44 » FINALLY

247 24 1
                                    

Zidan menarik leher baju Zea kuat membuatkan langkah adiknya terhenti dan hampir terjatuh ke belakang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Zidan menarik leher baju Zea kuat membuatkan langkah adiknya terhenti dan hampir terjatuh ke belakang. Memerah muka Zea menahan sakit di lehernya.

" Herh, menyusahkan. " telefon pintar berlogo epal digigit separuh itu Zidan capai dari tangan Zea. Setelah mendapatkan kembali barangan yang dicuri itu, Zidan kembali duduk di atas sofa sambil menjeling Zea yang sudah terjebek itu.

Manja !! Umur dah 10 tahun pon masih manja !!

" Bon-bonda. " Zea berlalu ke dapur mencari Fiya. Lehernya yang terasa tercekek itu diusap-usap.

" Bonda, abang buat dekat adik. " Zea terus memeluk tubuh Fiya yang sedang memasak itu.

Fiya menutup api dapur gasnya lalu beralih pada anak bongsunya. Rambut anak gadisnya diusap lembut. Malas dah dia nak marah Zidan dan nak nasihat Zea. Dah berbuih rasanya mulut dia marahkan dua ketul ini tetapi tak jalan juga.

Bagaikan mencurah air ke daun keladi.
Bagai menadah air di dalam baldi yang bocor.
Bagai makan nasi tanpa nasi.

" Dahtu adik yang kacau abang dulu, memangla abang marah. Dah, pergi main jauh-jauh. Bonda nak masak ni. "

" Bonda tak sayang adik. " Zea menghentak kakinya protes. Bersama wajah cemberut, dia berjalan keluar dari dapur.

" Ha, eloklah hentak-hentak kaki tu. Nanti bonda suruh walid potong kaki awak tu. " tergeleng kepala Fiya melihat perangai anak bongsunya. Selepas Tiz membesar, Zea pula yang gantikan kemanjaan si kakak. Sakit kepala nak layan perangai sorang-sorang.

Ha, siapa suruh kau beranak ramai.

Zidan tersengih jahat ke arah Zea yang berjalan melepasinya. Gadis kecil itu malah berbaring di tengah-tengah ruang tamu tanpa menghiraukan Zidan bagaikan tiada apa yang berlaku tadi.

Ikutkan hati Zidan mahu sahaja dia lenyek-lenyek tubuh adiknya. Menyakitkan hati !!

Bunyi tapak kaki yang sedang menuruni anak tangga membuatkan mata Zidan terkalih. Dahinya berkerut melihat kakaknya yang sudah menukar pakaian daripada pakaian kerja kepada pakaian biasa.

" Kakak tak masuk kerja dah ke? "

" Tak, kenapa kau tanya? "

Bahu Zidan sedikit mengendur apabila Tiz membalas begitu. " Zidan baru je nak pesankan untuk bawa balik air lemonade. "

" Stock lemonade terputus. Kalau kau nak sekarang pon takda. Minggu depan mungkin baru sampai. "

Zidan mengeluh kecil. Aduh, murunglah dia macam ni. Minggu lepas dia dah tak boleh minum kerana demam, minggu ni pon tak boleh pekena lemonade juga. Biasanya Zidan akan minum sekali seminggu lemonade dari cafe kakaknya. Sedap, buat mata dia segar setiap kali minum.

" Rilek la Zidan. Tak mati lagi kalau tak dapat lemonade. " Tiz mengerling adiknya yang sedang memuncung itu. Obses sangat dengan lemonade. Kencing manis kang nanti.

MY SYARIFAH [OG]Where stories live. Discover now