Kelas

684 36 5
                                    

Rosella mengeluh berat apabila selesai membaca buku Portal yang diberikan oleh Professornya itu. Kalau readers nak tahu, Rosella sekarang berada di kantin akademi. Dia membaca buku itu sambil makan.

Shino yang ada di hadapannya hanya menggeleng. Dia tidak tahu kenapa adiknya itu bersungguh sungguh untuk membaca buku itu sampai lelah.

"Tak perlu fikirkan pasal portal. Abang boleh tolong ajarkan adik nanti. Buku portal sangat susah untuk difahami." Ujar Shino sambil memandang adiknya.

Rosella hanya diam dan menunduk kepalanya yang terasa berat. Dia betul2 marah kepada siapa yang membuat buku portal yang tebal ini. Langsung tak menarik perhatian.

"Macam mana dengan lawatan kita tu abang? Kita dapat kebenaran tak?" Soal Rosella dengan lelah.

Shino tersenyum sebelum menjawab.

"Sudah tentu. Pengetua sudah memberi izin pada kita berdua. Dia akan beritahu kepada semua professor untuk kecualikan kita berdua di kelas nanti." Jawab Shino.

Kepala Rosella terus terangkat dengan laju.

"Jangan cakap yang--"

"Ya. Memang betul apa yang difikirkan adik. Kita berdua dikecualikan dalam semua subject. Dan itu bermakna adik tidak perlu jalani latihan yang susah. Serta merta adik akan lulus dengan arahan pengetua. Hebat kan abang pujuk pengetua?" Balasnya dengan bangga.

Rosella memutar matanya dengan malas.

"Memang la semua yang abang minta diberi oleh pengetua. Macam la adik tak tahu yang pengetua berminat nak jadikan abang sebagai menantunya sampai sekarang." ujarnya dengan gelengan.

"Itu dulu adikku sayang."

Rosella mencebik.

---

Kaito memandang pelik ke arah Ara dan Dayana yang sedang bermesra, lebih tepatnya Dayana yang seperti manja dengan Ara. Ara hanya diam sambil membaca buku.

Dia betul2 bersyukur yang Dayana tidak lagi menganggunya. Tetapi dia tetap kena berjaga jaga. Mana tahu kalau Dayana gunakan Ara nanti.

Boleh mati dia.

Dan lagi dia mengeluh berat apabila tiada kemunculan dari Shino sampai detik ini. Dia ingin berbincang dengan Shino tentang perlawanan mereka nanti.

"Yo."

Kaito memutar matanya dengan malas dan memandang gerangan di belakangnya.

"Jangan nak 'yo' dengan aku sekarang, Shino. Aku tunggu kau dari tadi lagi, dan kau selamba badak buat muka tak bersalah?" Soal Kaito dengan geram.

Shino menghembus nafas kasarnya.

"Kau yang nak jumpa dengan aku, jadi tak salah kalau kau yang menunggu. Lagipun kau tak boleh salahkan aku sepenuhnya. Aku sedang makan dengan Rosella." Ujarnya.

Wajah Kaito mula tenang apabila mendengar nama Rosella yang keluar dari mulut Shino itu.

"So, apa yang kau nak bincangkan?" Soal Kaito lantas duduk di hadapan Kaito.

Kaito memandangnya seketika dan mulakan pertanyaannya.

"Kau tahu tak kenapa pengetua tiba2 sahaja umumkan bahawa perlawanan akan dipercepatkan?" Soal Kaito dengan datar.

Badan Shino mulai kaku. Jangan ditanya riaksinya, memang terkejut tapi dia bernasib baik kerana sesaat setelah terkejut dia mampu mengawal riak wajahnya.

"Jadi? Kenapa kau risau sangat? Bukan ke bagus kalau dipercepatkan? Boleh rehat lebih lama dari jadual yang disediakan. Betul tak?"

"Aku tahu. Tapi aku cuma pelik. Aku yakin yang ada sesuatu yang tak kena sampai pengetua sendiri yang buat pengumuman sebegitu." Balas Kaito dengan penuh segala pertanyaan di otaknya.

Fire's Academy: The Last Ice ElementWhere stories live. Discover now