❝the truth is never painful as discovering a lie ❞
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
" ayah tak nak makan . tak ada selera "
Raja Nabil menolak beberapa kali suapan Daisha . Dia bukan suka sangat makan masa-masa sakit ni . Ayah cuma nak berehat . Tak nak makan . Daisha mengeluh dalam diam . Bubur bersama sup ayam diletakkan di meja night stand bersebelahan katil . Wajah cemberut ayah dipandang . Kenapa ayah tiba-tiba boleh jadi degil ni ? Raja Nabil cuba membuang cool fever yang tertampal di dahi . Apa barang pakai benda ni . Dia bukan budak kecil . Laju Daisha menepuk tangan Raja Nabil .
" kalau melarat siapa susah ? Daisha risau tau . Daisha dah cakap jangan buat kerja . ayah degil , tak dengar cakap Daisha . tengok dah demam . ayah tak sayang Daisha ke ? " Raja Nabil menjuih bibir . Sengaja cakap macam tu . Tahulah nak pancing ayah makan .
" ayah nak sihat tak ? kalau nak , cepat makan . sikit pun tak ada . asalkan perut tu tak kosong " mangkuk tadi diambil semula . Daisha menyudu bubur . Ditiup sebelum disuakan ke mulut Raja Nabil . Nak tak nak , dia terpaksa telan jugak . Nak puaskan hati princess depan dia ni .
" tak sedap " langsung . Tambah Raja Nabil di dalam hati . Riak wajahnya berkerut ketika menelan bubur . Daisha membuat muka . Sejak bila ayah suka komen pasal makanan ni ? Selalu ayah telan je apa yang dihidangkan . Kesan comot di bibir ayah dikesat .
" ayah tak nak "
" makan " Daisha menyuap . Dihiraukan wajah sedih dibuat-buat ayah . Kalau nak sihat , makan . Nanti kalau melarat sampai ke hospital , dia jugak yang susah . Tak lena dia nak tidur malam fikirkan ayah . Tak sedar sampai habis semangkuk bubur itu .
" lepas ni makan ubat " Raja Nabil menggeleng tidak mahu . Daisha mengambil dua biji panadol lalu diletakkan di telapak tangan ayah . Raja Nabil mencebik . Tak nak makan benda putih ni . Daisha menghulurkan air .
" pahit " Daisha tidak melayan . Mengada betul ayah . Nasib dia sayang . Daisha membetulkan blanket di tubuh ayah . Suhu air-cond diturunkan . Raja Nabil memeluk bantal peluk . Blanket ditarik sedikit ke atas . Sejuknya .
" ayah tidur . rehat . Daisha nak keluar . nanti Daisha datang balik " rambut Raja Nabil diusap-usap . Ayah mengangguk dengan mata yang tertutup . Daisha senyum . Ayah dia comel hihi . Daisha mengangkat dulang . Dia berjalan keluar daripada bilik .
" sejak bila pula pandai ambil berat tentang Tuanku ? " langkah Daisha terbantut . Daisha menggulingkan bebola mata menyampah dan meneruskan langkahnya . Suka hati akulah nak ambil berat ke tak nak . Sibuk hal keluarga orang . Tahulah tak ada ayah . Amira mendengus geram . Tak guna .
Kau tunggu , Daisha .
×××
Tangan menyentuh buku-buku tersusun cantik di rak . Daisha mendongak ke atas . Banyak juga buku-buku ayah . Tak serabut ke baca buku banyak macam ni ? Daisha beralih ke meja kerja Raja Nabil . Dia masuk senyap-senyap dalam ni . Matanya terpandang dua bingkai gambar di atas meja ayah . Gambar dia dengan ayah . Gambar ayah dengan babah ? Kening Daisha bertaut rapat . Gambar itu diambil . Diusap wajah kedua-duanya .