Sepasang suami isteri itu sedang berpelukan manja ditengah-tengah ruang tamu sambil menonton drama Melayu di waktu senggang sebegini bersama air tea hijau .
Tangan berurat Thaqeef mengusap lembut perut Fiya , walaupun kandungannya masih baru namun sudah kelihatan bonjolan di perut Fiya , mungkin faktor lemak yang menumpuk selepas melahirkan Tiz Zulfa .
Sebenarnya Fiya kurus orangnya , perut takda nak buncit sangat . Tetapi , selepas beranakkan Tiz , berat badannya mendadak naik sekaligus dengan perutnya yang menjadi lebar dan buncit . Tak peliklah , dah nama orang beranak empat kan? .
Walaupun Fiya boleh sahaja menguruskan kembali badannya dengan menerima rawatan-rawatan mahal tetapi Thaqeef tidak mengizinkan . Thaqeef suka Fiya berisi , katanya enak buat peluk malam-malam .
Sekurangnya bila peluk rasa kemas daripada peluk isteri yang kurus kering macam skeleton dalam makmal sains , tak syok langsung .
" Jepun ni sebenarnya nak apa eyh? " . Thaqeef yang fokus pada drama Melayu itu kini beralih menatap Fiya yang mula naik angin tidak tentu pasal .
Thaqeef tak pelik langsung , memang setiap kali Fiya mengandung akan berubah jadi ibu singa . Pembawakan budak membuatkan Fiya selalu nak marah . Biasalah , ibu mengandung ni banyak benda dia nak fikir , dengan marah tak tentu pasal jelah dia boleh lepaskan semuanya .
" Kenapa ni Yang? " .
" Jepunlah , ish . Dahulu , tentera dia duk jajah Malaysia . Sekarang rakyat dia pula jajah hati salah seorang rakyat Malaysia ni . Ish " , Fiya melipatkan tangannya di atas perut bonjolnya dengan mulut seperti paruh burung belatuk .
Thaqeef mengulum bibirnya dari tersenyum lebar . Njir , walid salting nih bonda .
" Tak cukup jajah hati orang sibuk nak tanam benih kat kita " .
" Eyh " . Senyuman Thaqeef meluntur . Lain macam je bini dia ni .
Fiya menatap Thaqeef sebal . Kenapa suami dia semakin hari semakin hensem? , kan Fiya takut Thaqeef kena rembat dengan perempuan-perempuan gatal kat luar sana . Walaupun Fiya tahu dia lebih cantik dari perempuan kat luar sana tetapi dia tetap takut . Inilah masalah ada suami hensem plus plus .
" Jangan emotional sayang , nanti baby stres " .
" I yang stres masalahnya " .
" Kenapa you stres? Tell me sayang " , Thaqeef mengusap lembut bahu Fiya . Dia sentiasa menjadi bahu untuk Fiya bersandar , sentiasa menjadi bantal untuk Fiya tidur , sentiasa menjadi sudu untuk Fiya makan , sentiasa menjadi kerusi untuk Fiya duduk , sentiasa menjadi ah sudahla .
" I tak tahu , tapi I stres " .
" Ada masalah kat office ke? Hm? " .
" Tak " .
" Anak-anak buat hal lagi? " .
" Aniyo " .
" I buat salah? " .
YOU ARE READING
MY SYARIFAH [OG]
Romantik𝐒𝐘. 𝐓𝐇𝐄𝐀 𝐙𝐀𝐑𝐑𝐀 | 𝐒𝐘. 𝐀𝐑𝐑𝐀𝐙 𝐅𝐀𝐊𝐇𝐑𝐔𝐋 Sequel GARUNK✔️ ‼️Title ditukar daripada THEA:FATE kepada MY SYARIFAH . Harap tak mengelirukan . ===== Kahwin muda dengan Ex-crush sendiri? Itulah apa yang Thea cuba hindarkan tetapi atu...