Ice

1.9K 88 8
                                    

2012

Seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan yang diyakini adalah adik beradik sedang bermain di luar rumah mereka. Sedang asyik mereka bermain, mereka tidak sedar hari sudah gelap.

Budak lelaki tersebut memandang adik perempuannya yang sedang bermain bunga, baru sahaja dia ingin mengacau, badannya berasa sejuk.

Budak lelaki itu memeluk dirinya sendiri. Dia memandang ke langit dan baru perasan bahawa hari sudah gelap. Dia tidak perasan tadi kerana sekelilingnya ada kuasanya yang terkeluar iaitu api.

"Kenapa sejuk sangat malam ni." Gumamnya dengan sedikit menggigil.

Budak lelaki itu memandang adiknya sekali lagi dan pelik kerana adiknya langsung tidak sepertinya yang kesejukan.

"Adik."

Panggilan dari abangnya membuatkannya memandang abangnya sambil tersenyum.

"Ya?"

"Mari kita pulang. Hari sudah malam, nanti ibu dan ayah marah." Ujarnya lantas memengang tangan kiri adiknya.

Tetapi hanya sekejap kerana tangan adiknya sangat sejuk. Adiknya memandang abangnya dengan pelik.

"Kenapa abang?" Soalnya dengan pelik.

Abangnya menggeleng kepalanya dan terdiam. Setelah beberapa minit dia terdiam, dia mula bertanyakan soalan kepada adiknya.

"Adik..adik tak rasa sejuk ke?"

Soalan dari abangnya membuatkan budak perempuan itu menggeleng kepalanya dengan laju.

"Habis, kenapa tangan adik sebelah kiri sejuk berbanding tangan kanan?" Soalnya sambil memengang tangan kanan adiknya dengan lembut.

Adiknya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Dia mula mengeluh berat.

"Abang rasa adik kesejukan ni. Cuba keluarkan api untuk hilangkan rasa sejuk." Cadangnya.

Adik perempuannya mula melatih tangan kirinya untuk keluar api, namun tidak berjaya. Apabila dicuba di bahagian tangan kanan, dengan mudah api keluar.

"Cuba lagi dik."

Adiknya tidak berputus asa dan terus mencuba beberapa kali. Akhirnya, bukan kuasa api yang keluar, namun kuasa yang lain.

Kuasa ais.

Kuasa ais yang sudah pupus dari seluruh dunia fantasi.

Mereka berdua terkejut besar. Tidak lama setelah itu, kuasa ais itu semakin kuat sampai tangan kirinya sangat sakit. Dan itu berjaya membuatkan adik perempuannya menangis.

"Hikss..hikss..abang, tolong adik...hikss.."

Abangnya mula gelabah dan memeluk adiknya walaupun kuasa ais adiknya terkena pada badannya. Dia mula mendukung adiknya dan masuk ke dalam rumah.

"Ibu!! Ayah!!" Jeritnya dengan kuat.

Ibunya yang sedang memasak terkejut dengan jeritan anak sulungnya manakala ayahnya yang sedang membaca terkejut sampai hampir terjatuh dari katil.

Ibu dan ayah mereka meluru ke arah mereka dan terkejut melihat tangan kiri anak perempuan mereka.

Mereka saling berpandangan dan mula memeluk erat anak mereka yang sedang menangis.

"Ibu, ayah..apa yang terjadi pada adik? Kenapa adik boleh ada kuasa macam ni?" Soal anak lelaki mereka dengan pelik.

Ibunya menggosok bahu anak lelakinya dengan senyuman.

"Ibu pun tidak sangka, Shino. Kita adalah puak api dan kemungkinan besar ini adalah anugerah yang Tuhan bagi pada adik kamu." Lirih ibunya dengan baik.

Fire's Academy: The Last Ice ElementWhere stories live. Discover now