❝ the truth is never painful as discovering a lie ❞
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Daisha menggosok-gosok telapak tangan untuk menghilangkan gugup . Syed Iskandar di sebelah tampak tenang sahaja . Daisha mengerling pula Raja Nabil yang sedang berucap . Suhu ayah dah turun sikit . Terus berdegil mahu membuat majlis . Daisha menunduk . Apa kata rakyat-rakyat jelata nanti ? Boleh terima ayah atas apa yang dilakukannya ? Daisha merenung lantai kayu yang berkilat .
" tujuan saya membuat majlis dan memanggil rakyat-rakyat semua adalah kerana saya ingin membuat pengakuan tentang pembunuhan Permaisuri Nayla dan kehilangan Raja Syed Iskandar .. " mereka di bawah diam . Menunggu apa yang akan dikatakan raja mereka . Raja Nabil menarik nafas dalam dan menghembusnya . Mata meliar memandang wajah-wajah rakyatnya .
" saya lah dalang di sebalik kes itu . saya yang membunuh Permaisuri Nayla dan mengurung Raja Syed Iskandar . saya juga menipu semua rakyat-rakyat jelata tentang kes itu . maafkan saya " Raja Nabil menunduk . Semua di bawah tergamam . Tiada satu pun bunyi orang bercakap . Tiada nyalaan cahaya kamera . Semua terdiam setelah mendengar pengakuan sang raja .
" pembunuh ! " seorang lelaki menjerit kuat . Sebotol air mineral dilempar sekuat hati namun sempat dielak Raja Nabil . Daisha berdiri . Memberi isyarat kepada si ayah supaya bergerak pergi daripada situ . Rakyat-rakyat mula marah . Masing-masing bangun dan mencapai benda yang berada dihadapan mata untuk dilempar ke arah figura Raja Nabil . Daisha ternganga . Inilah perangai bodoh rakyat-rakyat Irshocgard .
" pemimpin jenis apa kau ni ?! orang macam kau tak layak nak pegang pangkat besar ! lebih baik mampus ! "
" tak guna ! "
" pembunuh tak sedar diri ! berani kau bunuh permaisuri kami ! " mereka mula agresif . Tidak boleh menerima kenyataan bahawa permaisuri mereka dibunuh oleh seseorang yang sekarang sedang memimpin kerajaan ini . Daisha perasan akan seorang pemuda sedang mengangkat kerusi plastik untuk melemparkannya ke arah Raja Nabil .
Daisha menggigit bibir . Gadis itu berlari ke arah Raja Nabil . " ayah " tubuh Raja Nabil ditolak ke tepi . Raja Nabil terkebil-kebil sebelum mata menangkap sebuah kerusi sedang menuju ke Daisha . " Daisha ! " terlambat . Kerusi itu tepat mengenai badan anaknya sebelum sempat dia menyelamatkan Daisha . Gadis itu meringis kesakitan . Tangan kanan menampung badan yang ingin terjatuh .
" Allah .. Daisha " lengan Daisha dipegang . Terus tubuh itu jatuh ke atas riba Raja Nabil . Daisha berkerut dengan mata yang terpejam rapat . Raja Nabil menaikkan tubuh Daisha dan disandarkan pada dadanya . Air mata gadis itu mengalir keluar dek menahan kesakitan di tubuh .
" a-ayah , sakit " kecil suara Daisha menuturkan kata-kata itu . Tangannya mencengkam baju ayah . Terketar-ketar tangan Daisha saat itu . Ingat tak sakit ? Cuba kau kena . Aku lempar dengan kerusi kayu . Nak ?
" sayang " tangan Daisha digenggam . Rakyat-rakyat semuanya diam . Mungkin terkejut dengan apa yang dilihat . Stupid . Syed Iskandar memanah tajam rakyat-rakyat Irshocgard di bawah . Perangai daripada dulu tak berubah-ubah . Raja Nabil mencempung tubuh Daisha dan berlari meninggalkan majlis itu . Biarlah orang mahu berkata apa , keselamatan anaknya lagi penting .