Tak sangka ada yang dah lupa Fakhrul😭😭sampai hati korang , nanti I buat Fakhrul betul-betul meninggal baru tahu .
Setelah sebulan setengah mereka bercuti sekolah , Zaim dan Tiz kembali bersekolah manakala Thea dan Zayn sudah bebas ke hala tuju mereka sendiri .
Sempat jugalah Thea mengejek dua adiknya semalam . Lagi-lagi Zaim yang lebih teruk diejek Thea . Sedangkan Tiz hanya biasa , sekolah ke tak sekolah baginya sama sahaja . Lebih baik dia ke sekolah daripada duduk di rumah , takda benda nak dibuat kat rumah .
Kalau Zaim , dia memilih untuk tidak bersekolah . Main game lagi bagus . Sekurangnya boleh mengurangkan stres dia .
" Dah , kau pergi sana shuh shuh " .
Tiz terjebek menatap Zaim yang mula menjauhinya . Sekolah barunya dipandang dengan wajah cemberut . Ah , dia malu . Hari ini hari pertama dia masuk ke sekolah menengah . Sudahla kawan-kawannya tiada yang menunjukkan batang hidung . Kelasnya dimana pon dia tidak tahu , Zaim pon bukan nak tolong kasi tahu pon , dia minta Tiz usaha sendiri untuk mencari keberadaan kelas bagi murid Tingkatan 1 .
Memang shibal lah .
" Kak Theaaaaa " Tiz merengek kecil . Kalaulah kakaknya masih bersekolah disini , pasti senang kerjanya . Silap pula dia tidak tanya pada Thea semalam .
Sudahla kawasan Hanz High School ini luas . Untuk ke satu ke blok yang lain sedikit jauh tidak seperti Hanz Primary School . Kenapalah perlu buat sekolah sebesar-besar alam ni , kecil-kecil sudahla .
Tiz memutuskan untuk mendekati beberapa orang pengawas sekolah yang sedang berkumpul di tepi tapak perhimpunan . Sejujurnya dia sedikit gementar . Dia cuma takut dengan suasana baharu . Setelah lama bersekolah disini pasti akan terbiasa .
" E-er , akak " .
" Ye? " gadis bername tag Khalida memandang Tiz dengan senyuman .
" Blok Tingkatan 1 kat mana ye? " .
" Blok Tingkatan 1 dekat tepi dewan tu , nampak kan? " jari Khalida tertuju ke arah Blok F . Ramai pelajar sedang berkumpul di koridor , mungkin sedang mencari kelas mereka dimana .
" Ha situ je , tapi lepas ni korang ada orientasi dalam 20 minit lagi kena berkumpul . Kalau awak taknak naik ke kelas boleh berkumpul di dewan terus " .
" O-oh , terima kasih kak . Saya pergi dulu " Tiz tersenyum canggung . Kakinya terus melangkah pergi dari sana untuk ke dewan. Lebih baik dia ke dewan terus , kalau mahu ke kelas mungkin mengambil masa yang lama sedikit memandangkan dia harus mencari namanya berada di kelas mana .
" Tch kau , mentang-mentang dia adik Zaim kau buat baik " sindir Fazira . Dia memandang Khalida sinis .
" Tu laa , kalau budak lain tanya bukan main terbalik lagi mata kau " tambah Wahida .
YOU ARE READING
MY SYARIFAH [OG]
Romance𝐒𝐘. 𝐓𝐇𝐄𝐀 𝐙𝐀𝐑𝐑𝐀 | 𝐒𝐘. 𝐀𝐑𝐑𝐀𝐙 𝐅𝐀𝐊𝐇𝐑𝐔𝐋 Sequel GARUNK✔️ ‼️Title ditukar daripada THEA:FATE kepada MY SYARIFAH . Harap tak mengelirukan . ===== Kahwin muda dengan Ex-crush sendiri? Itulah apa yang Thea cuba hindarkan tetapi atu...