Rosella memandang Bella dan Shino yang sedang sedikit berbual tiga meter daripada dirinya.
Kaito?
Dia ada di belakang Bella sambil memandang tajam ke arah Shino.
"Tolonglah faham." Ujar Shino dengan tegas.
Bella dan Kaito menggeleng kepala mereka dengan laju. Kalau readers nak tahu, Bella dan Kaito sudah mengetahui tentang pemergian Rosella dan Shino ke Kerajaan lain.
Itu agak berat untuk mereka melepaskan mereka berdua. Mana tak beratnya jika perjalanan itu sangat mengambil masa yang lama. Bayangkan untuk selesaikan ketiga tiga kerajaan?
Memang mengambil masa la.
Dan lagi Bella tidak sanggup untuk menahan rindu terhadap kekasihnya manakala Kaito sedikit tidak rela untuk berjauhan dengan Rosella.
"Perjalanan kalian sangat jauh dan berbahaya. Itu kerajaan orang. Mesti cara mereka juga tidak sama. Macam mana jika kalian tersesat jalan? Tak pun kelaparan nanti?" Soal Bella dengan sangat risau.
Rosella menggaru kepalanya apabila terdengar soalan dari Bella. Manakala Shino menepuk dahinya dengan kerisauan Bella.
"Apa awak mengarut ni? Kita bukannya berada di zaman dahulu kala. Jadi, awak janganlah risau. Kami baik2 sahaja." Ujar Shino.
"Kau tu lelaki. Macam mana pula dengan Rosella? Dia adalah perempuan. Mesti agak susah untuknya. Kalau nak pergi, pergilah seorang diri." Ujar Kaito tanpa mempedulikan Bella yang memandang tajam ke arahnya.
"Mana boleh macam tu. Mereka tidak boleh pergi. Kita belum mengenal tingkah laku kerajaan lain dan itu akan memberbahayakan mereka. Boleh faham tak?" Marah Bella kepada Kaito.
Kaito hanya memutar matanya dengan malas. Well, dia tidak kisah jika Shino pergi, asalkan jangan Rosella.
"Kau lupa ke aku ni siapa? Aku adalah abang kandung Rosella. Dan aku cukup kuat untuk lindungi diri adik aku." Tegas Shino dengan serius.
Kaito hanya mengangguk kepalanya dengan malas. Dia masih tidak merestui perjalanan mereka. Rosella mengeluh berat dan memandang Bella yang masih memujuk Shino untuk tidak pergi.
"Ehem!"
Mereka bertiga mula berhenti bercakap apabila mendengar dehaman daripada Rosella.
"Abang, kita sudah lewat. Kita kena sampai di Earth Academy sebelum pukul 8 malam." Ujar Rosella dengan menaikkan kening kirinya.
Shino mengangguk faham. Dia mula berjalan menuju ke arah kereta bersama dengan Rosella. Bella masih lagi tidak berputus asa untuk memujuk diri Shino dan Rosella.
"Rosella, fikirkanlah baik2. Dekat sana, kalian tidak mengenal sesiapa pun. Itu akan memberbahayakan diri kalian berdua. Kakak risau la." Pujuk Bella sambil memandanb Rosella dan Shino yang sudah bersedia untuk pergi.
Rosella mengeluh dalam hatinya. Dia memandang Kaito seketika dan memandang Bella dengan senyuman.
"Kak Bella jangan risau pasal tu. Sebenarnya Rosella ada kawan dari Kerajaan Earth. Dan dia juga sedang belajar di Earth Academy. Rosella memang sudah berjanji untuk berjumpa dengannya. Dia akan menolong Rosella nanti." Ujar Rosella dengan baik.
Bella sedikit terkejut dengan ucapan dari Rosella. Dia tidak menyangka yang Rosella mempunyai kawan di sana. Itu sedikit mengurangi kerisauannya.
Sedikit sahaja.
Tetapi dia tetap risaukan mereka. Bella mengeluh berat dan mengangguk.
"Baiklah kalau begitu. Tapi kalian berdua kena berjanji yang kalian akan pulang dengan selamat." Ujar Bella dengan sedikit sedih.
YOU ARE READING
Fire's Academy: The Last Ice Element
FantasíaMengisahkan tentang seorang gadis yang memakai sarung tangan pada tangan kirinya. ATTENTION!!!! DONT COPY MY STORY WITHOUT PERMISSION! (*Buku ini ditulis oleh saya sendiri, tiada sebarang peniruan di sini. Harap maklum*) Top Ranking: ✔1 in Air ✔2 in...