21 » CHEATING

404 39 26
                                    

Self love really is the most important thing because nobody can make you happy unless you're happy with yourself.

Self love really is the most important thing because nobody can make you happy unless you're happy with yourself

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari ini merupakan hari kesembilan Thea turun tangan di butik milik Thalia , adik Thaqeef . Mak Usunya .

Sebenarnya Thea nak goyang kaki je dekat rumah sepanjang menunggu result SPM keluar , tetapi dia malas nak menghadap Haider jadi dia memutuskan untuk menolong Mak Usunya di butik . Daripada berlawan mulut yang akan menambahkan lagi dosanya lebih baik pergi kerja sekurangnya dapat duit .

Syarifah Thalia Naura merupakan adik kepada Thaqeef dan Thariq . Thalia merupakan seorang 'Wedding Planner' . Walaupun butiknya kecil namun sudah berpuluh-puluh orang VVIP memilih hasil kerjanya untuk merelialisasikan 'wedding of the year' mereka .

" Thea , tolong jaga kaunter kejap . Ucu nak membuang kejap " .

" Kay " .

Thea melabuhkan punggungnya di atas kerusi empuk itu . Kerja dia di sini cuma menghias bouquet bunga dan menghias dulang hantaran . Kadang-kadang dia akan menjaga kaunter kalau Thalia tiada . Bolehla dia merasa jadi boss besar sekejap .

" E-ehem ehem " .

" Sakit tekak ke? Thea ada ubat ibu dan anak , mahu? " .

" Kau ni kan , suka sangat menyindir aku " Farid mengguling matanya ke atas dengan lidah melaga-laga pipinya .

" Dahtu , Fafa yang duk ehem ehem dah kenapa? " .

" Nama aku Farid la sial " .

" Herm " Thea hanya berdehem malas .

Farid memang tidak dapat menerima kenyataan jika orang memanggilnya Fafa . Dia tak lembut , dia lelaki tulen , dia takda ciri-ciri seperti ingin berubah menjadi perempuan tetapi oleh kerana dia bekerja di butik perkahwinan dan pakaiannya ala-ala 'Korean Boy' membuatkan dia kelihatan jambu .

Sebenarnya Thea takda niat nak panggil Farid dengan panggilan Fafa , tetapi Mak Ucunya suka memanggil Farid sebegitu sehingga dia terikut sekali . Comel apa nama Fafa , ish Farid ni !

" Ni nak tanya kau . Hantaran anak Datin Saodah kau letak kat mana? Aku duk mencari seribu kali tak jumpa-jumpa , penat tau tak? Hah capek gue " Farid mengelap dahinya yang berpeluh . Sudahla di dalam stor itu tiada penghawa dingin , dia pula hampir setengah jam berada di dalam sana kerana ingin mencari barang yang dia mahu namun tidak terjumpa sehingga sekarang .

" Dah letak dalam van pon tadi " .

" Eyh sial , aku belum siap decor lagi tau . Kau pergi ambil sekarang " Farid menarik kasar lengan Thea supaya mengambil semula dulang hantaran yang anak saudara bossnya letakkan di dalam van tadi .

" Jangan sentuh la , jyjyk adek bang " . Thea menempuk-nepuk bajunya yang berbekas sentuhan Farid . Dia geli apabila lelaki bukan mahramnya menyentuhnya . Sudahla haram , jijik pula tu .

MY SYARIFAH [OG]Where stories live. Discover now