42 » FARADINA

260 34 3
                                    

Thea hanya memerhati ibu mentuanya mengurus anak perempuannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Thea hanya memerhati ibu mentuanya mengurus anak perempuannya. Sejak pulang dari hospital semalam, Puan Khamilah banyak mengurus Faradina dan Thea.

Makanan berpantang, Puan Khamilah yang masakkan untuk Thea. Dari bertungku, mengurut sehinggalah menolong Thea untuk mengurus Faradina, semuanya Puan Khamilah yang buatkan.

Sangat terharu rasanya apabila ibu mentuanya sangat penyayang dan baik. Sanggup menjaganya dan Faradina. Rasa mahu menangis Thea dengan keprihatinan Puan Khamilah.

" Love, saya nak shishi. "

Fakhrul yang sedang menyusun pakaian Faradina di atas troli kecil itu terus bergegas ke arah Thea yang berada di atas katil.

" Perlahan-lahan bangunnya sayang. " pesan Fakhrul.

Tubuh Thea yang mengiring ke tepi katil dibangunkan perlahan-lahan. Kakinya terjulur ke bawah dengan posisi terduduk di birai katil menunggu nyeri dibawahnya setelah bangun dari bangunnya tadi hilang.

" Dah boleh angkat? " soal Fakhrul risau.

" Dah. "

Kedua belah tangannya dipaut ke bawah ketiak Thea. Tangan Thea pula memaut pada bahu suaminya. Dengan bacaan basmallah Thea perlahan-lahan bangun diikuti dengan ringisan kecil.

Fakhrul membiarkan Thea berdiri buat seketika supaya isterinya meredakan sedikit rasa nyeri dibawah sana. Jujur Fakhrul berasa kasihan melihat keadaan isterinya sekarang. Bukan sekarang sahaja, sejak masuk trimester ketiga lagi Fakhrul berasa mahu menangis melihat Thea bersusah payah membawa anak mereka.

Ditambah lagi Fakhrul melihat dengan matanya sendiri bagaimana isterinya menjerit, berpeluh, menangis sewaktu di dalam ruang bersalin. Serta, ringisan sakit Thea sepanjang dia mahu bangun dan berjalan kerana bahagian bawahnya terasa sakit bekas robekan dan jahitan.

Lepasni dia taknak mengandungkan Thea sudah. Cukuplah Syarifah Tasneem Faradina sahaja. Fakhrul tidak mahu melihat Thea tersiksa lagi.

CUKUPH !!

" Slow slow. " Fakhrul mengikut Thea dari belakang dengan kedua belah tangannya bagaikan bersedia menyambut Thea jika isterinya akan terjatuh. Serasa menjaga anak yang baru boleh berjalan pula.

Thea berkeras tidak mahu memegang Fakhrul, katanya dia boleh berjalan tanpa harus berpaut pada mana-mana tempat. Dia mahu belajar menyeimbangkan dirinya dan cuba untuk tidak menyusahkan sesiapa.

Umi Faradina degil orangnya !!

Perlahan-lahan Fakhrul membantu Thea untuk duduk di atas mangkuk tandas. Sekali lagi Fakhrul terikut meringis apabila Thea berdesis sakit.

" Dah siap panggil love okay. " pesan Fakhrul sebelum dia keluar dari tandas untuk menunggu isterinya siap membuang air kecil serta menukar tuala wanitanya yang sudah penuh dengan darah.

MY SYARIFAH [OG]Where stories live. Discover now