Sometimes life doesn't give you what you want. It's not because you don't deserve it but because you deserve so much better.
Beberapa bulan kemudian ,
Sisi beg sandang belakangnya dipegang erat dengan kedua belah tangannya . Pemandangan yang menghijau dihadapannya dipandang bersama senyuman . Angin sejuk menampar-nampar wajahnya yang putih ini . Terasa sangat berbeza dengan udara di Malaysia .
" Swiss , I'm here " . Thea berjengket-jengket gembira . Akhirnya dia bebas dan dapat meninggalkan Malaysia .
Tujuannya datang ke Swiss semestinya untuk menyambung pelajarannya yang ingin menjadi seorang doktor haiwan . Lepas ini dan dengan izin Allah , akan terdengar ada orang memanggilnya Doktor Thea .
Doktor Syarifah Thea Zarra .
Dia teruja dia teruja .
Tetapi masih lama lagilah . Tidak mengapa , semuanya ada fasa-fasa yang harus dilalui . Memang tidak mudah untuk berjaya tetapi dengan usaha yang berkobar-kobar InshaAllah kita akan berjaya .
Tubuhnya dipusingkan menghadap bangunan berbelas tingkat dihadapannya ini .
Joysh Palace . Sebuah penthouse yang paling dekat dengan kampusnya .
Dia hanya berdiam disini menunggu seseorang yang dia paling rindui . Macam mana dia nak masuk ke unit penthousenya kalau si tuan rumah tiada . Nak masuk pintu pagar pon dah kena halau awal-awal tadi , inikan lagi nak masuk ke unit penthouse , mahu Thea dibawa ke balai gamaknya .
" Kalau tahu lama macam ni , lebih baik aku pergi melatak makanan dulu " . Perutnya yang bulat diusap lembut , lapar . Rasa macam nak gigit lembu-lembu yang tengah meragut rumput ditengah padang itu .
Nak makan tapi kena sabar .
Sebuah kereta bewarna hitam berhenti di area parking menarikkan perhatian Thea . Pantas Thea menyorok disebalik foodtruck yang ada disebelahnya . Matanya memerhati susuk tubuh lelaki yang keluar dari perut kereta itu dengan hati teruja .
" ARRAZ !! " . Thea kembali menyorokkan dirinya apabila tubuh lelaki itu berpusing ke belakang . Dia terkekeh kecil .
Fakhrul memandang sekelilingnya dengan wajah bingung . Tadi dia berasa seperti ada orang memanggilnya atau dia terlalu rindukan pada Thea sehingga terdengar suara-suara halus ini?
Jejaka itu kembali melangkah untuk masuk ke pagar penthouse namun langkahnya sekali lagi mati . Dia memang tak salah dengar . Memang ada yang memanggilnya .
Baru sahaja dia mahu membalikkan tubuhnya ke belakang , tubuhnya sudah dipeluk oleh Thea erat . Pelukan penuh kerinduan .
" Aaaaa kenapa lambat sangat balik " rengek Thea geram . Kakinya terasa mahu tercabut sahaja menunggu Fakhrul pulang dari kampus semata-mata mahu membuat kejutan atas kedatangannya ke Swiss ini .
YOU ARE READING
MY SYARIFAH [OG]
Romantik𝐒𝐘. 𝐓𝐇𝐄𝐀 𝐙𝐀𝐑𝐑𝐀 | 𝐒𝐘. 𝐀𝐑𝐑𝐀𝐙 𝐅𝐀𝐊𝐇𝐑𝐔𝐋 Sequel GARUNK✔️ ‼️Title ditukar daripada THEA:FATE kepada MY SYARIFAH . Harap tak mengelirukan . ===== Kahwin muda dengan Ex-crush sendiri? Itulah apa yang Thea cuba hindarkan tetapi atu...