28 » TESLA

445 34 12
                                    

" Waaaa Tesla " Leon berdakap tubuh memandang kereta berjenama Tesla yang dibawa oleh Thea itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Waaaa Tesla " Leon berdakap tubuh memandang kereta berjenama Tesla yang dibawa oleh Thea itu .

Tesla putih itu sebenarnya milik Thaqeef , selepas Zayn dapat lesen dia berikan kepada Zayn tetapi sekarang Zayn dah tak guna jadi Thaqeef minta Thea yang bawakan . Kalau terperuk kat rumah nanti rosak juga . Daripada Thea menyusahkan Leon untuk kemana-mana , lebih baik ambil je Tesla ni untuk kegunaan Thea .

Mujurlah , jimat duit Thea . Dia sebenarnya dalam proses nak beli kereta sendiri juga tapi walidnya dah kasi kereta , kita simpan jelah duit tu .

" Macam tak pernah nampak je kau " .

" Saje buat-buat excited " . Leon dah puas dah naik Tesla . Dia sengaja je buat-buat teruja . Dah nama manusia kan , benda biasa je tapi melebih .

" Oh pasal Tiara tu , kau confirm ke anak dalam perut dia tu anak sepupu kau? " soal Thea dengan dahi berkerut . Wajah Leon berubah serious .

" Aku tak tahu nak cakap . Entah Tiara menipu Char atau memang betul anak tu anak Char . Charlie tu kalau dia main dengan mana-mana perempuan dia tak pernah pakai kondom dan dah ramai perempuan yang mengandungkan anak dia " .

Mata Thea menatap jalan raya yang dipenuhi dengan kenderaan itu dengan otak yang sibuk berfikir ini itu . Dia baru sahaja dapat tahu yang Charlie iaitu sepupu Leon ada kaitan dengan anak dalam kandungan Tiara . Namun dia tak boleh nak tuduh juga , takut jatuh fitnah .

" Kalau anak tu anak Char kau nak buat apa? " tanya Leon ingin tahu .

" Aku? Nak buat apa lagi , bukan ada kaitan dengan aku pon . Pandai-pandailah diorang bertiga nak selesaikan sendiri nanti " .

Buat apa dia nak ambil kesah pasal Tiara pula kan? Takda guna . Kalau dia bagitahu dekat Haider pon fikir Haider nak percaya? Lambert lagi .

" Nanti anak Tiara tu jadi anak tiri kau juga " .

" Takda maknanya aku nak mengaku budak tu anak tiri aku nanti " .

" Hish kau ni , budak tu tak berdosa " Leon memukul lembut bahu Thea . Betullah , Thea tak pernah berubah . Tetap sama dari dulu , tidak berperikemanusiaan terhadap orang yang dia tidak suka .

" Lupa dengan plan kita? " .

Leon menggeleng polos . " Tak " . Dia tak lupa .

" So? Budak tu takkan ada kena mengena dengan aku pon kan nanti? " . Leon mengangguk . Thea menatap Leon malas . Memang takda guna langsung dia ambil tahu tentang bakal anak tirinya itu .

Kecuali Tiara tu madu rela Thea , barulah dia akan mengaku budak itu anak tirinya . Lagipon anak dalam kandungan Tiara pun belum tentu anak Haider , entah-entah itu memang anak Charlie . Oh my god , Thea tak sabar nak tengok drama yang bakal ditayangkan suatu hari nanti .

Pasti best kan?

" Dahla , aku nak balik . Berpeluh dah ketiak aku ni " Thea mencapai handbagnya . Pulang sahaja dari butik , dia terus datang berjumpa Leon seperti biasa .

MY SYARIFAH [OG]Where stories live. Discover now