BAB 4

474 2 0
                                    

Perjalanan ke office sangat sepi dan hambar dalam kereta Tuan Faiq. Aku seboleh-boleh tanak terpandang muka dia. Malu wehhh. Sampai saja di sana, aku terus buka pintu nak keluar namun Tuan Faiq sempat memegang lenganku.

"Saya... saya mintak maaf. Saya tak patut masuk bilik tu bila awak ada. Sssumpah saya tak perasan, saya cuma nak cepat sebab saya lupa pakai tie. " Jelas boss

Aku terdiam.

"Saya yang salah. Saya taktau pulak tu bilik tidur boss. Saya keluar dulu ek" Aku cepat-cepat keluar.

Tuan Faiq kejar aku sampailah dalam lif.

"Awak balik dengan saya ekk? "

"Erm takpelah boss. Saya boleh suruh adik saya jemput nanti. "

"Ouh.. Okeylah kalau macamtu. "

Dan hari pun berjalan dengan lancar. Memang susah nak elak dari eye contact dengan boss, tapi aku seboleh-boleh takmahu.

Balik dari kerja, aku terus pergi ke hospital. Baba dah sedar namun keadaannya masih lemah.

"Baba mintak sangat, kakak terima lamaran Zarul. Dia ni budak baik, kakak. "

Aku telan liur. Sanggup ke aku gadaikan hidup aku untuk permintaan Baba tu?

"Bagilah Kakak masa untuk fikir. Insya allah, kakak akan bagi jawapan. " Pintaku.

"Please kakak... Mama tanak tengok Baba sakit lagi. Kakak terima ye? "

Aku hela nafas... Aduhh macam mana ni?

                           🌼🌼🌼🌼🌼🌼

"Hey babe, kenapa monyok je ni? " Tanya Sana sambil menyedut kopi Starbucks miliknya.

Aku senyum segaris.

"Are you okey, Laura? " Tanya Camelia pulak.

"I'm okay...just ada family matters je. "

"Ceritalahh. Kot-kot kitorang boleh tolong? "Cadang Sana

Aku menggelengkan kepala

"Korang tak boleh tolong aku."

"Kenapa pulak? " Tanya Sana dan Camelia serentak.

"Babe... aku kena kahwin dengan orang yang aku sendiri tak kenal! Parents aku yang aturkan. " Rungutku.

Sana menepuk dahi.

"Seriously? Laura, you're still young to get married " Komen Sana

"Kannnn! " Aku mengiyakan

"Habistu, kau dah jumpa mamat tu ke? Kau tak cuba reject ?" Tanya Camelia.

"Hm... belum lagi. Macam mana aku nak reject, Mel...Belum pape, Baba dah pengsan. Tu yang dia suruh aku kahwin. " Ceritaku.

"Fuhhh things get worse... " Ujar kami bertiga serentak.

Dua bulan kemudian, 🌼

Aku bersiap agak ringkas untuk keluar dengan Zarul. Yaaa, aku putuskan untuk teruskan pertunangan tu. Dan lebih teruk, Tuan Faiq tak tahu langsung tentang tu. Bukan apa, macam mana kalau aku cakap, aku dah taken astu dia terus pecat aku? Tu yang aku risau dan aku rasa tak patut untuk ceritakan semua tu pada dia.

"Good morning, Sayang. " Sapa Zarul sambil tersenyum. Dia ni memang manis mulut.

Aku cuma balas senyuman dia lalu memalingkan muka arah tingkap kereta.

"So, Sayang tak nak tanya kita nak ke mana ke? " Soal Zarul sambil angkat sebelah kening.

Aku mengeluh tanpa didengari sesiapa.

"Kita nak pergi mana? " Tanyaku hambar.

"Hum well, I nak ajak Sayang pergi dating. Jom pergi pantai dekat situ. " Kereta Zarul berhenti di sebuah pantai.

Kami keluar dari perut kereta kemudian aku berjalan sampai ke tepian pantai. Zarul mengejar aku sampailah kami berjalan seiring.

"I tahu yang you belum happy dengan I. But please, Sayang... try to love me. I will make sure yang you always happy when I'm around you. " Janji Zarul.

Aku tersenyum.

"Hmm.. I will try. "

Lepas tu,  Zarul ajak aku tengok wayang dan lunch bersama. Aku cuba bermanja dengannya tapi sumpah aku sendiri rasa diri aku fake gila. Kemudian, dia menghantar aku balik.

"Assalamualaikum. " Sapaku

"Waalaikumsalam.. Haa kakak, amacam best ke keluar dating? " Tegur Mama.

Helmi yang sedang makan popcorn sambil tengok Netflix juga memandangku dengan perasaan ragu.

"Okey je. Kakak masuk bilik dulu eh Ma... Nak rehat. " Ujarku

"Lain macam je kakak, baru balik dating ke balik berperang? Stress je muka. " Komen Helmi

"Ishh jangan la cakap macamtu. Kakak just penat je kot. " Kata Mama.

"Ma, macam mana kalau kakak tu sebenarnya tak bahagia? Mama nak ke kakak sedih tiap masa? " Soal Helmi.

"Helmi, mama tahu apa yang terbaik untuk kakak. Kakak mesti bahagia punya dengan pilihan mama dan baba. " Kata Mama yakin.

"Hm... yaaa suit yourself. I won't interrup" Kata Helmi mengalah.

                        🌼🌼🌼🌼🌼🌼

New York City
3 Pagi....

Tuan Farouk memandang ke luar tingkap hotel. Langit gelap dan terasa sungguh sejuk. Bila lah dia nak balik ke Malaysia. Kursus di sini sebenarnya sudah 2 bulan habis, cuma dia saja yang ingin tinggal di New York untuk berfoya-foya.

Wanita berbangsa Enggeris yang sedang nyenyak tidur tanpa berpakaian atas katil mereka, menarik tumpuan Tuan Farouk. Sebenarnya, sudah ramai perempuan yang menjadi mangsa kepuasan nafsu syaitannya. Mereka juga tidak dapat menolak setelah diberikan wang untuk setiap malam. Tuan Farouk merebahkan badannya atas katil bersebelahan wanita itu lalu memeluknya erat.

"Faiq, I'll come back to Malaysia and we will see who's become the richer between us.... Aku akan dapatkan FA HOLDING. " Ujarnya sinis.

Mereka dua beradik sebenarnya tidak pernah sehaluan. Ada saja perkara yang bakal digaduhkan tiap kali berjumpa. Tuan Farouk sangat cemburu dengan adiknya itu. Dia akui Tuan Faiq lebih hensem dan juga pandai dalam setiap tindakan. Dia selalu dapat no 1 setiap kali peperiksaan sekolah. Sebabtu Daddy dan Mommy mereka iaitu Tuan Sri Faris dan Puan Sri Qaseh amat menyayangi anak bongsu mereka itu.

                      🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Hai semua 👋😆
Semoga seronok baca karya ni okeyy? I hope you guys boleh adapt dengan cerita ni. Sorry kalau korang rasa genre ni tak sesuai dengan umur korang. But sis ada bagitahu ni 17 ke atas kann...

So anyways, keep votes and reading 🙌😊And sorry sebab chap ni macam pendek. Hehe

mrseunwo 💖

Alright Boss 👌Where stories live. Discover now