38 » NAUGHTY

558 47 0
                                    

Fakhrul mengemaskan lagi tautan tangannya dengan tangan isterinya untuk melintasi ke seberang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fakhrul mengemaskan lagi tautan tangannya dengan tangan isterinya untuk melintasi ke seberang. Hari ini sengaja Fakhrul memonteng kelasnya demi meluangkan masanya bersama Thea. Lagipun mereka berdua baru sahaja pulang dari menghantar ibu bapa Fakhrul ke airport.

Tujuan Tuan Fadhillah dan Puan Khamilah datang ke Swiss ini pun semata-mata untuk menemani menantunya bertemu dengan Fakhrul, alang-alang tu bolehla bercuti buat beberapa hari. Mahu tinggalkan kerja mereka lama-lama pun tak boleh sangat. Biasalah, orang kaya.

Pintu cafe ditolak Fakhrul, dia memberi laluan kepada Thea untuk masuk ke dalam dulu barulah dia yang membontoti langkah isterinya.

" Sayang nak minum apa? " soal Fakhrul sambil membantu Thea mendudukkan dirinya di atas kerusi.

Mata Thea naik pada papan menu yang berada di kaunter. Tekak dia teringin nak minum minuman berkafein, tetapi suaminya pasti melarang keras. Mahu tak mahu Thea harus mendengar kata, taknak lah dia jadi isteri derhaka. Cukuplah sewaktu dia dengan Haider sahaja.

" Nak honeydew jelah. " tiba-tiba terasa nak cuba minuman itu. Sebelum ini belum pernah lagi dia minum air honeydew. Hari ini dia nak ambil kesempatan untuk cuba try test.

" Adik duduk sini dengan umi dulu ye, abi nak pergi orderkan air untuk umi awak ni. " Fakhrul membongkok sambil mengusap halus perut Thea. Isterinya hanya menggeleng kecil. Dah jadi rutin si Fakhrul untuk bercakap dengan bayi di dalam kandungannya. Bakal ayah sorang ni haish.

Thea menghantar pemergian Fakhrul bersama senyuman. Dia tidak sangka yang dia akan merasa bahagia berkahwin dengan lelaki lain. Dia fikir dia akan bertahan dengan Haider sampai nafas terakhirnya, namun tidak. Allah gantikan kesakitannya selama ini dengan suami yang romantik sampai Thea pon tak cukup nafas. MasyaAllah.

Dari kawan bertukar kepada suami. Betulla orang kata, berkahwin dengan kawan sendiri ni lagi best daripada berkahwin dengan orang asing.

Telefon pintarnya dikeluarkan daripada poket coat panjangnya. Baru sahaja jarinya mahu menekan aplikasi Whatsapp, Thea dikejutkan dengan soalan dari seorang lelaki yang sedang berdiri disebelahnya. Entah dari mana datang, Thea pon tidak tahu.

" Hye, are you single? " anak mata Thea terkelip-kelip menatap lelaki berwajah sedikit kearaban ini.

Thea menunduk lalu menyelakkan sedikit coatnya menunjukkan baby bump yang tidak terlalu besar itu. Lelaki itu terkesiap, wajah sumringahnya bertukar kecewa.

" Ouh, I-I-I am sorry. "

Thea hanya mengangguk kecil. Lelaki itu terus berlalu pergi dengan helaan nafas kuat. Salah orang dia nak mengorat. Mampuslah dia kalau suami perempuan yang dia mengorat tadi tahu. Tak tenang hidupnya nanti.

Fakhrul yang melihat adegan itu dari jauh hanya terkekeh kecil. Susah betul dapat isteri lawa, ada sahaja lelaki yang cuba mengorat isterinya. Bukan hari ini sahaja, sebelum ini pon Thea selalu dingorat lelaki.

MY SYARIFAH [OG]Where stories live. Discover now