"Rosella!"
Rosella dan Jenny terus memandang gerangan yang memanggil nama 'Rosella'.
"Abang!"
Shino terus memeluk erat tubuh Rosella sampai terangkat badan Rosella disebabkan pelukan ketat dari Shino. Rosella memukul belakang Shino kerana dia hampir kehabisan nafas.
Shino yang sedar terus melepaskan pelukannya dan memandang kasihan kelada adik kesayangannya. Bukan apa, dia tidak sengaja kerana terlampau rindu pada adiknya walaupun semalaman tidak berjumpa.
"Maaf."
Rosella hanya mengangguk dan memandang dua pelajar lelaki yang memakai tali kepala berwarna merah.
"Oh? Siapa mereka?" Soal Rosella kepada Shino.
Shino memandang ke sisinya dan melihat Yunno dan Yonnu yang tersengih ke arahnya. Dia hanya memutar matanya dengan malas.
"Mereka berdua kembar. Yang kanan adalah Yunno, dan yang pendek ni ialaha Yonnu." Ujar Shino dengan selamba.
Rosella dan Jenny ketawa kecil manakala Yonnu memandang datar ke arah Shino yang sesuka hati berkata begitu walaupun kenyataannya memang dia pendek daripada Yunno.
"Kau pun sama macam kami ke Jenny?" Soal Yunno.
Jenny mengangguk dan sesekali makan sambil memandang Shino dengan wajah yang merah. Shino yang perasan telatah Jenny hanya diamkan diri.
Well, dia sudah berpunya. Takkan nak cari yang lain. Lagipun, dia sudah cinta mati kepada Maria.
"Hai korang!"
Mereka terus memandang dua gerangan yang sedang menghampiri mereka.
"Hai Ryoushi! Kinechi!"
"Hai Jenny!"
Jenny terus memandang Rosella dan memperkenalkan kedua pasukannya.
"Rosella, kenalkan ini ialah Kinechi dan sebelahnya pula adalah Ryoushi. Mereka berdua adalah kawan baik sejak kecil lagi. Korang, ini ialah Rosella." Ujarnya dengan senyuman.
Mereka saling bertukar senyum. Rosella sedikit menunduk hormat kepada Kinechi dan Ryoushi kerana mereka juga memakai tali kepala berwarna hitam.
"Jom malam ni kita berlatih berlima. Nak?" Soal Ryoushi dengan semangat.
Jenny hanya mengangguk menyetujui cadangan dari Ryoushi. Yunno dan Yonnu terus memandang Shino dengan mata berbinar.
"Disebabkan esok kami ada pertandingan. Jom tengok kami berlatih. Kau boleh komen latihan kami. Jom!" Ajak Yunno dengan semangat.
Shino berfikir keras dan sedikit berasa malas. Lagipun, dia ada tugas. Dia bukannya datang untuk menemui orang.
"Er..tapi--"
"Jom la. Bukan senang kami boleh bersama dengan orang terkuat. Lagipun, jarang kami dapat tetamu dari luar. Kami boleh tunjukkan dekat kau tentang kemahiran kami." Ujar Kinechi pula.
Baru sahaja Shino ingin membalas, Rosella terus memotongnya.
"Betul cakap mereka, abang. Pergilah tengok cara mereka berlatih. Yang ni biar adik yang lakukannya." Ujar Rosella dengan senyuman.
Shino menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Tak apa ke ni?"
"Ya. Jangan risau. Pergilah."
---
"Dan ini adalah perpustakaan."
Rosella melihat sekeliling perpustakaan dengan penuh takjub. Kalau readers nak tahu, Jenny telah membawa Rosella mengelilingi seluruh akademi termasuklah Hall, tempat mereka bertanding nanti.
YOU ARE READING
Fire's Academy: The Last Ice Element
FantasyMengisahkan tentang seorang gadis yang memakai sarung tangan pada tangan kirinya. ATTENTION!!!! DONT COPY MY STORY WITHOUT PERMISSION! (*Buku ini ditulis oleh saya sendiri, tiada sebarang peniruan di sini. Harap maklum*) Top Ranking: ✔1 in Air ✔2 in...