13 » SWEET MOMENT

427 35 9
                                    

Life is too short to stress yourself with people who don't even deserve to be an issue in your life.

Life is too short to stress yourself with people who don't even deserve to be an issue in your life

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yik yik

Yik

Yik

Thea bersedakap tubuh memandang katak puru yang berada di dalam botol kaca itu . Menunggu masa untuk kembali ke sang pencipta setelah diberikan klorofom .

Yik

" Bising betul " Thea mengeluarkan pisau dapur yang sudah tumpul dari balutan surat khabar . Botol kaca itu diketuk-ketuk dengan bilah pisau . 

" Mati cepat sikit , aku takda masa nak tunggu kau tau " .

Papan yang entah dari mana datang tiba-tiba ada dalam stor di letakkan ke atas meja . Penutup botol kaca dia buka , perlahan-lahan tangannya mencapai katak puru yang sudah mati itu sebelum di letakkan ke atas papan dengan cara terlentang .

Demok demoknyee tatak puyu ni .

Keempat-empat kaki katak itu dia cucukkan dengan paku supaya tidak bergerak dan memudahkan kerjanya untuk membedah arwah katak puru ini .

Bedah siasat .

Hujung bilah pisau dapur yang tumpul itu terjatuh pada kulit katak puru . Dengan wajah tidak berbelas kasihan , Thea membelah perut katak itu dari atas ke bawah . Sedikit kesusahan untuk membedah katak itu kerana pisau itu terlalu tumpul . Menyeksa binatang kah ini? Bagi Thea tak .

Thea bedah katak bukan sesuka hati je , dia bedah sebab nak belajar . Waktu kelas biologi haritu dia tak datang , jadi dia tak boleh nak join aktiviti bedah hamster . Hari ini dia nak bedah katak , extreme sikit . Nak tangkap katak bukan senang , berpeluh tubuh dia tadi tau . Ketiak dia pon dah berlecak ni . Dahla takda orang nak datang bawa air untuk dia . Sedih .

" Uuuwau " Thea semakin rancak mengoyakkan kulit katak itu apabila sudah ternampak isi badan katak . Putih juga katak ni rupanya .

" Kesian kau katak , tak pasal-pasal mati ditangan aku " .

Harap malam ini dia tak dihantui oleh arwah katak puru ini . Kalau nak kacau , tolong kacau Haider . Lelaki itu lebih patut dihantui supaya sedar dengan perangai buruk dia itu .

" Dah jumpa , kecilnya " . Thea melempar sarung tangannya tepat masuk ke dalam tong sampah . Camera polaroidnya dicapai untuk mengambil beberapa keping gambar katak yang sudah ternampak organ dalamannya untuk disimpan sebagai kenangan .

Nanti ada anak dia akan tunjuk , ' ni umi yang bedah ni tau , nak bedah orang secara hidup-hidup pon boleh ' .

Cita-cita Thea nak jadi doktor haiwan . Dia nak buka klinik sendiri , yang penting klinik dia besar macam hospital untuk manusia . Boleh memuatkan beribu-ribu haiwan dan beratus orang doktor . Wah , ' Hospital Haiwan Thea Zarra ' . Tak jadi klinik dah . Ehek .

MY SYARIFAH [OG]Where stories live. Discover now