39 » ZIDAN ZEA

463 43 3
                                    

Tiz yang berada di sliding door menatap pelik ke arah Zaim yang terangguk-angguk dengan mata tertutup

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tiz yang berada di sliding door menatap pelik ke arah Zaim yang terangguk-angguk dengan mata tertutup. Kedua belah kaki lelaki itu bersila di atas rumput karpet dengan kedua tangannya pula menangkup lutut.

Apa abang dia sedang lakukan itu? Abang dia tengah berjampi ke?

Plawok plawok plawok plawok, risau kalau abang dia macamtu.

Dengan langkah perlahan Tiz berjengket mendekati Zaim agar tidak membunyikan satu suara. Semakin dekat dia dengan Zaim semakin bergetar tangannya mahu menegur abangnya.

Macam mana kalau abang dia memang betul tengah berjampi? Boleh mati kering dia nanti.

" A-alang. " bahu Zaim disentuh lembut membuatkan lelaki itu membuka matanya dan menatap Tiz dengan kening ternaik.

" Alang tengah berjampi ke? "

Membulat mata Zaim apabila difitnah oleh adiknya. Nauzubillah minzalik, kenapa macamtu sekali Tiz berfikir? Allahuakbar. Dia bagitahu dekat walid dengan bonda kang.

" Astargfirullahalazim. Kau nampak aku macam bomoh ke Tiz? "

" Takla, alang tu duk angguk-angguk. Tiz risau alang buat perkara syirik dekat rumah kita. Lagi-lagi bonda tengah mengandung, kasihan dekat adik nanti. "

" Alang tengah berzikir lah. Allahuakbar. " Zaim baru sahaja mahu bertaubat. Dia tidak mahu berkata kasar lagi tetapi Tiz menguji betul. Baru sehari nak bertaubat dah kena uji.

Allahuakbar. Betulla orang kata, nak berubah ni banyak ujian yang dia perlu hadapi. Allahuakbar.

" Astargfirullahalazim. Allahuakbar. Subahanallah. " Zaim mengurut dadanya menenangkan dirinya agar tidak berkata kesat.

" Ye ke? Kenapa alang berzikir sampai kepala nak hantuk ke lantai? Berdosa tau melebih-lebih macamtu. "

" Betulke? "

" Ha'ah, sebab tu Tiz cakap alang tengah berjampi ke apa. "

" Kau jangan nak menipu. Alang tak rasa yang alang terangguk sampai ke lantai kepala ni. "

" Betul. " Tiz menayangkan wajah meyakinkan. Dia tipu je. Zaim cuma terangguk perlahan bukan sampai ke lantai pon. Sengaja nak bergurau.

" Kau tipu aku Tiz. Pergilah masuk dalam, aku nak sambung berzikir. " Zaim tahu Tiz menipu. Dia bukan kusyuk sangat pon sampai tak sedar setakat mana kepala dia terangguk.

" Stop dulula. Tiz nak meluahkan perasaan ni. " Tiz duduk dihadapan Zaim. Wajahnya sengaja ditunjukkan bahawa dia sedang sedih. So sad ni.

Zaim menghembus nafas kecil. Sabar Zaim, jangan berkata kasar, berdosa. Astargfirullahalazim.

" Pasal apa lagi ni? " Zaim ni bukan suka sangat dengar orang bercerita tetapi Tiz ini adiknya, hanya dia yang mampu menjadi tempat Tiz mengadu memandangkan Thea dan Zayn sudah tidak tinggal bersama lagi dan mereka berdua sudah ada komitmen masing-masing. Takkanlah Zaim nak biarkan Tiz menganggu mereka.

MY SYARIFAH [OG]Where stories live. Discover now