Fire Academy

1.4K 71 28
                                    

2020

Rosella membuka matanya dengan perlahan dan mula bangun apabila sinaran matahari menimpa dirinya. Dia memandang ke arah tingkap dan ternampak salah seorang pembantu rumah mereka berada dalam biliknya.

Tanpa menegur pembantunya itu, dia terus memasuki bilik air untuk mengurus segala hal. Bukannya dia sombong ataupun dingin pada orang, tetapi dia tahu bahawa dia telah terlewat untuk ke akademi.

Tok..tok...tok...

Pembantu rumah membuka pintu bilik apabila seseorang telah mengetuknya.

"Ya tuan muda?"

"Mana Rosella?"

"Cik muda sedang mandi."

Shino mengangguk dan terus memberi ruang kepada pembantunya untuk keluar. Shino memasuki bilik adiknya dan menunggu adiknya siap.

---

"Abang."

Shino memandang Rosella setelah Rosella memanggilnya.

"Ya?"

"Rosella akan selamat tak nanti? Rosella takut la."

Ucapan dari Rosella membuatkan Shino menuju ke arahnya dan memeluk erat tubuh Rosella.

"Adik jangan bimbang. Semuanya akan baik2 sahaja. Percayakan abang." Ujar Shino lantas memakaikan sarung tangan di tangan kiri milik Rosella.

Rosella mengangguk faham walaupun dirinya masih gementar. Ini adalah hari pertamanya memasuki Fire's Academy.

Kalau readers nak tahu, setiap kerajaan hanya ada satu akademi sahaja. Dan akademi mereka hanya menepatkan orang yang berkuasa sama seperti kerajaan mereka.

Kalau ada orang yang kuasa berlainan, itu tandanya dia hanya mengadakan lawatan sambil belajar.

Dan Jika kuasa mereka lain dari keluarga mereka, mereka wajib pergi ke akademi lain walaupun dipaksa untuk meninggalkan keluarga sejak kecil.

Walaupun Rosella ada kuasa langka seperti ais, dia bersyukur kerana tangan kanannya ada kuasa api. Jika tidak, dia akan dipindahkan ke kerajaan lain dan mungkin tidak dapat berjumpa dengan keluarganya nanti.

"Mari kita berangkat." Ajak Shino setelah selesai.

Shino dan Rosella mula pergi ke akademi setelah meminta izin dari kedua ibu bapa mereka.

---

Di Fire Academy...

Semua perempuan menjerit histeria apabila dua orang lelaki melalui mereka walaupun mereka tidak dianggap sama sekali.

Kalau readers bertanya adakah mereka popular..sudah tentulah popular. Kalau tak, tak adanya hampir kesemua akademi itu histeria bagai nak cabut nyawa.

"Oh god..why Black so sexy today~~"

"Cintaku...kasihku..nyawaku..sayangku Ayato."

"Babe! Aku mengandung anakmu!!"

"Kaulah kunci di hatiku sayang!!"

Dan pelbagai lagi jeritan yang boleh memecahkan telinga mereka. Black mahupun Ayato hanya berdiam diri sambil berjalan.

Telinga mereka sudah cair apabila mendengar jeritan sumbang dari peminat mereka. Dan mereka berdua bersyukur kerana setakat ini tiada perempuan yang tergila-gilakan mereka sampai melekat dua puluh empat jam.

Sesampainya mereka di kelas, dan lagi mereka sangat bersyukur kerana semua pelajar kelas mereka tiada yang menjerit histeria. Kalau sentiasa tengok tu, adalah juga.

Fire's Academy: The Last Ice ElementWhere stories live. Discover now