Rosella menghembus nafas lelah setelah pulang dari akademi. Dia atau lebih tepatnya dia dan abangnya sudah buat keputusan untuk balik ke rumah keluarga sementara.
Mungkin seminggu?
Tapi bukan sekarang melainkan selepas menyambut majlis hari jadi Bella. Kalau readers nak tahu, mereka sekarang berada di ruang tamu kediaman keluarga Kaito dan Bella.
Ya. Mereka pulang bersama dengan Kaito tadi. Sekarang dia sedang berada di ruang tamu.
"Kenapa kamu sampai sanggup sembunyikan adik secantik ini dari kami, Shino." Ujar Mama June.
Ya. Mama June adalah ibu kepada Kaito dan Bella, manakala papanya bernama Yota. Keluarga mereka sangat harmonis sama seperti keluarga mereka. Mereka adalah keluarga bangsawan sama seperti Bella dan Kaito.
Cuma yang lainnya adalah Ayah mereka adalah penasihat raja, manakala papa mereka adalah general kiri diraja.
"Mana ada sembunyikan mama June. Shino belum bersedia lagi nak tunjukkan Rosella pada yang lain. Lagipun, Rosella sangat berharga untuk Shino." Ujar Shino dengan senyuman.
Rosella tersenyum manis ke arah mereka. Hatinya menghangat mendengar kata2 dari abangnya. Tak salah dia memang sangat sangat sangat sangat sangat mempercayai abangnya.
Mereka turut tersenyum dan mengangguk.
"Kami faham. Kamu mahu lindungi adik kamu. Sesiapa pun mesti mahu berdamping dengan adik kamu. Betul tak Kaito..?" Sakat Papa Yota.
Merah wajah Kaito apabila papanya sendiri menyakatnya. Yang lain ketawa kecil dengan sikap malu tapi mahu Kaito. Shino hanya ketawa hambar dan tak ikhlas.
Dia sudah memang tolak awal2 Kaito.
Manakala Rosella hanya memandang bingung ke arah mereka. Rosella pelik kerana dirinya dilibatkan kepada Kaito.
"Er..Bella. Kau pergi bawa Rosella ke bilik tetamu. Biarkan dia rehat." Ujar Kaito kepada Bella untuk sekadar menukar topik.
Tapi tidak sangka pula Bella semakin menyakatnya.
"Kenapa aku? Kenapa tak kau je. Lagipun aku nak pergi cari pakaian untuk majlis esok dengan Shino sekarang. Rosella!--"
Panggilan Bella membuatkan Rosella yang sedang minum terhenti dan memandangnya.
"--kamu pergilah berehat dahulu. Kaito akan tunjukkan bilik kamu ya." Ujar Bella lantas menarik tangan Shino untuk keluar dari kediamannya.
Belum sempat Kaito menghalang Bella, Bella sudah hilang dari pandangannya. Dia sebenarnya tidak kisah akan hal ini, cuma dia agak segan bila berduaan dengan Rosella.
Maklumlah crush dia.
"Pergilah Kaito. Mama dan papa pun nak siapkan apa yang belum dilakukan." Ujar Mama June dan berlalu pergi dengan papanya ke ruang belakang.
Kaito memandang curiga ke arah mama dan papanya. Setahunya, mereka sudah siapkan semuanya semalam untuk majlis malam esok.
"Kaito?"
Suara lembut dari Rosella terus membuatkan Kaito tersedar dari lamunannya. Dia memandang Rosella dan tersenyum.
"Mari ikut saya. Saya akan tunjukkan bilik awak."
"Baiklah."
---
"Kenapa awak tarik saya keluar ni? Saya yakin yang saya sudah teman awak ambil gaun awak semalam." Tegas Shino dengan tidak suka.
Bella menghembus nafasnya dan memandang ke arah Shino yang nampak kesal.
"Saya sengaja. Lagipun saya nak rapatkan Rosella dengan Kaito. Mereka nampak serasi. Awak tak rasa macam tu ke?" Soal Bella dengan senyuman.
Kini Shino pula yang menghembus nafas. Dia memandang tepat ke dalam mata Bella.
"Saya tak suka ada lelaki yang dekat2 dengan adik saya. Dan itu bermakna saya pun tidak suka Kaito dekat dengan Rosella. Jadi, awak faham kan maksud saya?"
Bella mencebik. Dia betul2 mahukan adiknya bersama dengan Rosella kerana untuk pertama kalinya adiknya itu nampak tertarik dengan seseorang.
Dia sempat berfikir kalau2 adiknya itu gay kerana tidak pernah melirik perempuan.
"Tapi--"
"Tak. Jawapannya tetap tidak. Saya tak suka."
Bella menunduk sedih. Shino yang melihat itu terus mengeluh melihat kekasihnya sedih. Dia tak suka Bella sedih, tapi dia juga tidak suka kedekatan Kaito dengan adiknya.
Dia betul2 buntu.
"Ya. Baiklah. Saya akan beri ruang untuk Kaito dekati Rosella. Tapi kalau dia apa apakan Rosella, awak jangan salahkan saya kalau Kaito mati." Ujar Shino dengan serius.
Bella mengangguk faham dan tersenyum cerah. Dia akan beritahu Kaito nanti. Tapi sekarang dia mahu makan. Faham dengan keadaan kekasihnya, Shino terus menghidupkan enjin kereta dan pergi ke sebuah restoran untuk menghilang rasa lapar.
Tanpa Bella tahu, Shino tidak pernah mungkir janjinya. Ingatkan Kaito juga bahawa jangan sakiti Rosella.
Kalau tidak, mungkin kepalanya akan putus dari badannya.
---
Ayato memandang pelik ke arah Black yang sedang memandangnya dengan pandangan yang sulit diertikan.
Dia yang sedang membaca buku terus terdiam. Rasa terganggu apabila melihat pandangan Black terhadapnya. Seperti dirinya telah melakukan kesilapan yang sangat parah.
"Kau kenapa? Pandang aku semacam je." Tegur Ayato dengan tak suka.
Black diam beberapa saat sebelum menjawab soalannya.
"Aku..dah buat keputusan."
Ayato memandang Black dengan pelik.
"Keputusan apa?"
"Aku akan pujuk keluarga Naoka untuk putuskan pertunangan kalian. Lagipun kau bukannya cintakan Naoka pun kan? Aku yakin lepas ni kau bebas. Lagipun Naoka akan bersekolah di tempat lain--"
Tak sempat Black menghabiskan kata katanya, Ayato terus bangun dengan kasar lantas meninggalkan Black seorang diri.
Black yang memandang tubuh Ayato yang pergo dengan senyuman sinis. Sebenarnya dia sengaja bercakap bohong untuk melihat sejauh mata Ayato pertahankan pertunangan mereka.
Sebenarnya, Black sangat terkejut kerana Ayato sudah mencintai Naoka sejak lama. Hampir terkena serangan jantung dengan perilaku Ayato terhadap sepupunya.
"Black." Tegur seseorang yang berjaya membuatnya terkejut.
Black memandang gerangan tersebut lantas tersenyum cerah.
"Riena."
Dengan pantas dia memeluk erat tubuh Riena bagaikan tidak mahu Riena meninggalkannya.
Riena ketawa kecil melihat gelagat Black yang manja dengannya. Sudah lama mereka tidak seperti ini.
Mari kita tinggalkan mereka berdua yang mahu melepaskan rindu itu.
Tbc...
![](https://img.wattpad.com/cover/177913541-288-k869436.jpg)
YOU ARE READING
Fire's Academy: The Last Ice Element
FantasyMengisahkan tentang seorang gadis yang memakai sarung tangan pada tangan kirinya. ATTENTION!!!! DONT COPY MY STORY WITHOUT PERMISSION! (*Buku ini ditulis oleh saya sendiri, tiada sebarang peniruan di sini. Harap maklum*) Top Ranking: ✔1 in Air ✔2 in...