43 » MALAYSIA

226 30 1
                                    

10 tahun berlalu,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

10 tahun berlalu,

Tiz menggeliat kecil setelah selesai menyusun beberapa stok kopi ke dalam almari. Dia bangun dari duduknya, dia tepuk-tepuk perlahan punggungnya bagi menghilangkan debu yang terlekat pada bajunya.

Suara dentingan loceng menyentakkan Tiz Zulfa. Dia menoleh ke arah kaunter dimana ada satu pasangan yang mahu membuat pesanan. Laju sahaja kakinya bergerak ke sana untuk mengambil pesanan pelanggannya.

" Selamat datang ke Chinguya Cafe, boleh saya dapatkan pesanan cik dan encik? " Tiz menarik senyuman manis bagi menunjukkan bahawa dirinya seorang yang mesra alam. Kalau masam-masam nanti pelanggannya lari.

" Bagi kami 2 air mineral. " ucap sang jejaka membuatkan sang gadis terbeliak luas. Tiz menatap pelanggan lelakinya itu dengan senyuman palsu, datang ke cafe dia semata-mata nak order air mineral? Kenapa tak pergi 7-Eleven yang ada kat sebelah cafe dia je?

" Biy, kan I dah cakap nak Hazelnut Frappe. Taknaklah air mineral. " sang gadis memuncung panjang. Kaki kekasihnya disepak kecil. Ish, geram !!

" Baby, kita dah janjikan nak cut sugar? No sweet drink okay? " sempat sang jejaka mencuit hidung gadisnya untuk memujuk.

" O...okay, 2 air mineral. Ada yang mahu ditambah lagi? "

" Salad 2 box. "

" Biiiiiy, I taknak salad. I nak spaghetti dengan ayam bakar halia tu. " sang gadis mengogoi tidak suka apabila selera makannya harus diubah oleh kekasihnya.

"Shhhh, kita makan benda yang healthy je okay? Lagipon spaghetti yang dia masak tu pakai minyak. "

Mata Tiz sedikit membulat. Pandai-pandai je cakap dia masak spaghetti guna minyak padahal dia pakai niat jelah selama ini.

" Tapi tak kenyang kalau makan sayur je. I nak protein juga. "

" Esok kita cheat day ye? Harini kita makan salad je dulu. " pujuk sang jejaka. Puncak kepala sang gadis diusap lembut.

Si gadis hanya menayang wajah masam. Lebih baik tak payah keluar dating kalau makan benda murah macamtu. Nasib baik kau anak Dato, kalau tak dah lama aku tinggalkan.

" Semuanya 21 ringgit. " celah Tiz agar tidak menonton drama di hadapannya ini lagi. Gatal mata melihat pasangan itu, bukan kerana cemburu tetapi dia tidak suka melihat pasangan yang menggedik tak bertempat.

Nak berbaby sayang tu bila berdua sudahla, ini depan orang juga kau nak bermanja-manja. Boleh bernanah telinga Tiz macamni.

Setelah pasangan itu beredar. Tiz menghembus nafas lega.

" Amboi diorang tu, bukan main gedik lagi. " celah Damia dengan muka menyampah, tangannya pula sibuk mengelap gelas dan pinggan yang sudah selesai dibasuh.

" Mesti baru couple tu. "

" Confirmlah. Kalau dah lama bercinta takdalah nak menggedik macamtu sekali. Entah-entah baru berjinak dalam dunia percintaan. Itu yang jadi culture shock sangat tu. "

MY SYARIFAH [OG]Where stories live. Discover now