Kerajaan Water

292 28 7
                                    

Rosella menghembus nafas leganya kerana semua perjalanan mereka berjalan lancar seperti mana yang mereka mahukan. Tetapi bila teringat kata2 daripada raja Kerajaan Air bahawa raja Kerajaan Water sangat garang menyebabkan dia berasa sedikit takut.

Dia memandang abangnya yang sedang fokus memandu untuk ke Kerajaan Water. Untuk ke Kerajaan Water, ianya mengambil masa setengah hari juga kerana perlu melintasi dua hutan yang tebal.

Rosella memandang ke luar tingkap dan memandang takjub ke arah air yang berwarna merah jambu.

Rosella memandang ke luar tingkap dan memandang takjub ke arah air yang berwarna merah jambu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mereka sedang melintasi hutan yang pertama. Sebentar lagi mereka akan di jalan lagi dan akan memasuki hutan yang terakhir dan barulah sampai ke Kerajaan Water.

Dan untuk ke Kerajaan Water juga mereka perlulah mengikuti di mana air itu berada. Jika tidak, mereka akan sesat. Itu sahaja.

Rosella memandang abangnya untuk kedua kalinya apabila secara tiba2 sahaja abangnya berhenti di tepi jalan hutan.

"Kenapa ni bang?" Soal Rosella dengan pelik.

"Turunlah. Keluarkan kuasa sayang sepuas hati. Tiada sesiapa yang akan nampak." Ujar Shino dengan serius.

"Ehh--tapi.."

Belum sempat Rosella bercakap, Shino sudah memotongnya.

"Ice dan water mempunyai perwatakan yang sama. Abang taknak secara tiba2 kuasa adik terkeluar tanpa sengaja di sana. Keluarkan di sini sepuas hati." Ujar Shino sambil duduk di atas rumput memandangi sungai yang berwarna itu.

Rosella mengangguk dan duduk di tepi abangnya. Dia melepaskan sarung tangannya dan membiarkan kuasanya bebas.

Hari sudah senja. Sebentar lagi akan malam sebelum mereka sampai ke Kerajaan Water. Mereka tidak kisah menyambung perjalanan pada waktu malam. Lagipun nama mereka sudah ada di satu rumah sewa di sana. Jadi, mereka tidak risau.

"Abang..abang rasa raja kerajaan water garang sangat ke? Kalau garang sangat, macam mana kita nak pinjam buku tu? Silap hari bulan belum sempat kita bercakap, sudah ditengking." Ujar Rosella sambil bermain dengan bola icenya.

Shino menghembus nafas lelahnya. Dia mula berbaring dan memandang langit.

"Jangan risau. Berani dia nak tengking kita? Abang tampar dia." Gurau Shino dengan sengihan.

Rosella mencebik. Dia tahu abangnya takkan berani buat macam tu. Beberapa minit kemudian, Rosella sudah naik bosan. Dia memandang abangnya yang masih melihat langit. Dia turut melihat langit, mana tahu ada gajah terbang ke apa sampai membuatkan abangnya tertarik untuk melihat ke atas.

"Abang."

"Hurm."

"Abang!"

"Ye adik."

Rosella memandang datar ke arah Shino yang masih berbaring memandang langit.

"Bangunlah abang!" Jerit Rosella dengan geram.

Terkejut Shino sampai terbangun dari baringnya dan memandang sekeliling.

"Ha? Haa? Ada apa?! Ada orang nampak kuasa adik ke?!" Soal Shino dengan panik.

Rosella menepuk dahinya dengan tingkah Shino. Dia mengetuk kepala Shino dengan keras dan menyebabkan Shino terbaring semula kerana sakit.

"Apa ni dik main pukul je?" Soal Shino dengan menggosok kepalanya.

"Sedar tak dah nak malam ni. Jom kita bertolak. Buat apa abang tenung langit tu? Tunggu istana kerajaan langit sampai?" Soal Rosella sambil memakai sarung tangannya semula.

Shino memandang Rosella dengan datar. Sabar jela dengan perangai adiknya yang suka menyakat orang. Padahal dia sudah hampir putus nyawa merindui sang pujaan hati di kerajaan fire.

"Mana ada la adik. Mari cepat." Ujarnya sambil memasuki kereta.

Rosella memutar matanya dengan malas. Suka hati suruh orang cepat, padahal dia yang termenung tadi.

Mereka mula menyambung perjalanan mereka dengan penuh senang kerana ini adalah misi terakhir sebelum mereka mengumpul semua bukti yang kukuh untuk membuktikan bahawa Kerajaan Ice tidak bersalah akan hal ini.

Setelah dua jam perjalanan, mereka mula memasuki satu lagi hutan dan ianya mempunyai sungai yang berwarna ungu. Agak seram tetapi cantik.

Rosella memandang sungai itu tidak kalah takjubnya sama seperti dia memandang sungai yang berwarna merah jambu sebentar tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rosella memandang sungai itu tidak kalah takjubnya sama seperti dia memandang sungai yang berwarna merah jambu sebentar tadi.

Tetapi kali ini mereka tidak berhenti, mereka tetap akan meneruskan perjalanan kerana sudah nak sampai. Hanya dalam setengah jam lagi.

---

"Kenapa ramai sangat ni bang?" Soal Rosella dengan pelik.

Mana tak peliknya kalau biasanya malam2 orang takkan keluar untuk berlatih kuasa atau bermain. Tetapi kerajaan ini memeriahkah lagi pada waktu malam.

Rosella dapat melihat bagaimana orang2 berlatih kuasa dan bergaul sesama mereka.

"Sebabnya kuasa water sangat kuat pada waktu malam. Sama juga seperti kuasa adik, ice. Sebab tu abang suruh adik keluarkan banyak2 tadi supaya kuasa adik dapat dikawal dengan baik bila berada di sini."

Rosella mengangguk faham dengan penjelasan dari Shino.

"Dan kebanyakannya mereka tidak tidur waktu malam dan akan tidur pada waktu siang. Jadi, esk adik jangan risau kalau adik tak nampak sangat orang berkeliaran di siang hari." Ujar Shino lagi.

"Baik abang. Adik faham. Jadi, mana kita nak tidur malam ni?" Soal Rosella dengan sedikit menguap.

"Di situ." Ujar Shino sambil menunjuk sebuah rumah yang agak besar yang berdekatan dengan mereka.

"Jom kita turun. Boleh kita berkenalan dengan yang lain dulu. Untuk buat kawan. Sekurang kurangnya mereka dapat bantu kita jika kita masalah." Ujar Shino dengan senyuman mesranya.

Rosella mengangguk menyetujui percakapan abangnya. Dia mulai turun dan memandang abangnya yang memberikannya kunci rumah.

"Abang ada pegang satu kunci dan satu lagi adik pegang. Tak la risau sangat kalau rumah terkunci nanti." Ujar Shino dengan baik.

"Pergilah. Abang nak berkemas sekejap. Nanti abang ikut adik. Jangan berjalan jauh sangat. Ada hantu." Gurau Shino lantas berlari ke arah rumah sewa mereka.

Rosella memandang abangnya dengan datar. Sengaja Shino ingin mengusik Rosella supaya dia takut. Padahal adiknya tidak takut dengan benda2 yang seperti itu.

Sedang Rosella memikirkan dan mengutuk abangnya sedikit, seorang lelaki yang agak tampan menegurnya.

"Hai."
















Tbc...

Fire's Academy: The Last Ice ElementWhere stories live. Discover now