2 minggu kemudian,
Aku buat nasi lemak dan air kopi untuk sarapan harini. Tiba-tiba tekak nak makan benda sedap pulak. Tuan Faiq belum turun lagi, tengah mandi kot... Aku tersedar saat ada tangan yang memeluk pinggangku dengan erat. Siapa lagi kalau bukan Tuan Faiq.
Dia tersengih memandangku. Aku cubit hidungnya yang mancung persis orang Arab.
"Sakitlah sayang. " Dia menggosok hidungnya yang sedikit kemerahan.
"Hehe sorry. Dah mandi dah? "
"Dah, kan abang bau wangi ni. Cuba bau. " Tuan Faiq mendekatkan pipinya di bibirku dengan sengaja.
"Eyy abang dah kenapa? " Aku tergelak kuat.
"Elehh sayang rindu abang kan? "
"Tiber lah dia ni. Dahla, jom makan. Nanti nak pergi kerja"
"Oceyy sayang !" Tuan Faiq hadiahkan ciuman di bibirku sekilas sebelum dia duduk selamba atas kerusi.
"Erm...abang. " Panggilku tanpa kekok
"Yee sayang? " Suapan nasi lemak ke dalam mulut Tuan Faiq terhenti seketika.
"Hm.. bila abang nak bawak Laura jumpa Mommy? "
Tuan Faiq terdiam. Dia kelihatan serba salah untuk bersuara
"Abang... kenapa diam? " Soalku.
"Look, sayang. Mommy bukan macam ibu-ibu lain kat luar tu. Dia always busy. Jarang ada dekat rumah macam Daddy. " Tuan Faiq menggenggam tanganku.
"Laura tahu."
"Sayang tahu? Dari mana tahu? "
"Masa kita nikah, daddy ada cerita dekat Laura. Sekejap jelah lepastu daddy balik rumah. Alaa abang, takboleh ke Laura balik rumah parents abang? " Pintaku. Aku nak jugak ada mentua yang baik macam dalam novel-novel tu. Ibu mentua diorang layan menantu macam princess. Nak jugak rasa. Ehh melebih lak kau Laura haihh
Tuan Faiq cuma tersenyum. Ya Allah, abang bukan tanak bawak Laura balik sana... tapi Farouk memang tinggal dengan daddy dan mommy. Takkanla abang nak bawak Laura ke sana. Bahaya sayang...
"Insya Allah, nanti kita balik ehh? "
"Yeyy janji dulu. " Aku buat pinky promise.
Tuan Faiq memeluk badanku erat."Ye... janji.. :) "
🌼🌼🌼🌼🌼🌼
"Baby, bila kita nak start plan B? I dah tak sabar nak hancurkan rumah tangga diorang. " Bisik Dessy di telinga Tuan Farouk.
Tuan Farouk yang masih mabuk itu cuma terdiam kerana kepalanya masih pening-pening. Wangian tubuh Dessy menarik perhatiannya lantas dia terangsang.
Badan Dessy dibaringkan atas katil bilik Dessy. Yaa, memang dah 2 hari dia tidur rumah Dessy. Dessy hanya tergelak kecil melihat Tuan Farouk yang seakan-akan naik nafsu melihat tubuhnya yang tidak berpakaian itu. Mereka hanya menikmati saat itu sampailah kedua-duanya puas.
"Baby, I tanya you ni. Come on jawablah! " Tanya Dessy.
"Ermm..." Balas Tuan Farouk sambil memeluknya atas katil.
"I akan make sure, FA HOLDING jatuh ke tangan I... bukan Faiq. And you, akan jadi isteri I. " Tuan Farouk mencium belakang badan Dessy yang terdedah itu dengan rakus.
"That's why I really love you " Dessy ketawa dengan jahat.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Kepala yang terasa sakit itu, dipicit perlahan. Banyak sangat kerja atas meja ni. Tuan Faiq resah sendiri. Perasaan bersalah bersarang dihatinya. Macam mana kalau Dessy buat sesuatu yang gila? Kot-kot dia bagitahu mommy yang Tuan Faiq dah berkahwin? Atau dia akan sebarkan cerita dekat semua orang yang malam tu mereka bersama? Hell, no ! Tuan Faiq tetap dengan pendiriannya. Tak mungkin dia sentuh Dessy sebab dia tak sedar langsung apa dia buat malam tu.
Mesti Dessy dah plan sesuatu yang gila! Ahhh habislah dia. Hati Laura pasti akan hancur sebaik saja mendengar berita ini. Aku kena berterus terang dengan dia. Telekom di sebelah meja, ditekan lalu disambung ke bilik Laura.
"Sayang..."
"Yes, abang? Do you need anything? " Soal suara Laura dari hujung telekom.
"Busy ke? " I need you sayang, bisik hati Tuan Faiq.
"Busy gila ni abang. Why?"
"Hrmm sokay. Takpelah nanti abang cakap dekat rumah je key?"
"Okay then. " Laura terus menamatkan perbualan. Hmm kesian dia, busy pulak.. apepun aku kena bagitahu dia pasal ni sebelum Dessy yang bagitahu.
🌼🌼🌼🌼🌼🌼
alhamdulillah my examination went well and I'm so happy masa jawab exam sejarah cause I lovesss sejarah subject so much and tasabar nak belajar sejarah dekat skolah balik 😭 thanks yang doakan and I hope results nya gempouk 😆 aamiin 😆
sorry to say tapi I don't know why this novel mcm messed up skit, ttibe chap mcm terbalik ii, haihh saba jelah 😪 okey la enjoy readings my puffy muffy 😝 bende ntah aku cakap ni 😑
votes and comments 😘