19 » ELYS

267 32 10
                                    

Peperiksaan SPM tiba

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Peperiksaan SPM tiba . Fiyalah orang paling sibuk mengalahkan Thea dan Zayn beberapa hari ini . Sibuk berdoa . Mak mana je yang taknak yang terbaik untuk anak-anak dia kan? . Walaupun mereka dari keluarga yang senang , itu tidak membuatkan Thea dan Zayn harus belajar semata-mata kerana kewajiban tetapi belajar dengan niat untuk mencari ilmu dan berjaya dengan harta sendiri di masa akan datang .

Takkan nak mengharapkan kekayaan mak bapak je kan? Tak syok langsung hidup macamtu . Beban .

Siapa tu?

" Aaaa takut " Sabrina meramas tangan Thea yang basah dengan peluh . Bukan Sabrina sahaja yang takut , dengan Thea sekali berasa takut .

Dia punya takut sampai rasa nak lari dari sekolah . Tak nak ambil SPM . Nak duduk dalam gua je , berkawanlah dengan haiwan pon dia tak kesah asalkan tak rasa takut nak ambil SPM .

Baru periksa dunia , tak periksa dalam kubur lagi .

" Chill jelah , macam tak pernah jawab periksa pula kau ni " kata Leon yang langsung tiada rasa takut . Apa dia tahu , belajar , jawab peperiksaan , balik , tidur . Suka hatilah dengan keputusan apa yang akan keluar nanti . Asal dia jawab daripada tak jawab terus .

" Cuba bawa beristighfar , tenangkan diri . Jangan gelabah " suruh Zayn . Mahu sahaja dia memeluk Sabrina supaya isterinya tenang tetapi di kawasan dewan ini terlalu ramai pelajar . Nanti kantoi . Viral lagi muka bonda dia .

Susah jadi orang terkenal ni . Ada je mana-mana orang nak jatuhkan .

" Macam mana tak gelabah? Nanti I tak boleh jawab soalan macam mana? Hiks " Sabrina terjebek .

Sudahla dia selalu dapat markah yang paling teruk jika menjawab soalan Bahasa Melayu . Ayat kadang-kadang seperti Bahasa Inggeris ditukar kepada Bahasa Melayu seratus peratus , ejaan selalu salah kerana dia keliru , peribahasa dia cuma ingat bagai 'aur dengan tebing' je , kalau bahagian tukarkan Bahasa Klasik kepada Bahasa Melayu moden lagilah kelaut .

" Kita nak masuk pondok juga nanti " .

Krik krik

Krik krik

" Walaupun kita nak masuk pondok , biarlah result SPM kita elok " .

" Dunia je semua ni " .

" Kenapa kau tak cakap macamtu depan walid? " sindir Thea . Dia menatap Zayn dengan mata tajam khasnya . Adiknya tersenyum kekok . " Cuba kau kata macamtu . Mungkin walid akan rasa menyesal bayar yuran sekolah mahal-mahal demi nak suruh kau jadi orang " .

" Dunia je kan? Kau pergi balik jelah , buang masa je kau jawab exam harini " .

" Yang kau tiba-tiba emosional dah kenapa? Aku gurau je pon " .

" It's not a joke Syed Zayn " .

" Syed Talha Zayn " .

" What ever " .

MY SYARIFAH [OG]Where stories live. Discover now