❝ the truth is never painful as discovering a lie ❞
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Daisha berkelip-kelip memandang ke atas . Televisyen dibiarkan sahaja terpasang . Tidaklah sunyi sangat . Ipad dihidupkan . Lama dia tidak membaca artikel tentang dirinya . Yang pasti bukan sesuatu yang baik dituliskan . Iris hazel bergerak ke kiri dan kanan , membaca bait kata yang dituliskan . Dahi Daisha berkerut sedikit . Sekarang , artikel yang pelik-pelik disiarkan . Perkara yang tidak sahih pun disebarkan . Orang-orang yang mahukan populariti .
Sejak dia mempertahankan Nabil Muttaqin , semakin ramai yang membencinya . Daisha menutup artikel tersebut dan membuka youtube . Tak kuasa aku nak baca lama-lama . Tidak menjumpai sesuatu yang menarik , Netflix pula dibuka . Layan cerita hantu best ni . Nanti kalau tak boleh tidur , boleh peluk Haidar . Hari ini dia betul-betul rasa sunyi . Makan pun seorang diri .
Daisha menongkat pipi . Ipad dimatikan . Dia tidak tahu untuk buat apa . Dia tunggu Haidar balik walaupun dilarang . Daisha berbungkus di dalam blanket . Dia takut dia tertidur . Daisha menatap kosong skrin televisyen .
Ting !
Ting !
Sweetheart .
Abang nak on the way balik .
Bukan ke Haidar melarang dia untuk menunggunya ? Ini siap mesej kata on the way balik . Daisha kerling sekejap jam di iphone . Baru pukul 11 malam . Mungkin hanya sekadar memberitahu ? Atau mungkin Haidar tahu yang Daisha menunggunya ? Daisha menjongket bahu . Ah biarlah ! Asalkan Haidar dah nak balik . Daisha tersenyum sendiri .
Daisha mengutip plastik makanan ringan di atas meja . Balang mister potato diambil bersama secawan maggi . Ni kalau babah tahu dia makan maggi , mesti babah membebel . Tisu ditarik daripada kotak . Habuk-habuk makanan di atas meja disapu .
" Nugget , nanti papa nak balik . janganlah sepah kan bantal " bebel Daisha . Nugget diangkat dan diletakkan di bawah . Daisha mengeluh . Nugget mengiau . Daisha bercekak pinggang .
" Assalamualaikum " tombol pintu dipulas daripada luar .
" Waalaikumussalam , abang " Haidar menggantung kunci kereta di tempatnya . Daisha menghampiri . Haidar memegang meja . Menahan beban tubuhnya .
" abang ? "
" sweetheart ... kenapa belum tidur lagi ? " Haidar senyum sedikit . Daisha berkerut dahi . Tangan lelaki itu digoncang .
" abang kenapa ? "
" tak- "
Haidar tiba-tiba sahaja ingin rebah . Daisha terkejut . Terbelakang sedikit Daisha ketika menyambut suaminya . Haidar memegang meja supaya mereka tidak terjatuh . Haidar terbatuk-batuk . Ada cecair merah mengalir turun dari mulutnya .