Tuan Farouk menghirup udara segar setelah keluar dari balai polis. Huarghh 7 hari kena tahan reman sebab kes dia cuba perkosa Laura. Tak guna punya Faiq. Kau tunggu... aku takkan bagi kau dengan isteri kauu bahagia, dendamnya.
Telefon miliknya berbunyi. 'Baby'
"Hello... " Ucap Tuan Farouk
"Baby... you pergi mana haa. I call everyday but you tak angkat pun. You tak rindu I ke? " Uji Dessy sambil buat suara menggoda.
Tuan Farouk gigit bibirnya.
"Of course I miss you. I datang apartment you ehh malam ni. Lagi satu, I need your help. " Pinta Tuan Farouk.
"My help? Whats is it? "
"Secret... nanti I bagitahu. Bye, baby. "
"Okeyy, bye you. "
🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Aku turun tangga ke dapur bagi mencari mama. Ouhh mama tengah buat sarapan. Aku peluk pinggang mama dari belakang. Rinduu mama 😩.
"Kakak okey tak ni? Dah cukup rehat? "
"Alhamdulillah kakak sihat je. Mama buat sarapan apa tu? "
"Mama buat sarapan menu favourite kakak dengan menantu mama lah. Nasi goreng daging merah. Sedap tau, dahh jom makan. " Ajak mama bernada ceria.
Ehh mama ni demam ke apa? Kan aku kata Tuan Faiq tak balik sekali? Dah kenapa nak mention menantu dia pulak?
"Bukan ke kakak kata.. "
"Sayang cakap ape? " Tuan Faiq tersenyum pada aku sambil menuangkan kopi dalam cawan baba dan mama. Dia memang dekat meja makan dari tadi ke? Aaaaa 😧😰
Terus tak jadi aku nak sambung ayat aku. Aku terkelip-kelip mata pandang Tuan Faiq. Wow macam mana dia tahu aku kat sini? Erkkk dia pun bukannya kenal sesiapa contact aku. Just mama dengan baba je yang dia tahu. Huhh kalau aku tahu, baik aku lari gi rumah Camelia. Biar dia tak cari ii 😏. Tuan Faiq mendekatkan bibirnya di telingaku.
"Cantik... " Dia tersenyum. Ermm aku taktau tu ikhlas ke tak tapi sumpa, aku rasa dah dekat kayangan 😇.
Aku tunduk memandang pakaian di badan sendiri. Tshirt lengan pendek warna pink pastel dengan kain batik senada warna jugak rambutku yang aku ikat ponytail. Hshshshsh lawa kee 😆😂😂.
"Ehem.. Ehem.. " Kami tersedar yang semorang tengok dari tadi. Helmi ketawa kecil.
"Meh la makan kakak. Kalau nak sambung sesi melepas rindu, gi naik bilik. " Sakat Helmi.
Baba dan mama ketawa sambil mengiakan sahaja. Aku jegilkan mata ke arah Helmi. Eyy budak ni, aku tumbuk jakgi. Aku dan Tuan Faiq duduk sebelah-sebelah lalu meneruskan makan sarapan pagi.
Lepas makan, aku naik ke bilik. Nak baring ii kejap before keluar. Tekak ni nak buat aglio olio tapi takde bahan pulak. Nak kena pegi Tesco ni. Baru je nak capai phone, pintu bilikku dibuka. Wajah Tuan Faiq terjengul di balik pintu.
"Lain kali kalau nak lari, sediakan makanan dulu. Kau tahu tak aku kebulur kat rumah bila kau takde? " Tanya Tuan Faiq lalu duduk di sebelahku.
Ek elehmek...dia balik sini sebab nak makan je kee. Eyy ingatkan nak cari aku.
"Kalau saya masak pun, bukannya awak makan. Membazir je. " Jawabku tanpa memandangnya.
"Ehh baik sikit. Aku makan tau apa yang kau masak. Semalam kau masak chicken buttermilk kann? Hmm sedap. " Entah kenapa cara Tuan Faiq cakap sangat mencuit hatiku. Macam budak-budak.
"Tahu... thank you. "
Tuan Faiq mencium dahiku kemudian dia keluar bilik. Aku terkaku. Haaa kejapp, dia kiss dahi aku ke tadii? Aaaa asal aku tak perasan 😭 Aaa author pliss ulang balik scene tadii 😭
mrseunwo - hahahaha wat lek wat peace, nanti ada scene ceni lagi 😂
Aku blushing teruk wehh 😁 Hehe Tuan Faiq ni, dah kiss orang nak lari pulak.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼
"Awak... please. Sumpah saya sayang awak. Jangan la reject saya. " Ucap Helmi sedih. Di tangannya terdapat sekotak cincin baldu warna merah terang.
Wanita itu menggelengkan kepala. Dia pun sedih dan takmahu kecewakan lelaki itu.
"Helmi, saya tak sesuai dengan awak... Saya bukannya sebaya awak atau lebih muda dari awak. "
"Beza umur kita bukannya penghalang untuk awak jadikan benteng dalam percintaan kita. It's whether you want, or not... " Luah Helmi.
"Saya sebaya kakak awak. Saya tak nak dia tak selesa bila saya kahwin dengan awak. "
"Dia tak pernah cakap macamtu. Please... I need you in my life. Really ... Saya takkan sia-siakan awak." Janji Helmi.
Wanita itu tersenyum kecil. Sayang Helmi padanya tak pernah pudar meskipun dia banyak kali menjauh dari lelaki itu.
"Let's get engaged first. " Cadang wanita itu.
Helmi terkejut. Woww siyes ahh 😆😆
"Are... are you serious? Awak tak main-main kann? "
"Hahahaha yee takkan saya nak mainkan perasaan orang yang saya sayang? " Tanya wanita itu dengan lagak comel.
"Thank youu sayang! " Helmi tersenyum lebar. Eyy rasa nak peluk je perempuan depan dia ni. Hehe belum halal lagi. Sabar, Helmi.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Uwuu bak kata Laura, beruntung siapa jadi isteri Helmi. Dahla sweet ehekk 😆 Haa okey takk chapter ni? Author ngantuk ni time type. Hehe maap kalau ada typo 😂 Papehal comment tauu 😘
Hari ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kematian artis Malaysia iaitu arwah Siti Sarah. Al-Fatihah untuk arwah Siti Sarah, bintang seni tanah air yang telah kembali ke rahmatullah hari ini (9/8/2021) 😢 Sebak rasanya hati ni 😭 semoga beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman, aamiin (Al-Fatihah dibaca) 💝
Don't be silent readers 👋
mrseunwo 💖