❝ the truth is never painful as discovering a lie ❞
Haidar mendekatkan cebisan ayam goreng ke mulut Daisha . Gadis itu berhenti mengunyah sebelum menerima suapan Haidar . Daisha memalingkan wajah , membuang pandangan ke bawah bangunan . Sebenarnya mereka hanya bercadang untuk keluar berdua tapi tiba-tiba sahaja Harraz , Hanis dan Arsyad datang mencelah . Menganggu betul . Hanis meneguk air . Tangan Harraz ditarik sebelum membisikkan sesuatu di telinga abangnya . Harraz mengangguk-angguk . Hania tersengih-sengih . Lengan Harraz dirangkul . Harraz sahaja tempat dia untuk bermanja .
" sweetheart " panggil Haidar perlahan . Pinggang Daisha dicuit .
" kenapa ? " Haidar mengesat kesan sos di hujung bibir gadis itu . Daisha terkebil-kebil sebelum kedua belah pipinya berubah menjadi kemerahan . Haidar menarik senyuman nakal . Dagu Daisha dicuit , menyebabkan mata mereka bertembung . Tangan ditahan daripada menyentuh pipi gadis itu . Haidar tahu yang Daisha tidak suka disentuh sesuka hati . Haidar tersedar lalu menggelengkan kepala berulang kali .
" kenapa panggil saya ? " kecil sahaja nada suara Daisha ditelinganya . Haidar berdehem .
" kita kahwin . aku dah minta kebenaran ayah kau " Haidar betul-betul nak menghalalkan Daisha . Haidar nak miliki gadis itu secara sah . Daisha diam . Kahwin ? Tapi babah restu ke hubungan mereka berdua ? Dia kembali menatap Haidar yang tersenyum manis . Daisha membalas senyuman itu . Dia tunduk bermain dengan jari-jemarinya . Bila bercakap tentang hal ini , dia rasa malu .
" kau sudi jadi isteri aku ? " ayat ni buat jantung Daisha macam nak meletup . Macam dalam novel . Boleh tak Daisha nak menjerit dekat sini ? Haidar tersengih melihat Daisha yang malu-malu kucing itu . Geram !
" saya sudi .. "
" yes ! " Haidar menjerit . Daisha memukul perlahan lengan lelaki itu . Mereka berdua ketawa .
" haih , bilalah aku dapat kahwin " Arsyad mengeluh . Pandangan dilemparkan kepada dada langit yang terbentang luas . Aku apa kurangnya . Handsome , gentleman , berotot , tubuh sasa , ada sixpack , pandai masak meggi , pandai rebus air . Dia mengerling Haidar dan Daisha . Arsyad memucung .
" Hanis , jom kahwin " ujar Arsyad tiba-tiba . Hanis hampir tersedak . Raut wajah cuba dikawal . Mata dikecilkan melihat Arsyad . Mamat ni kang aku lempang baru tahu . Dia ingat kahwin ni perkara main-main ke ?
" jangan bergurau boleh tak ? " merepek malam-malam macam ni .
" aku tak bergurau . aku serius " Hanis memandang Harraz . Dia mengeluh perlahan . " persoalannya sekarang , kau cintakan aku ke ? " Arsyad mengangguk laju . Harraz melepaskan tawa . Kelakar pula . " aku tahu kau cintakan aku . abang kau yang beritahu . sekarang , kita saling mencintai ~ " mata Arsyad seakan bersinar melihat Hanis . Hanis mencerlung Harraz . Kenapa beritahu rahsia aku dekat mangkuk tak guna ni ?
YOU ARE READING
OG | His Princess : Fawwaz Haidar
Roman d'amour[ ONGOING ] KARYA KEDUA ❝ 𝙩𝙝𝙚 𝙩𝙧𝙪𝙩𝙝 𝙞𝙨 𝙣𝙚𝙫𝙚𝙧 𝙥𝙖𝙞𝙣𝙛𝙪𝙡 𝙖𝙨 𝙙𝙞𝙨𝙘𝙤𝙫𝙚𝙧𝙞𝙣𝙜 𝙖 𝙡𝙞𝙚 ❞ Daisha Zakia | Fawwaz Haidar Kisah percintaan dua derajat . Mafia dan Puteri Diraja . " janji jaga dia , bimbing dia . berikan kas...