Hukuman

795 46 1
                                    

Akhirnya setelah sekian lama menuruni tangga, mereka bertiga sampai di tempat tujuannya. Rosella dan Shino memandang pelik ke arah satu rak yang sudah berhabuk dan nampak usang walaupun rak tersebut masih kukuh.

Di situ terdapat pelbagai buku sejarah yang ada termasuklah buku sejarah mengenai Kerajaan Knight.

Wait...macam mana boleh ada di sana?

Wanita tersebut mengambil satu buku yang yang agak tebal yang berwarna baby blue dan menyerahkan kepada mereka berdua.

"Ini adalah buku sejarah mengenai Kerajaan Ais. Di dalam terkandung banyak perkara secara detail. Boleh dikatakan sebagai diari kerajaan itu sendiri. Dan juga--"

Dia mengambil satu lagi buku yang berwarna kemerahan.

"--Dan ini adalah buku sejarah mengenai Kerajaan Api. Kalian akan tahu perkara sebenar jika kalian membaca kedua duanya untuk tidak jadi salah faham." Ujarnya sambil memberi buku tersebut kepada Shino.

Shino dan Rosella saling berpandangan sesama sendiri. Rosella memengang buku Kerajaan Ais manakala Shino memengang buku Kerajaan Api. Shino memandang wanita tersebut.

"Boleh kami meminjam kedua buku ini sementara? Kami akan mengkaji kesemuanya untuk mengetahui siapa yang bersalah. Kami perlukan bukti sekuatnya." Ujar Shino dengan serius.

Wanita itu tersenyum dan mengangguk. Wanita itu percayakan Shino dan Rosella walaupun dia baru mengenal mereka berdua.

"Sudah tentu. Tolong buktikan semuanya kepada semua kerajaan supaya semuanya sedar. Dan juga, berhati hatilah, jangan terlaku percaya pada seseorang yang baru dikenal." Ujarnya kepada Rosella.

Rosella bingung dengan kata2 dari wanita tersebut tetapi hanya mengangguk ragu.

"Kalau tiada apa2 lagi..mari la kita semua pulang. Pelajar2 yang lain akan curiga jika saya menghilang terlalu lama." Ujarnya lantas mula melangkah naik.

Rosella dan Shino hanya mengikuti langkah wanita tersebut. Fikiran mereka masih tertuju kepada kedua buku tersebut. Nampaknya malam ini mereka berjaga kerana membaca buku.

---

Kaito mencari cari kelibat Shino, lebih tepatnya mencari keberadaan Rosella. Rasanya kalau tidak berjumpa sehari dengan Rosella, sudah seperti setahun lamanya.

Inilah yang dinamakan cinta. Walaupun tak rasmi.

Setelah sekian lama mencari di seluruh akademi, akhirnya rezeki Kaito, dia ternampak susutubuh yang sudah dicari sejak tadi.

Siapa lagi kalau bukan Rosella, kesayangannya.

"Rosella!!"

Panggilan Kaito langsung membuatkan Shino dan Rosella memandangnya. Shino memandang 'tak suka' kepada Kaito. Yelakan, mereka tidak baik2 saja sejak kejadian di perpustakaan hari itu.

"Ada apa? Aku harap iu hak penting." Ujar Shino dengan datar.

Kaito hanya mendengus geram.

"Malam esok Bella ada buat satu majlis kelahiran dia. Dan korang diwajibkan datang. Jangan risau pasal keramaian, dia hanya ajak keluarga dan orang terdekat sahaja." Balas Kaito.

Mata Rosella berbinar setelah mendengar perkataan 'majlis'. Dia sangat sukakan majlis sebab ada makanan.

Ya, makanan.

Siapa tak suka makanan?

"Kau tak cakap pun memang aku akan pergi ke majlis tu. Aku tak pernah ketinggalan satu pun majlis keluarga kau." Ujar Shino dengan bangga dan dicebik oleh Kaito.

Fire's Academy: The Last Ice ElementWhere stories live. Discover now