Thaqeef turun dari perut keretanya setelah menempatkan elok ke dalam garaj . Keberadaan isterinya bersama seorang jejaka di luar rumahnya dipandang biasa .
Fiya yang perasan dengan kehadiran suaminya terus menarik senyuman lebar . Tangan Thaqeef disalam begitu juga dengan jejaka muda itu .
" Ni Arraz , you masih ingatkan? " . Fiya memandang Arraz Fakhrul dengan kening ternaik bersama senyuman yang masih kekal di wajahnya .
" Yang mana satu ye? " .
" Kawan Zayn dengan along tu , Arraz ni anak Doktor Fadhillah " .
Kening Thaqeef bertaut dengan otak ligat ingin mengingatkan susuk Arraz Fakhrul dihadapannya ini . Kawan anaknya tak ramai tapi dia jenis malas nak ingat . Yang paling dia ingat si Leon tu . Mana tak diingatnya , selalu muncul disana sini macam toyol .
Senyuman pada wajah Thaqeef mula mengembang apabila otaknya sudah mengingatkan tentang Arraz Fakhrul . " Oh , anak Doktor Fadhillah yang bongsu tu kan? Ingat ingat " .
Fakhrul menghembus nafas lega . Ingat juga pada dirinya .
" Mak ayah kamu sihat? " Thaqeef berbasa-basi . " Alhamdulillah , orang kat rumah semua sihat " . Lelaki dewasa itu mengangguk kecil . Tea o yang disediakan oleh Fiya dihirup sedikit .
" Nak bincang pasal apa? " soal Thaqeef lagi .
Tadi , Fiya memberitahu kepada Thaqeef yang Fakhrul datang ke rumah mereka kerana ada benda nak dibincangkan . Awalnya Fiya mahu meminta izin untuk memberi kebenaran supaya dijemput Fakhrul masuk ke dalam rumahnya . Tetapi , apabila diingatkan yang dirumahnya ini hanya tinggal dia seorang diri , Fiya hanya meminta izin untuk Thaqeef benarkan dia berborak bersama Fakhrul dulu sementara menunggu Thaqeef pulang dari kerja .
Walaupun kita kenal seseorang tu , sebagai isteri kita tetap harus meminta izin dengan suami dulu untuk membenarkan 'mereka' masuk ke dalam rumah kita .
Tanpa izin suami , memang tak boleh membenarkan 'mereka' masuk .
" Saya datang nak meminang Thea untuk jadikan iseri saya " ucap Fakhrul berterus terang tanpa harus berkias mahupun bertele-tele .
Jari jejaka itu bergerak mengikut irama jantungnya yang mula berdegup laju . Dia memberanikan dirinya untuk menatap Thaqeef dan Fiya .
Jelas kedua wajah pasangan suami isteri itu terkejut . Thea baru sahaja seminggu habis iddah , dah ada yang datang masuk meminang anak sulongnya . Laku keras .
" Saya dah lama berkenan dengan Thea tapi Thea selalu mengelak dari saya dahulu . Bila saya dapat tahu yang dia dah berkahwin dengan Haider , harapan saya mula pupus . Baru-baru ni saya dapat tahu yang Thea sudah bercerai sebab Haider . Harapan saya yang pupus dahulu mula tumbuh kembali . Jadi , saya nak ambil kesempatan yang ada untuk jadikan Thea sebagai bidadari syurga saya sebelum dirembat oleh lelaki lain " .
YOU ARE READING
MY SYARIFAH [OG]
Romance𝐒𝐘. 𝐓𝐇𝐄𝐀 𝐙𝐀𝐑𝐑𝐀 | 𝐒𝐘. 𝐀𝐑𝐑𝐀𝐙 𝐅𝐀𝐊𝐇𝐑𝐔𝐋 Sequel GARUNK✔️ ‼️Title ditukar daripada THEA:FATE kepada MY SYARIFAH . Harap tak mengelirukan . ===== Kahwin muda dengan Ex-crush sendiri? Itulah apa yang Thea cuba hindarkan tetapi atu...