❝ the truth is never painful as discovering a lie ❞
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Daisha menarik kasar kain hoodie yang berlapik di tangan Haidar . Tak kuasa aku nak pegang tangan dia . Haidar di belakang ketawa sinis . Merelakan sahaja dia ditarik Daisha . Syed Iskandar mengerling . Ada apa-apa ke dengan budak-budak tu ? Syed Iskandar menggelengkan kepala . Macam-macam budak-budak sekarang . Daisha melepaskan kasar . Wajah biasa Haidar dipandang tajam .
" aku tak cintakan kau , Haidar ! berapa kali aku nak cakap ? kau ingat dengan pertemuan kita dapat buat hati aku jatuh cinta dekat kau ? " Haidar membuat wajah sedih . Diletak tangan di dada . Seperti menahan sebak .
" kau tolak cinta aku ? " sedih . Haidar mengesat air mata palsu yang mengalir . Daisha menjeling tajam . Gadis itu meraup wajah . Daisha geram . Boleh pula dia memberitahu Syed Iskandar yang mereka berdua sedang menjalinkan hubungan . Babah pula seperti tidak menyukai dengan ' hubungan ' itu .
" aku cintakan kau . full stop . tak kesah kau terima ke tak tapi aku nak yang kau tahu - " Haidar mendekati Daisha . Lengan gadis itu dicengkam kuat menyebabkan Daisha meringis . Haidar menolak tubuh Daisha sehingga belakang Daisha berlanggar dengan sebatang pokok .
" erghh .. " main tolak-tolak pula . aku tolak dalam gaung baru tahu . Wajah Daisha dinaikkan kasar . Mata mereka bertemu . Anak mata kebiruan Haidar menikam tajam anak mata Daisha . Dia kaku tidak bergerak , hanya menatap sepasang mata itu . Mata Haidar cantik . Haidar menyimpan senyum . Pipi Daisha diusap-usap . Dikucup perlahan .
" kau milik aku , Daisha "
" tiada siapa boleh ambil kau daripada aku " bisik Haidar . Rambut Daisha dimainkan . Lembutnya . Dibawa ke hidung , menghidunya . Mata Haidar terpejam saat bau harum rambut Daisha menusuk masuk ke dalam hidungnya . Daisha tidak berkelip . Gadis itu cuba menjauhi tetapi dia terperangkap di tengah-tengah lengan besar Haidar .
" damn , you are so beautiful " jantung Daisha berdegup kencang . Tangan kecilnya menolak kuat dada Haidar . Gadis itu menggelengkan kepala berulang kali . Ya Allah , kenapa aku biarkan kulit seorang lelaki bersentuhan dengan kulit aku ? Daisha beristighfar . Gadis itu pergi meninggalkan Haidar tanpa berkata apa-apa .
" babah " Daisha memeluk tubuh Syed Iskandar . Syed Iskandar melihat pelik . Kenapa pula dengan anak dia ni ? Kepala Daisha dicium .
" kenapa sayang ? " Daisha menggeleng , tanda tiada apa-apa . Syed Iskandar terus memandang Haidar . Dia ada buat apa-apa ke dekat anak aku ?
×××
Raja Nabil menutup pintu balkoni . Mana anak ayah ni ? Tak balik-balik lagi . Ayah risau . Raja Nabil memicit dahi . Pening dia masih tersisa . Nak berdiri pun terhuyung-hayang lagi . Raja Nabil perlahan-lahan menuju ke katil . Si Raja melabuhkan punggung di permukaan katil . Botol air dicapai . Diteguk perlahan . Menghilangkan rasa dahaga . Raja Nabil menggosok-gosok lengan . Sejuknya malam ni .