1 » ARGUMENT

1K 64 29
                                    

" Kau dengan mak kau sama-sama bangsat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Kau dengan mak kau sama-sama bangsat . Kau takda bukti lah nak cakap aku rasuah Ruslan . Kau nak aku rosakkan nama baik keluarga kau pulak? Ha budak? " .

Thea bersama wajah datarnya memandang Tengku Ruzman yang datang menyerangnya di Hans High School . Mana berani nak datang serang Thea luar dari sekolah , boleh merosakkan nama baiknya . Kalau di Hans High School dia akan dipandang tinggi kerana dia merupakan VIP dan penyumbang terbesar dalam dana sekolah .

" Tapi saya boleh rosakkan nama Tuan dalam satu detik sahaja " . Telefon ditangannya memaparkan artikel yang ditulisnya sendiri untuk di hantar pada Dispatch Malaysia iaitu salah satu cawangan syarikat penerbitan terbesar di dunia .

Pada artikel itu tertulis bahawa Tengku Ruzman sanggup merasuah Cikgu Ruslan demi menjaga nama baik keluarganya kerana ulah anaknya , Tengku Tiara Arluna .

Di dalam artikel itu ada beberapa bukti yang menunjukkan bahawa berita daripada Thea dan Zayn benar belaka , bukan fitnah ataupun sengaja ingin menjatuhkan orang . Bukti itu sahih .

Video berdurasi 26 minit itu memutarkan pita suara Tengku Ruzman dan Cikgu Ruslan sedang berbincang di WanaWani Cafe pada 4 tahun lepas .

Dan ada beberapa keping gambar yang menunjukkan Tengku Ruzman benar-benar berjumpa Cikgu Ruslan serta ada satu keping gambar menunjukkan perjanjian mereka selama Tengku Tiara Arluna bersekolah di sini .

Setelah anaknya tamat bersekolah , Cikgu Ruslan tidak akan menerima rasuah daripada Tengku Ruzman lagi .

" Jangan fikir Tuan je paling hebat dalam dunia ni , saya lebih hebat dari Tuan " . Thea terus meninggalkan lelaki berumur 50-an itu . Tidak betah dia berhadapan dengan lelaki itu . Bukan takut tetapi dia muak .

Tengku Ruzman memang dah banyak kali datang berjumpa Thea samada sebelum dua syarikat itu berantakan mahupun selepas dua syarikat itu bergaduh . 

Tengku Ruzman ingin bekerjasama dengan Heyshzek namun Hasya Zafiyya iaitu CEO Heyshzek dan juga merupakan bonda kepada Thea itu menolak kerana dia sedia tahu bahawa syarikat milik Tengku Ruzman selalu main kotor .

Banyak aduan daripada syarikat-syarikat lain bahawa Tengku Ruzman suka bermain rasuah dan juga riba . Fiya tidak mahu terlibat dengan semua itu , jadi dia menolak untuk bekerjasama walaupun keuntungan yang dia bakal dapat tinggi . 

Sejak dari itu Tengku Ruzman yang dahulu datang kepada Thea dengan secara baik kononnya ingin memujuk namun sekarang dia datang berjumpa Thea kerana ingin membentak , memarahi dan menyerang gadis itu .

" ARGH " .

" SS-SAKIT " .

" TO-TOLONG BERHEN-TIH " .

" RI-RIAN PLEASE " .

" SSSA-KIT RIAN " .

Thea mendekatkan telinganya pada pintu tandas kosong , tandas yang telah tidak digunakan kerana banyak kejadian ngeri berlaku suatu ketika dahulu . Akibat daripada itu , tiada pelajar yang berani untuk ke tandas ini , kalau berani guna pasti keesokkan akan demam .

MY SYARIFAH [OG]Where stories live. Discover now