Hampir Terbongkar

1K 59 16
                                    

Semasa Kaito sedang berjalan menjalankan tugas yang diberikan oleh professornya, dia ternampak Rosella yang sedang berjalan dengan Shino.

Actually, Kaito sepatutnya bekerjasama dengam Shino kerana Shino adalah partnernya. Tetapi tidak sangka Shino sedang bergembira, bukannya menolong dirinya.

"Tsk!"

Kaito berdecik dan berjalan ke arah mereka berdua.

"Shino."

Panggilan dari Kaito membuatkan Shino dan Rosella memandang ke arahnya. Shino menjelingnya.

"Kau nak apa?"

Kaito mengeluh berat.

"Aku bukannya nak cari gaduh dengan kau sekarang, tapi professor suruh kau dengan aku untuk memastikan akademi dalam keadaan baik untuk hari ni. Kau pergi mana?" Soal Kaito dengan geram.

Rosella terkejut dan memandang Shino dengan geram. Shino yang perasan perubahan wajah adiknya terus memandang ke arah lain.

"Betul ke abang?" Soal Rosella dengan sedikit tegas.

"Hm." Hanya itu yang dijawab oleh Shino. Walaupun jawapannya kecil tetapi itu sudah membuktikan bahawa Kaito tidak berbohong.

Shino menggeleng geleng kepalanya dengan sikap abangnya. Dia tidak menyangka abangnya tidak amanah dan sanggup biarkan Kaito seorang diri.

"Kalau begitu, biarkan saya yang teman senior. Lagipun hari ni saya tidak masuk belajar lagi." Ujar Rosella dengan senyuman.

Terkejut Shino dan Kaito apabila mendengar kata2 dari Rodella. Kaito dengan wajah gembira terus mengangguk setuju manakala Shino meraung dalam hati kerana tidak mahu Rosella dekat2 dengan Kaito.

"No!"

"Apa? Abang jangan nak bantah Myako kali ni. Salah abang juga kerana malas." Balasnya dengan geram.

"Tapi--"

"Keputusan Rosella sudah muktamat. Sudah. Sekarang baik abang pergi belajar dan biarkan adik dan senior jalankan tugas." Arah Myako dengan serius.

Shino ternganga apabila adik kesayangannya memarahinya. Kaito dengan bangganya membawa pergi Rosella bersamanya.

Kaito berpaling ke belakang seketika dan Shino serta dirinya saling bertatapan.

Kaito memberi isyarat bahawa dia akan menjaga Rosella dengan baik. Lain pula dengan Shino, walaupun dia tahu Kaito seorang yang bertanggungjawab dan seorang yang pemegang janji..

Tapi..

Tetap sahaja dia risaukan Rosella. Rosella lain dari yang lain. Jadi, dia tidak mahu apa2 terjadi pada adiknya.

'Selamatkan adikku dari bahaya yang menghampiri. Kalau apa2 terjadi pada dia, aku takkan maafkan diri aku.'

---

Masih ingat dengan Naoka? Tunangan kepada Ayato?

Ya, sekarang ini dia ada bersama dengan sekumpulan perempuan yang merupakan peminat tegar Ayato.

Nak tahu macam mana keadaan Naoka?

Plakk

Naoka memengang pipinya yang ditampar oleh salah seorang dari mereka. Mengalir air matanya kerana sakit.

Kena tampar. Memang la sakit.

"Kau tahu apa salah kau?" Soal salah seoranb darinya.

Naoka menggeleng kepalanya dengan perlahan. Naoka kembali mendongak apabila ada yang menarik rambutnya dengan kuat.

"Hikss..sa-sakit.."

"Sakit? Ini tak seberapa sakitnya lagi hati aku! Kau memang kurang ajar ya. Sudah berapa kali aku pesan bahawa kau tak layak untuk Ayato! Sedar sikit diri kau!" Marahnya dengan kuat.

Naoka tidak mampu menjawab kerana terlalu sakit. Sebenarnya, sejak Naoka datang ke akademi ini dan menjadi tunangan kepada Ayato, dia terus mendapat buli dari sebahagian peminat tegar Ayato.

Tapi..dia tidak pernah beritahu pada Ayato kerana tidak mahu mendapat masalah.

Dan dia yakin bahawa Ayato takkan ambil kisah padanya langsung. Jadi, buat apa dia ingi beritahu. Biarkan sahaja dia yang kena.

"Ka-kalian tidak berhak ca-cakap macam tu, dia adalah...tunang say-a." Ujarnya dengan tergagap gagap.

Salah seorang dari mereka sangat marah terhadap Naoka dan terus menghempas kepala Naoka ke dinding.

Naoka terjatuh kerana terlalu lemah. Kepalanya mula berdarah dan menyebabkan sekumpulan perempuan tersebut panik dan takut.

"Apa yang kau buat? Aku tak suruh pun kau buat macam tu! Macam mana kalau Ayato tahu? Mati kita nanti!" Marah salah satu darinya.

Perempuan yang bersalah itu memutar matanya dengan malas.

"Kau nak risau apa? Aku yakin Ayato takkan kisah pun pasal dia. Ayato bukannya suka pun dengan dia." Jelasnya.

"Habis tu apa yang kita nak buat dengan dia?"

"Tinggalkan jela dia di sana. Jom bla!" Ujar salah satu darinya sambil menarik semua rakannya untuk meninggalkan Naoka yang hampir pengsan.

Air mata Naoka terjatuh sebaik sahaja sekumpulan perempuan itu pergi.

"Sesiapa...to-tolong...sa-saya.."

Sebelum mata Naoka tertutup sepenuhnya, dia sempat memanggil nama seseorang.

"A--ya-to.."

---

Rosella dan Kaito menjalankan tugas mereka dengan baik. Jika ada pergaduhan, mereka akan selesaikan dengan cepat. Tetapi malangnya mereka hanya memeriksa bahagian terbuka sahaja.

Kaito memandang Rosella yang mengelap peluhnya. Dan barulah Kaito perasan bahawa hanya tangan kiri Myako sahaja memakai sarung tangan.

Terdetik di hati Kaito untuk bertanya.

"Kenapa hanya sebelah tangan sahaja awak pakai sarung? Kenapa tak pakai sepasang terus?" Soal Kaito tanpa teragak agak.

Mata Rosella terbuntang luas. Dia mula mencari idea untuk membalas soalan yang ditujukan oleh Kaito.

"Erm..saya memang suka pakai sarung tangan sebelah sahaja. Saya sudah selesa macam ni sejak dari kecil." Ujar Rosella dengan senyuman.

Kaito mengangguk kepalanya tanoa sebarang kecurigaan kepada Rosella. Rosella bernafas lega apabila Kaito tidak lagi menanyakan soalan peribadi.

"Awak penguasa api apa?" Soal Kaito secara tiba2.

Myako menadah tangannya dan menunjukkan api kecil berwarna purple kepada Kaito. Kaito tersenyum manis dengan kecantikan api yang dimiliki oleh Rosella.

'Sama cantik dengan tuan.'

Eh? Kenapa puji Kaito? Tertarik?

Kaito pula menunjukkan api emas yang dimiliki kepada Rosella. Rpsella tersenyum senang apabila melihat kuasa yang sangat langka yang ada pada Kaito.

"Woah..ini sangat menabjukkan! Saya tak pernah lihat api yang berwarna emas. Sangat mengagumkan!"

Merah pipi Kaito apabila dipuji oleh Rosella. Dan sekali lagi baru perasan bahawa Rosella hanya menggunakan tangan kanannya untuk mengeluarkan api.

Bukannya seperti dia, yang menggunakan kedua dua tangan. Kaito mula pelik.

"Rosella."

"Ya?"

"Kenapa dengan tangan satu lagi? Kenapa awak hanya guna tangan kanan untuk keluarkan api?"

Rosella terdiam membisu. Dia tidak mampu berkata kata apa lagi. Untuk terakhir kalinya, dia harap Shino ada bersamanya agar Shino menolongnya.

Tapi malangnya nasibnya.

Entah apa yang ingin dijawabnya.

















Tbc...

Fire's Academy: The Last Ice ElementWhere stories live. Discover now