Bab 5

463 3 0
                                    

"Boss, meeting dengan Encik Jamil dari Endie Holding lagi 20 minit ye? " Kataku ringkas di muka pintu bilik kerja boss

Tuan Faiq mengangkat mukanya untuk memandangku sambil dia mengangguk. Tiba-tiba, panggilan telefon menganggu lalu Tuan Faiq menjawab panggilan tersebut.

"Yes, daddy? What's up? " Soal Tuan Faiq mesra.

Riak mukanya terus berubah apabila sebaris nama itu disebut.

"Okey Daddy. Papehal Faiq bagitahu. " Boss end call. Dia kemudiannya menggenggam tangan dengan bibir yang terkatup. Macam geram pun ada.

"Laura... "

"Haa yes boss? "

"Saya rasa kita kena cancel meeting harini lah. Saya kena pick up my brother dekat airport. Jom pergi sekarang. " Kata Tuan Faiq lalu mengemas barangnya.

Aku terkejut.

"Sssaya sekali ke boss? Tapi saya takde kena mengena dengan abang boss tu.. dan... " Belum sempat aku cakap, boss memintas.

"Laura don't you remember that you have to follow me anywhere? I'm your boss. Come on. "

"Erm... Alright boss. " Aku mengalah.

Dah 1 jam kami menunggu di balai ketibaan namun bayang-bayang Tuan Farouk tidak lagi kelihatan. Boss hampir terlelap dan dah 2 kali terlentokkan kepala di bahu aku. Aku masih lagi menunggu tanpa mengantuk. Entahla... tiba-tiba aku terfikirkan apa yang Kak Dar pernah bagitahu aku pasal Tuan Farouk. Seram lah pulak. Agak-agak kalau Tuan Farouk cuba buat apa-apa dekat aku, boss nak protect aku ke ek? Aku just PA dia je. Bukan macam girlfriend dia...

Tiba-tiba, seorang lelaki berpakaian kemas dengan rambut perang karat berjalan mendekati kami. Aku mengejutkan boss yang dah lena tu.

"Hey my little brother! What's a pleasure to see you pick me up? And you, sweet cutie pie, are you my brother's girlfriend? " Sapa Tuan Farouk bersahaja.

Aku tak jawab soalan dia dan mataku memanah pandangan Tuan Faiq. Dia masih lagi tenang.

"Kau tak payah nak mengada sangatlahh. Aku jemput kau pun, sebab Daddy suruh. In fact kau boleh je kan tempah taxi nak balik rumah? Nak jugak susahkan aku. Aku ada meeting lah harini. " Marah Tuan Faiq.

Tuan Farouk buat muka annoying.

"Who cares? You still pick me up. That's means you love your brother right? Thanks man. So let's go to your office. " Katanya sambil mata tak lepas dari memandangku.

Aku menjauhkan diri darinya lalu merapatkan badanku dengan Tuan Faiq. Taktahu kenapa, aku rasa selamat bila Tuan Faiq ada dengan aku.

"Kalau kau nak cakap dengan aku, boleh tak jangan takutkan PA aku? Kau tu menakutkan. And yeah, siapa ajak kau pergi office aku? Aku akan hantar kau terus balik rumah. Daddy nak cakap something. " Bebel Tuan Faiq.

Dia memegang lenganku yang beralaskan kot warna kuning itu supaya tidak berada jauh dengannya. Ya Allah, aku terharu sebab boss protect aku sekarang ni.

"Elehh... PA je pun... tak luak pun kalau aku pandang. Bukannya buat apa-apa pun. Kan cutie pie?" Soalnya manis plus sinis plus annoying nakmampus.

"Farouk stop it! " Tegah Tuan Faiq.

'' Yaa yaa, I will stop" Tuan Farouk berjalan dahulu sementara aku dan boss berjalan dibelakangnya seiring.

"Awak okey? Jangan dekat sangat dengan dia tu. Sewel. " Kutuk boss

Aku tergelak sambil mengiyakan. Tuan Faiq drive kereta sampailah ke rumah orang tua mereka. Ya Allah, kalau rumah Tuan Faiq tu dah besar, apetah lagi rumah parents dia. Macam istana pun ada wehh 😳.

"Cakap dekat Daddy aku tak sempat singgah. Balik kerja nanti aku singgah sini. " Kata Tuan Faiq pada mamat gatal tu.

Tuan Farouk angkat sebelah kening gaya poyo.

"Kenapa? Apa salahnya kau bawak sekali PA kau yang cantik ni masuk sekali? " Ajaknya.

"Tak payah lah. Laura busy harini. " Tegah Tuan Faiq.

"Ouhh your name is... Laura? Sounds beautiful like you. "

"Enough Farouk. Get out! "

"Fine.... bye sweet love" Kata Tuan Farouk pada aku.

Innalilah, gatal ya ampun mamat ni 😭

Sampai di office, aku terus memulakan kerja yang tertangguh. Banyak lagi fail yang perlu ditandatangan oleh boss. Aku bergegas keluar bagi mendapatkan boss. Dia tengah sibuk ke?

Aku ketuk pintu kemudian memulas tombolnya. Urm... tengah busy rupanya. Dessy dan boss tengah dalam mood sweet. Geli je aku tengok. Wait, entah bila lah perempuan ni masuk, aku pun tak perasan. Takpelah, boss kata kalau Dessy ada dalam bilik dia, jangan masuk.

Saat aku ingin tutup pintu dan balik je bilik aku semula, terdengar Dessy memanggil namaku.

"Laura! You cari boss you ke? " Tanya dia.

Hahahaha lawak b*'!h apa dia buat ni? Takkanla aku nak jumpa dia pulak? Mestilah aku cari boss aku.

"Haah saya nak jumpa Tuan Faiq. "

"Well kitorang tengah busy lah... Nak bincang tentang our wedding. You nak tahu tak bila? " Ceritanya teruja.

Ouhh nak kahwin dah boss aku? Hahaha sayangnya dapat isteri macam kau ni! Teruk perangai. Kalau boleh aku tanak tahu pun, tarikh korang tu bila!

"Ohh it's okay. I will leave. " Pintaku.

"It's next month! Are you happy for me, Laura? " Kata Dessy sengaja menyakitkan hatiku.

Ohh s*!t, kenapa aku rasa cemburu ni? Nope, aku takkan jatuh cinta dengan boss sendiri. Tuan Faiq tidak sedikit pun memandangku kerana dia cuma fokus pada Dessy yang seksi tu. Aku sedar diri lah... takkan lah dia nakkan aku yang tak attractive langsung ni. 😌

"Ouhh... yaaa. Congrats. " Ucapku sedikit tak ikhlas.

"Thank you, Laura. Don't worry, I akan suruh Faiq, ajak you ke majlis perkahwinan kitorang. And... " Ringtone Dessy berbunyi dan aku dapat lihat riak mukanya berubah. Nampak macam lebih ceria dan excited.

"Baby, I think, I kena balik kerja sekarang. My boss dah panggil ni. Nanti kita jumpa tauu. Muah. " Dessy mencium pipi boss sekilas tanpa dielak oleh boss sendiri.

"Okey baby. Take care. I love you. " Ujar boss sambil merangkul pinggang Dessy lalu memeluknya. Astagfirullah Laura, apa yang kau dah tengok ni?

Selepas Dessy pergi, boss ambil dokumen yang ada di tanganku lalu menurunkan tandatangannya. Tanpa banyak soal, aku minta diri lalu balik ke bilik kerja aku.

                       🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Hey what's up guys 😊

Sorry for the late updates and chapter ni pendek dari biasa.

I was thinking on how Tuan Faiq and Laura can get married. Papehal I update okeyy?! and sorry kalau chapter ni buat korang annoying dengan Tuan Faiq. Hmm dah kering idea dah ni 😅.

By the way, keep voting and leave some comments 😆

mrseunwo 💖

Alright Boss 👌Where stories live. Discover now