degil tanak dengar. Ehh perempuan memang nak betul je ehh? Even diri tu memang salah? Sana tu couple dengan kawan aku, Haziq! Yang kau keliru sangat aku dengan Haziq tu kenapa? Ehh aku lagi hensem lah dari Haziq tu. " Bebelnya.
Aku cuma menundukkan kepala. Haihh Sana pun tak pernah bagitahu aku Haziq yang mana satu. Aku ingatkan Haziq tak pakai spek mata, tu yang aku serang dia. Rupanya tu Tuan Faiq! Last ii, budak Haziq tu memang pakai spek. OMG dia dulu dahla anak PIBG sekolah. Mampuss, nasib baik Daddy tak serang aku kat sekolah.
"Esy, manalah Laura nak kenal. Abang dengan Haziq muka dah dekat sama je. Tinggi sama, semua sama lah. " Kataku.
"Alahhh alasan. Kau memang kan? Dah tahu diri tu salah, bukannya nak mintak maaf terus! "
"Takkan la Laura nak jumpa abang lepas Laura dah tampar abang... Malu lah. "
"Tahu pun! Lain kali buat kerja, fikir pakai otak. Dahla, takde mood aku nak makan. Kau kemas ni semua. " Tuan Faiq bangun meninggalkan meja yang bersepah. Aku mengeluh... Dia ingat aku ni buat bibik dia ke? Hmm kak Wati pun aku tak pernah nampak dia kerja sini lagi. Ni mesti agenda Tuan Faiq nak seksa aku supaya aku menyesal hidup dengan dia. Ahh kita tengok, siapa yang akan menyesal.
Aku kemas meja dan ruang tamu sekemas-kemasnya kemudian masuk ke bilik untuk tidur. Pukul 12.30 malam, baru aku lena tidur.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Enjoy okeyy 👌 Plis jangan jadi silent readers 😀
mrseunwo 😔👍