Ayato dan Naoka

758 37 4
                                    

Masih ingat dengan Ayato? Ya. Ayato. Watak itu masih ada lagi guys. Dia masih ada dan sekarang sedang bersama dengan Black. Mereka sedang berjalan menuju ke arah bilik latihan mereka.

Tak lama lagi akan ada pertandingan. Jadi mereka perlu berlatih bersungguh sungguh.

Kalau readers nak tahu, setiap pasangan akan ada satu bilik peribadi untuk mereka berlatih. Bayangkan, jika ada seribu pasangan. Tidakkah besar betul akademi itu?

Apabila mereka hampir sampai di tempat latihan mereka, mereka mendengar uara gaduh dan lirihan yang menyedihkan di sudut bangunan berdekatan dengan mereka.

"Kau dengar apa yang aku dengar?"

Ayato mengangguk mengiakan soalan dari Black. Akhirnya disebabkan mereka betul2 ingin mengetahuinya, mereka memandang gerangan2 tersebut.

Betapa terkejutnya mereka apabila memandang Naoka yang menangis pilu apabila ditindas oleh pembuli. Terutamanya Ayato, dia tidak pernah nampak Naoka dibuli sampai sebegitu.

Walaupun Naoka membuli orang, dia tidak pernah berkasar menggunakan fizikal.

"Naoka.." gumam Black.

"Bukankah aku dah cakap dulu yang kau langsung tidak sepadan dengan Ayato?"

"Lembik!"

"Kau dari dulu selalu degil!"

"Baik kau putuskan pertunangan kau dengan dia hari ni juga sebelum aku hapuskan kau!"

Ayato menggengam tangannya dengan penuh kemarahan. Dia betul2 tidak menyukai apa yang pembuli2 itu cakapkan.

'Suka hati dia je nak kami putus?! Dia ingat dia siapa? Mak aku?!' Desis hati Ayato dengan geram.

Mereka terkejut untuk kali kedua apabila salah satu dari mereka menghempas kepala Noaka ke dinding sampai kepala Noaka mengeluarkan darah. Dan berjaya membuatkan Naoka tidak sedarkan diri.

Tanpa membuang masa, Black terus meluru ke arah mereka dan langsung menolak mereka sampai terjatuh seperti nangka busuk.

"Beraninya kau!" Marah Black langsung mendukung Noaka yang tidak sedarkan ala bridal style.

Matanya menggelap memandang ke arah pembuli2 tersebut. Pembuli2 itu menunduk takut dan badannya bergetar.

Mereka tidak pernah nampak Black sebegitu marahnya. Selalunya Black tidak pedulikan prang di sekitarnya. Nampaknya mereka sudah membuat kesalahan terbesar kerana berani mengacau sepupunya sendiri di hadapan matanya.

"Kalian semua akan terima balasan yang mampu membuatkan kalian mati saat itu juga!" Ujar Black dengan sinis dan berlalu pergi meninggalkan mereka yang kalut separuh mati.

Black menuju ke Ayato yang terdiam. Dia memandang Ayato.

"Kau hantar Naoka pergi ke ruangan kesihatan. Aku ada urusan dengan orang tidak berguna tu." Ujar Black dengan harapan Ayato akan menyetujuinya.

Namun harapannya hancur apabila Ayato menggeleng.

"Aku pun ada hal yang lagi penting." Ujarnya dengan datar.

Wajah Black berubah menjadi datar.

"Dia adalah tunang kau, Ayato! Takkan kau tak ada perasaan risau walaupun sedikit?!" Marah Black dengan geram.

Dan lagi, Ayato hanya diam membisu sesaat dan memandang ke arah lain.

"Kau pergi jela."

Kata2 dari Ayato membuatkan Black mengangguk faham. Black memandang Ayato dengan pandangan terluka.

Fire's Academy: The Last Ice ElementWhere stories live. Discover now