Sedang Rosella dan Shino berjalan-jalan di sekitar akademi atau lebih tepatnya Shino yang mengajak Rosella untuk berjalan sekadar mengenal akademi yang akan dibelajari nanti oleh Rosella.
Mereka terhenti apabila seorang lelaki menghalang mereka. Shino mendengus dan memandang datar ke arah lelaki tersebut.
"Kau nak apa Kai?" Soal Shino dengan malas.
Lelaki itu a.k.a Kaito yang dipanggil sebagai Kai oleh Shino hanya tersenyum sinis. Dia memandang ke arah Rosella seketika dan memandang Shino kembali. Dia mula mengabaikan jantungnya yang agak berdegup kencang.
Entah kerana apa.
Dan yang pastinya Kaito tidak suka dengan perasaan seperti ini.
"Aku bukan nak cari gaduh sekarang, Shino. Yang pastinya aku nak cakap yang kita perlu berlatih malam ni. Di dewan terbuka."
Ucapan Kaito membuatkan Shino mendengus geram.
"Kalau aku tak datang boleh kan? Kau pun tahu aku sangat malas nak berlatih dengan kau." Balas Shino dengan kasar.
Rosella memengang tangan Shino dengan erat. Rosella bukan apa, dia tidak mahu Shino mengamuk di sini, dan Rosella tidak suka wajah marah Shino.
Itu sangat menyeramkan bagi Rosella.
Dan tanpa mereka sedari, Kaito sangatlah cemburu melihat Rosella memengang tangan Shino.
Padahal dia tahu bahawa Rosella adalah adik Shino.
"Kau ingat aku sukalah? Aku pun tak ingin la nak berlatih dengan kau! Tapi professor Roone telah arahkan semua pelajar semalam masa kau tak hadir. Lagipun, kalau bukan sebab kau partner aku, tak ingin la aku bercakap dengan kau!" Balas Kaito tidak kalah kasarnya.
Rosella melihat Shino dan Kaito yang saling berpandangan tajam. Rosella betul2 tidak suka dengan wajah marah seseorang. Itu agak membuatkan takut.
Tanpa teragak-agak, Rosella memengang tangan Kaito juga.
"Senior Kai..jangan marah2.." lirih Rosella dengan takut.
Terkaku Kaito dibuatnya. Shino terkejut melihat telatah Rosella lantas melepaskan tangan mereka.
Kaito mengeram marah kepada Shino yang suka hati melepaskan tangan mereka.
"Kau--"
"Apa? Jangan cuba2 nak dekat dengan adik aku!"
Setelah Shino berkata seperti itu, dia lantas menarik tangan Rosella dan berlalu dari situ meninggalkan Kaito yang tengah menjelingnya.
---
Rosella memandang takjub pada makanan yang ada di hadapannya. Dia memandang tidak percaya kepada abangnya.
"Betul ke semua ini adik boleh makan?" Soal Rosella dengan mata berbinar.
Shino tersenyum dan mengangguk. Tanpa membuang masa, Rosella terus makan apa yang dibeli oleh abangnya itu.
Shino gembira melihat Rosella yang sudah sedikit tidak memikirkan kuasanya yang berlainan.
"Adik."
Rosella hanya berdeham apabila Shino memanggilnya. Bukan apa, dia tengah makan, memang disayangkan kalau berhenti.
"Adik jangan dekat dengan Kaito tu. Faham?"
Rosella memandang pelik ke arah Shino yang serius bercakap dengannya.
"Kenapa?"
"Sebab dia tu lelaki yang sangat jahat dan kurang ajar. Dia selalu buat abang kena hukuman disebabkan dia cemburu dengan abang kerana semua pelajar memberi perhatian kepada abang daripada dia." Ujar Shimo dengan dengusan.
Rosella tersenyum maklum.
'Macam budak2 la abang aku ni. Tu pun nak pesan.'
"Kalau adik taknak?"
Shino memandang datar ke arah Rosella dan hanya dibalas senyuman manis yang mampu mencairkan hati Shino.
Shino hanya mengeluh.
"Abang bukannya nak larang sangat adikku sayang~, tapi abang tidak mahu adik kena tempias juga. Dia tu bukannya boleh buat main." Ujar Shino.
Rosella ketawa kecil dan mengangguk faham.
"Yela abang. Adik akan cuba tapi adik harap dia tak kacau adik juga." Ujar Rosella dengan keluhan.
Shino menggosok rambut adiknya dengan lembut.
"Adik jangan bimbang. Abang takkan benarkan dia dekat dengan adik." Balas Shino sambil mencium dahi Rosella.
Rosella tersenyum gembira kerana Shino betul2 menjaganya. Dan dia harap abangnya tidak mungkir janji.
Tanpa mereka berdua sedar, Kaito mengeram rendah melihat Rosella dicium oleh Shino. Kaito terus berlalu dari situ dengan keadaan marah.
Situasi Rosella dan Shino pula terganggu apabila seorang lelaki menegur mereka.
"Senior Shino."
Shino memandang lelaki itu dengan membuat wajah 'apa?'.
"Professor July memanggil senior ke pejabat."
"Untuk?"
"Dia cakap yang dia nak minta tolong uruskan beberapa dokumen mengenai perlawanan persahabatan dengan Air Academy." Jelasnya.
Shino mengangguk faham dan meminta diri kepada Rosella dan terus meninggalkan Shino bersama dengan lelaki tersebut.
Tapi sebelum itu, dia memberi arahan pada lelaki tersebut.
"Kau jaga adik aku sekejap. Kalau adik aku cedera, aku bunuh kau." Setelah itu dia terus menuju ke pejabat.
Shino mula menyambung makannya yang tergendala tanpa mempedulikan lelaki yang sedang memandangnya.
"Awak adik senior Shino ye?" Soalnya sekadar untuk berkenalan.
Rosella mengangguk. Lelaki itu juga mengangguk. Sis juga mengangguk. Dan semua reader juga mengangguk. Okay cukup.
"Saya Ayato. Dan saya penguasa Blue Fire. Awak?"
Rosella memandang Ayato yang tengah menunggu balasannya.
"Rosella dan saya penguasa Purple Fire."
---
Rosella mula berjalan seorang diri setelah berbual dengan Ayato selama setengah jam. Langkah Rosella terhenti apabila terlihat dua orang atau lebih tepatnya seorang lelaki dan seorang perempuan yang dikenalnya.
"Senior Bella dan Senior Kai buat apa dekat sana?" Gumam Rosella dengan pelik.
Rosella hanya memandang mereka berdua dan terkejut apabila melihat Bella memengang tangan Kaito dengan erat sambil membuat muka comel.
Rosella nampak Kaito mengeluh dan memeluk Bella sambil menggosok belakang Bella. Dan akhirnya Bella mencium pipi Kaito. Dan itu membuatkan Rosella lagi terkejut.
"Kenapa Senior Bella mencium Senior Kaito? Bukankah Senior Bella adalah kekasih abang?"
Apabila Kaito sudah tiada, Rosella mula melangkah ke arah Bella.
"Senior Bella."
Bella memandang ke belakangnya dan terkejut apabila Rosella yang berada di belakangnya.
"Rosella?"
Tbc...
Haa..apa dah jadi sebenarnya? Entah la sis pun tak tahu--
--Bye!*terus larikan diri secepat mungkin sebelum readers tangkap untuk minta penjelasan*
YOU ARE READING
Fire's Academy: The Last Ice Element
FantasiaMengisahkan tentang seorang gadis yang memakai sarung tangan pada tangan kirinya. ATTENTION!!!! DONT COPY MY STORY WITHOUT PERMISSION! (*Buku ini ditulis oleh saya sendiri, tiada sebarang peniruan di sini. Harap maklum*) Top Ranking: ✔1 in Air ✔2 in...