Kerajaan Air

558 42 12
                                    

Rosella membuang sarung tangannya dan letakkan di atas dashboard kereta. Shino yang sedang memandu langsung memandang Rosella seketika dan menumpukan perhatian kepada pemanduannya lagi.

Dia tidak risau jika Rosella membuang sarung tangannya seketika jika mereka berdua. Lagipun mereka berada dalam kereta dalam perjalanan menuju ke Kerajaan Air yang agak mengambil masa berjam jam untuk sampai.

"Adik rimas ke?" Soal Shino dengan lembut.

Rosella tersenyum dan menggeleng kepalanya.

"Tidak. Adik nak keluarkan kuasa sekejap." Ujarnya lantas menggengam tangan kirinya dengan erat.

Shino boleh nampak tangan kiri Rosella membeku dengan lajunya. Dia mulai risau dengan adiknya. Rosella yang faham dengan perubahan wajah abangnya terus berkata...

"Abang jangan risau ya. Kuasa Ice ni langsung tidak mencederakan adik. Adik hanya nak keluarkan sebegini kerana kuasa adik sudah terlalu menampung lama dalam diri. Kalau adik keluarkan sebegini, akan dapat mengurangkan sedikit ketakutan adik." Ujar Rosella dengan baik.

Shino mengangguk faham. Selama satu jam, Rosella masih bermain dengan kuasanya dan berjaya membuat Shino agak kesejukan. Mana tak sejuknya kalau aircond dan kuasa ice adiknua bergabung?

"Abang kesejukan sangat ke? Maafkan adik ya."
"Ish! Mana ada. Abang okay je. Abaikan abang ya." Ujar Shino dengan masih menahan kesejukan.

Memang tipulah kalau Rosella tidak nampak Shino menggigil kerana kesejukan. Dia tidak boleh mengeluarkan kuasa apinya kerana berbahaya.

Mereka dalam kereta. Jadi, mahu tak mahu Rosella terus menghentikan pengeluaran kuasanya dan memakai sarung tangan lagi. Dia mula memperlahankan aircond dan terlihat abangnya sudah sedia kala semula.

"Kenapa ni, adik? Bukan ke abang dah cakap jangan pedulikan abang? Pengeluaran kuasa kamu lebih penting sekarang ni supaya tidak terkeluar nanti." Marah Shino dengan gelengan.

Rosella tersenyum.

"Abang jangan risau. Adik sudah cukup banyak keluarkan kuasa ice tu. Adik mampu bertahan sepanjang kita di Kerajaan Air. Percayakan adik ya."

Shino hanya diam apabila Rosella berkata sebegitu. Adiknya sudah berkata sebegitu, apa lagi boleh dikatakan.

---

Rosella memandang teruja apabila sudah selamat sampai di Kerajaan Air. Dia melihat ramai orang yang menjual dengan menggunakan kuasa angin mereka dan melakukan satu persembahan pertunjukan kuasa mereka.

"Hebatnya.." gumam Rosella dengan perlahan.

Shino mula berhenti di tepi jalan dan mengajak Rosella untuk membeli makanan. Mereka belum makan sepanjang perjalanan mereka. Perut mereka sudah diminta untuk diisi.

Mereka mulai pergi ke satu kedai yang menarik perhatian setiap pengunjung. Mana taknya kalau penjual itu melakukan pertunjukan sambil memberi makanan kepada pelanggangnya.

"Oh? Pelanggan baru ya. Mari masuk. Kami ada pelbagai menu untuk anda berdua. Silakan." Ujarnya dengan ceria.

Rosella dan Shino mula memesan dan duduk di penjuru. Tidaklah sibuk dengan orang yang sedang melihat cara layanan mereka yang sememangnya menarik perhatian.

Rosella juga termaksud. Walaupun jauh, Rosella masih melihat persembahan kecil mereka. Shino hanya mengendahkan mereka. Lagipun, dia ingin mengisi perut sahaja, bukan melihat benda itu.

"Ini pesanan anda. Selamat menikmati."

---

Rosella dan Shino memandang satu pintu istana Kerajaan Air. Mereka berdua sempat pelik kerana tiada pengawal istana yang menjaga pintu ini. Sepatutnya ada beberapa pengawal istana yang diwajibkan untuk berada di hadapan, tapi kenapa disini tiada?

Rosella ingin menunggu, tetapi Shino terus membuka pintu tersebut dan berjaya membuatkan Rosella terkejut besar.

Dia tahu abangnya berani tetapi tidak menyangka abangnya itu sangat berani sampai tahap macam tu.

Mereka berdua masuk dan tiada menunjukkan kelibat seseorang pun di dalam. Dalam erti lebih mudah, hanya kosong. Tiada orang.

"Hello? Sesiapa ada tak di sini? Kami dari Kerajaan Fire!" Ujar Shino dengan kuat.

Hening.

Nampaknya istana ini tiada orang. Nampaknya mereka harus menunggu. Shino membawa Rosella untuk duduk di salah satu kerusi di ruangan itu.

Selang beberapa minit, mereka terdengar suara beberapa orang yang bercakap di sebalik pintu. Terus terbangun Rosella dan Shino untuk mengadap Raja Kerajaan Air.

Berdebar kencang jantung Rosella apabila ternampak sang raja yang berjalan megah menuju ke singgahsananya. Rosella mengetap bibirnya dengan gugup apabila Raja berhenti melangkah dan mula memandang mereka berdua.

Rosella bernafas lega apabila Raja tersebut tersenyum manis kepada mereka.

"Maafkan kami sebab datang secara tiba2, tuanku. Masa kami datang, memang tiada sesiapa, jadi kami menunggu di sini sementara tuanku pulang. Maafkan kami juga jika tidak mengabari apa2." Mohon Shino dengan baik.

Raja mengangguk faham dan mengajak Shino dan Rosella untuk duduk di hadapan singgahsananya.

"Boleh beta tanya, siapakah nama anda berdua?" Soalnya.

"Nama saya Shino, dan ini adalah adik saya, Rosella. Kami berdua daripada Kerajaan Fire. Kami baru sahaja pulang daripada Kerajaan Earth disebabkan ada hal. Dan tujuan kami ke sini juga sama."

Dahi Raja Kerajaan Air berkerut seribu.

"Tujuan? Boleh saya tahu apa tujuan kalian? Mungkin saya boleh bantu."

Shino dan Rosella tersenyum apabila Raja Kerajaan Air sendiri yang mengatakan seperti itu. Terus Rosella mempunyai sikap berani untuk mengatakan tujuan mereka.

"Erm..sebelum itu, ini ada satu surat di mana Raja Kerajaan Earth mengarahkan kami untuk memberikan kepada tuanku sendiri. Kami rasa tujuan kami turut dikatakan di dalam surat itu." Ujar Rosella sambil menghulurkan surat tersebut kepada Raja.

Raja terus mengambilnya dan membuka di hadapan mereka berdua. Mereka dapat lihat wajah terkejut Raja dan mula risau.

Raja terus menggulung semula surat tersebut dan termenung seketika.

"Ini benda yang serius." Gumamnya dengan perlahan.

Dia terus mengeluh berat dan mula berdiri memanggil pengawal istana.

"Pengawal!"

Panggilan daripada Raja membuatkan Shino dan Rosella panik tetapi dikawal riak wajahnya. Entah apa yang dikatakan oleh Raja Kerajaan Earth sampai Raja sendiri yang memanggil pengawal.

Mereka ada salah ke apa.

"Panggil Kapten Juray, arah beliau untuk bawa mereka ke Wings Academy." Arah Raja dengan tegas.

"Baik tuanku!" Pengawal tersebut terus keluar untuk memberitahu hal ini kepada Kapten Juray yang sedang berehat di ruangannya.

Dahi Shino dan Rosella mula berkerut dan pelik.

"Wings Academy...?"

"Ya. Wings Academy di Kerajaan Sky. Carilah di sana tentang buku sejarah kerajaan ini. Selepas kamu jumpa, datanglah ke sini semula untuk dapatkan surat kebenaran untuk ke Kerajaan Water......






















....Semoga berjaya membetulkan kesalahfahaman yang berlaku sekarang."

Tbc...

Fire's Academy: The Last Ice ElementWhere stories live. Discover now