❝ the truth is never painful as discovering a lie ❞
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kelopak mata perlahan-lahan dibuka . Tangan segera memegang kepala . Dipicit-picit pelipisnya . Daisha menggerakkan tubuh . Iphone dinyalakan . Dia menggosok mata . Dah nak masuk waktu subuh . Daisha mengambil sapu tangan . Dikesat pada hidungnya yang berair . Memandangkan dia datang bulan , bolehlah dia sambung tidur . Bunyi guruh menyapa kuat halwa telinga . Daisha memeluk erat bantal golek nya . Mata dipejam . Selepas beberapa minit , dia kembali tertidur .
" sweetheart ... "
Daisha menarik blanket sehingga menutupi seluruh tubuhnya . Iphone nya berbunyi . Gadis itu merengus . Blanket ditolak kasar . Bising betul alarm ni . Jari runcingnya menyentuh skrin iphone . Selepas itu , iphone pula dicampak . Daisha mengiring . Wajah ditekup pada bantal golek . Tidak lama kemudian , suara Raja Syed Iskandar pula kedengaran daripada luar . Daisha merengek .
" tak nak bangun . nak tidur "
" bangun makan , sayangku " suara babah ceria semacam aje hari ni . Ada apa-apa ke ?
" turun bawah , pakai cantik-cantik sikit " Daisha bergolek-golek di atas katil . Kaki dihentak protes . Buat apa pakai cantik-cantik ? Bukan ke aku hari-hari dah cantik ? Daisha mengeluh . Gadis itu menolak-nolak blanket menggunakan kakinya . Saat dia ingin turun , kakinya tersangkut pada blanket dan terjatuh .
" apa masalah blanket ni ?! " meh bertumbuk kita . Daisha merengus kasar . Dipukul-pukul blanket itu . Salah sendiri tak nak mengaku . Daisha berjalan malas ke tandas . Tak larat lah nak jalan . Nak orang dukung .
" anak dara tak elok bangun lewat " tidak sempat Daisha mahu mengeluarkan suara , Raja Syed Iskandar sudah memintas . Daisha memeluk tubuh . Punggung dilenyekkan kasar ke permukaan kerusi . Tidak menyedari bahawa ada tetamu di hadapannya .
Mata berwarna hazel miliknya berlaga dengan sepasang mata . Sepasang mata yang dirinduinya . Berbulan-bulan lamanya , hatinya sakit kerana menahan perasaan ini . Tanpa khabar berita , menghilang begitu sahaja . Hanya meninggalkan beberapa kenangan dan sekarang figura seorang Haidar sedang berada di hadapannya . Wajahnya tidak berubah . Tetap sama . Hanya gaya rambut sahaja diubah . Makin handsome .
Sedikit kecewa tapi tidak mengapa . Pandangan diarahkan pula kepada Naufal , Adelia dan seorang perempuan di sebelah Haidar . Siapa ? Mungkin perasan dengan pandangan Daisha , perempuan itu tersenyum manis . Satu kata untuk dia , cantik . Daisha tepis segala perasaan cemburu . Buat apa nak cemburu ? Haidar bukannya lagi kekasih kau . Haidar mengukirkan senyuman . Wajah Daisha tidak beriak . Pembantu istana mula menghidangkan makanan .
" jemput makan " pelawa Raja Syed Iskandar . Haidar , Naufal , Adelia dan Qaisara mengangguk . Daisha menjatuhkan tangan ke peha . Cincin di jarinya diusap . Ditarik dan disimpan ke dalam poket seluar . Masa untuk melupakan segalanya .