Sudah tengah malam tetapi dua insan masih lagi sedang bertungkus lumus membuat kerja rumah yang diberikan oleh professor.
Mereka sedang bukan ada di bilik masing2 tetapi berada di satu tempat khas di mana mereka berdua boleh mengulang kaji pelajaran.
Kayanya mereka.
Shino mula menutup bukunya apabila kerjanya sudah selesai. Dia memandang Rosella yang masih lakukan kerjanya. Dia akan menunggu Rosella sampailah Rosella selesai.
Tapi disebabkan Rosella masih lama lagi siapkan kerjanya, dia mula mengambil sesuatu di dalam laci dan menunjukkan kepada Rosella.
Rosella terhenti apabila ternampak satu kertas kecil di hadapannya. Dia memandang Shino dengan pelik.
"Ini kertas apa?"
Shino hanya tersenyum dan menyuruh dirinya membacanya.
Rosella terus membaca kertas kecil tersebut dan terkejut. Dia menutup mulutnya kerana terlalu gembira.
"I-Ini tiket untuk melayakkan diri untuk pertandingan akan datang. Macam mana abang dapatkan?" Soalnya dengan senyuman.
Shino ketawa kecil dan menunjukkan tiketnya juga.
(A/N: Readers jangan pelik ya kerana sis bukan tulis 'borang'. Sis nak buat kelainan sedikit.)
"Abang adalah orang pertama yang membeli tiket ini. Abang beli untuk adik satu sebab abang tahu kalau adik nak beli pasti kena beratur panjang. Abang tak nak adik abang kepanasan." Ujarnya dengan baik.
Rosella masih tersenyum, tetapi secara tiba2 sahaja senyumannya luntur dan itu membuatkan Shino pelik.
"Kenapa ni?"
"Tapi macam mana adik nak lawan? Adik seorang diri sahaja." Ujar Rosella dengan sedih.
Shino hanya tersenyum dan memeluk erat Rosella.
"Sebab itulah abang mahu beritahu yang esok akan ada satu perjumpaan hanya untuk orang yang belum memiliki partner lagi. Adik boleh pilih mengikut keselesaan untuk adik." Ujarnya.
Serta merta mata Rosella berbinar.
"Betul ke?"
"Betul sayang. Tapi adik tak boleh pilih lelaki. Abang tak nak. Kalau abang tahu yang adik pilih lelaki, abang akan seksa dia." Ugut Shino dengan senyuman yang mengerikan.
Rosella memandang datar ke arah Shino dan menggeleng kepalanya.
"Tengok la dulu. Kalau ada yang baik dengan adik, adik akan terimanya." Ujar Rosella dengan baik.
Shino menaikkan kening kanannya sambil memandang Rosella dengan pandangan yang tajam.
"Dan adik akan pilih perempuan. Bukannya lelaki." Ujar Rosella sambil mengeluh berat.
Shino terus tersenyum manis dan mengangguk sambil mengumam 'bagus'.
Rosella menggeleng kepalanya kerana Shino bersikap sedemikian. Dia mula berfikir, macam mana kalau dia kahwin? Takkan nak kahwin dengan perempuan barulah Shino nak benarkan?
Pening Rosella memikirkan perangai Shino. Tapi dia bersyukur kerana Shino jarang memarahinya kerana dekat dengan Kaito.
Kalau tak macam mana dia nak dapat kawan? Sudahlah Kaito dan Bella sahaja kawannya sekarang. Dan dia harap dia dapat kawan baru nanti.
Doakan sahaja.
---
Di akademi...
Rosella memandang dewan terbuka yang penuh dengan belon sana sini. Rasanya dia ingin ambil dan bawa pulang ke rumah.
![](https://img.wattpad.com/cover/177913541-288-k869436.jpg)
YOU ARE READING
Fire's Academy: The Last Ice Element
FantasyMengisahkan tentang seorang gadis yang memakai sarung tangan pada tangan kirinya. ATTENTION!!!! DONT COPY MY STORY WITHOUT PERMISSION! (*Buku ini ditulis oleh saya sendiri, tiada sebarang peniruan di sini. Harap maklum*) Top Ranking: ✔1 in Air ✔2 in...