45 » FAMILY

155 15 2
                                    

Mazda Hatchback 3 milik Zaim berhenti di dalam kotak parkir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mazda Hatchback 3 milik Zaim berhenti di dalam kotak parkir. Kelihatan sudah ramai tetamu Coach Mahmud datang. Dia terlambat kah?

Malam ini Coach Mahmud mengadakan sambutan anniversary bersama isterinya yang ke 32 tahun. Kesemua orang terdekat dan anak buahnya dijemput hadir.

Zaim bingung, kenapa ada pasangan yang nak sambut anniversary sehingga harus menjemput ramai orang? Sebaiknya hanya sambut berdua bersama isteri atau ajak anak-anak sahaja. Kan lebih bagus.

Tapi takpelah, Zaim malas nak jaga tepi kain orang. Yang penting, kalau dia dah ada isteri nanti dia nak sambut ulang tahun perkahwinannya hanya berdua-duaan sahaja. Nak ajaklah isteri dia merantau seluruh negara, lagi syok dari mengeluarkan duit untuk majlis sebegini.

" Ha dah sampai pon orang jauh kita. " tegur Jarry dengan sengihan sinis. Zaim bersalaman dengan Jarry serta beberapa lagi tetamu lelaki lain yang berada di muka pintu masuk.

" Mana yang lain? " mata Zaim bergerak melihat setiap tetamu yang hadir, sejujurnya dia mencari rakannya yang lain. Janggallah kalau berjalan bersama Jarry sahaja, malu.

" Diorang dah duduk kat depan sana. Kau je yang lambat padahal jarak hotel ni dengan rumah kau tak sampai 15 minit. "

" Abang dengan kakak aku baru balik dari oversea tadi. Duk melepas rindu dululah baru datang sini, takkan diorang balik aku buat tak layan je kan? "

Jarry mengangguk faham. Dia faham, mestilah Zaim mahu melepaskan rindu dengan abang dan kakaknya yang telah berjauhan sejak 10 tahun dahulu. 10 tahun, bukan setahun.

Kedua jejaka itu berjalan menyelusuri dewan gah ini untuk ke meja yang telah disediakan. Banyak pasang mata gadis melirik ke arah kedua-dua pemain bola sepak itu atas bawah dengan sengihan nakal. Ganteng. Macam sugar daddy. Rawr.

Telinga Zaim dipekakkan mendengar suara-suara haram itu. Nasib baiklah iman dia tebal, dia tak mudah tergoda dengan hasutan syaitan bertopengkan wanita gatal. Mungkin sebab inilah dia single sampai sekarang.

" Kita berdua je single Im, orang lain dah bawa anak bini hm. " Jarry mengeluh kecil seraya melabuhkan duduknya ke atas kerusi. Matanya dihala ke arah Alif, Izzat dan Kashfi yang sedang melayani anak bini mereka. Cemburu !!

" Rezeki orang lain-lain. Sekarang Tuhan nak kasi kau banggakan mak ayah dulu, barulah dia kasi kau jodoh. Nanti dah ada bini kau lupakan mak ayah kau pula. "

" Hish, tak baik berburuk sangka. Aku ni anak soleh tau, takkan mampu membelakangi mak ayah aku. "

Zaim hanya mengeyakan sahaja dengan deheman malas. Yelah, Jarry anak soleh, bukan anak Jauhari.

Kerusi kosong yang sudah tersedia nama Zaim dan Jarry mereka duduki. Mentang-mentanglah hanya mereka berdua sahaja yang belum ada pasangan, diletaknya mereka dimeja berbeza dari sahabatnya. Sampai hati Coach.

MY SYARIFAH [OG]Where stories live. Discover now